Friday, September 09, 2011

Rule no. 9: Kad Raya

Kad raya adalah satu benda wajib setiap kali syawal menjelma. Dari zaman berutusan guna pos, pakai emel dan sampai skrg org siap tag kat facebook je. Aku pun tak terkecuali daripada merasa detik2 itu. Mendapat kad raya dari sahabat handai adalah sesuatu yang paling bermakna ketika raya. Siap macam2 bahasa dan ungkapan yang diberi. Berbanding akhir-akhir ini, budaya itu seolah-olah luput dek kepantasan zaman IT yang hanya memerlukan hujung jari sahaja.

Baiklah. Kalau dulu aku rajin buat kad pakai manila kad masa sekolah rendah dulu, tapi sekarang pakai perisian dalam PC je. Kalau bab2 macam ni mmg tak menang tangan la. Setiap tahun, ada je idea gempak nak buat kad tu lebih menarik dan lain dari org lain punya kad. Memandangkan ada yang siap proses dari internet kan, so ada la yg sepesyen je kan.

Aku mula rajin nak pikir buat sendiri ni start tahun 2007, walau bagaimanapun tahun tu tak sempat nak buat. Jadi, projek dibawa ke tahun hadapan. 2008 pun sama tak dapat nak buat, mmg terbengkalai sampai 2 tahun lak tu. Tahun 2009, baru dapat realisasikan impian(ceh!). Beginilah rupanya, time gila2 main texture kertas terbakar. mmg cun abis lah.
Kad Raya 2009
Begitulah juga untuk tahun seterusnya. Idea datang bila ambik gambar awan dari dalam flight. Jadi, dapatlah tema balik kampung, memandangkan masa tu sambung belajar balik(ambik KPLI) kat semenanjung, kad raya pun guna la pemandangan dari tingkap flight. Siap tambah font dan kapsyen bersinar di balik awan.

Kad Raya 2010
Dan, kat bawah ni adalah yang paling latest, tahun ni punya raya. Idea ni dapat dari teknik bokeh guna template buatan sendiri. Jadi, cuba try pakai corak ketupat, pelita dan anak bulan, mmg menjadi jugak. Kira tahun ni nyer design paling simple la
Kad Raya 2011

Ape pulak design untuk raya tahun depan? Kita tunggu je ye. Walaubagaimana pun, teringin jugak nak hidupkan balik budaya memberi kad raya sebabnya, lain kad, lain ucapan nya. Insya allah tahun depan, buat jugak design kad, dan hantar jugak kad raya(hardcopy nye) kat member2.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails