Thursday, November 30, 2006

Gatal Tangan

Habis exam, semua bende rasa macam kosong. Rasa hidup sebagai student yang dah ditekan dengan butang reset. Macam main game lak reset2 high mark. Layan movie la gamak nye. Tapi aku ni jenis pemalas nak layan2 cerite2 sbb bosan sgt. Lain la kalu tengok ramai2 baru ade feel. So, aku main2 la dengan adobe photoshop, pi carik gambar yang menarik. Terjumpa la gambar yang kiteorang ambik masa gath konoha kat Ulu Chepor. Nak tengok hasil nye?


Amacam? Lawa tak?Ni la hasil tangan aku yang gatal. Actually, aku ada plan lain untuk gambar gath ni. Tapi tak nak bagitau dulu. Kang tak suprise.ahak~

Tuesday, November 28, 2006

Exam Week: Paper III

Kali ni adalah post yg paling last utk exam week aku. Aku ambik 4 subjek je sem ni. 1 subjek t takde paper final iaitu Engineering Graphic. Kita tinggalkan pasal EG ni, and sambung pasal paper pagi tadi; Thinking Skill(TS) atau Analytical Skill & Creative Thiking (ASCT). Ni aku ambik pun sebab repeat. Agak lama gak la, utk aku repeat paper ni tapi berbalio aku ambik masa sekarang.

Banyak beza paper TS yang aku ambik sem ni daripada paper ASCT 4 tahun lepas. Kali ni aku ambik dengan budak2 yang baru 1st time ambik paper kat UTP ni. Aku rasa macam super senior lak, bila tengok kiri kanan depan belakang aku budak yang 4 tahun lebih muda daripada aku. Tak kisah la, janji aku leh jawab paper. Selain tu lak, aku tak stress ambik paper ni.Sebab nye, maybe tahap pemikiran and pengalaman membuat aku lebih yakin utk jawab soalan tahap foundation ni.

Lepas tu lak, lebih banyak soalan yang tak perlu 'menggoreng', lebih kepada jalan kerja seperti PMI (aku rasa ade yang still ingat lg), Mind Mapping, Morphological Chart and etc. Kira seronok la melukis buat table, terutamanya Mind Mapping yang kena buat colourful and siap ade lukis gambar lagi. Memang fun sebab rasa seperti budak tadika yang riang Ribena main2 krayon. Ahak!Bole dikatakan pengubat segala stress paper yang aku ambik sebelum ni.

Venue paper ni di Main Hall, so sem ni ketiga-tiga paper aku di Main Hall. Btw, tadi tak sejuk sangat sebab pakai baju tebal2. Pun waktu pagi macam paper HRM yang lepas. Tapi yang tak seronok nye, sebab ramai gile budak2 yang ambik paper TS ni. So, tadi kuar pukul 12.40 mcm tu, nak tunggu invigilator kire booklet. Time2 tu lak aku rasa nak pergi tandas. Kena tunggu gak la. Dengan Berakhir nye paper aku tadi, maka berakhir la exam week aku, so leh berjoli n layan PC la lepas ni. ehehe. Takde ape2 lagi yang nak aku cerita, so tunggu utk the next post.

Thursday, November 23, 2006

Exam Week: Paper II

Post ke 2 sempena minggu exam. Baru td abis satu lagi paper SNB 3023 Human Resources Management, bertempat di Main Hall(tempat sejuk ni lg) 9 pagi - 12 tgh hari. Baru rasa lega sikit sebab 2 paper minggu ni agak berat bagi aku. sebab dua2 kena byk membaca, tambah2 lagi aku yg jenis tak suke membaca notes, tp kena paksa gak.Kalu tak baca nnt, alih2 aku antar booklet kosong.

