Saturday, March 28, 2009

Aku dan Tag II

Di pagi yang cerah, menikmati secawan teh Lipton dan biskut crackers aku nak menjawab tag yg alin request dr aku. owh, usop pun tag aku sekali nampaknya. Tanpa melengahkan masa aku mempersembahkan....

Rules:

  1. The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below.
  2. Then, you must choose a picture in the first page of result and post it as your answer.
  3