Pagi ni aku bangun agak awal, kire2 pukul 6.15 pagi. Tapi dalam pukul 6 tu aku dah sedar, tapi memandangkan aku ni tak puas nak tidur, aku tunggu gak jam berbunyi. Sian kat derang, penat2 tunggu kita nak bangun ngn kerja derang. Lepas bangun, aku pi tandas, amik wuduk , n solat. Lepas tu baru aku bukak balik notes2 yg perlu aku baca. Ada 1 chap aku lupe nak print, so aku salin balik dr PC yg tak tutup lagi dari smlm. Mujur time tu mata aku dah segar, tak nak tido balik. Abis salin notes, aku pi mandi. Aku gerak dengan Ee daripada bilik pukul 8.15 mcm tu. Jalan kaki je ke sana.

Paper ari ni bole dikatakan senang gak, walaupun aku ade terlupe skit ngn term2 nye. Seperti biasa, apa2 soklan yg memberi pendapat tu aku bantai n merapu je lebih2. Satu lagi kalau paper yg kena tulis2 ni yang paling aku tak suke, paper aku tak pernah bersih daripada pembetulan. Aku jarang gune liquid paper sebab leceh, so baik aku garis je ape2 jawapan yang tak betul. Tapi aku ni tak pernah nak garis elok2, ada pembaris tak nak pakai. Kan dah buruk rupa booklet tu, isk isk isk. Sian kat penyemak paper tu nanti, mintak maaf banyak2 la ye.

Dengan berakhir nye paper tadi, so ade 4 hari lagi utk aku bersedia 4 the next paper. Ee and the gang dah unofficially grad tadi, sebab tu la paper last derang. Hurm, dah takde ape2 lagi nak diceritekan n aku tutup di sini. Tunggu untuk next post 4 next paper.

Wednesday, November 22, 2006

Exam Week: Paper I

Hari ni aku baru start paper yg pertama EVB4042 Highway Engineering. Sepanjang paper tu, tangan aku mmg tak stop menulis sebab aku rasa bila stop je, idea akan ilang serta merta. So, mmg tak perasan jam yg diperuntukan dah semakin habis. Overall, aku rasa puas bercampur kecewa. Puas sebab menjawab semua soklan (er..ade satu part aku tinggalkan sbb tak pernah studi part tu), n kecewa sbb byk teori drpd pengiraan. Aku baru tau lepas exam yang soklan nye macam ni.Ape la bdak2 ni tak inform kat channel. Channel buat nye utk park nick, tak pernah nak sembang2 or bagitau kat org lain. Ni la susah nye bile sekelas dengan bdak batch lain.-_-"So, jawab nye, aku bantai je la tadi. Nasib la.

Tempat nye di Main Hall. Seperti biasa la, sejuk...brrrr~~. Tambah2 la dengan hujan kat luar tadi. Aku ni jenis yang tak tahan sejuk. Memang menggigil seluruh badan la. Aku mana ada tisu2 adipos yang tebal untuk memerangkap haba yg banyak. Menyesal gile tak beli baju sweater masa pergi KL Sentral awal sem ari tu. Ni la padah nya.

Satu lagi aku nak cerita, paper ni dah bertambah 1 jam. So, total nye 3 jam la (2.30 pm - 5.30 pm), padahal aku ambik 2 kredit hour je. Tambahan lagi, soklan bertambah 1 gak, kena jawab 5 dr 6 soklan. Aku mmg tak jangka bende ni. Sebab aku dah rancang nak jawab soklan 3 soklan yg Miss Koh buat, n part Dr IK nye aku nak jawab salah 1 je (memandangkan sem ni dah tambah 1, so aku kena jawab 2 soklan gak T_T). tapi mujur gak soklan test 2 ari tu kuar balik tapi tak semua.

Entah la, aku target dapat B or B+ je, kalu dapat A- minus tu dah kire syukur gak. OK la, aku malas nak post panjang2 sebab esok aku ade paper lagi. Pagi lak tu. Tak abis studi lg ni. mujur la aku ambik sekali ngn bdak2 hosmet aku. harap2 dapat la bantu sikit. Ja neh~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails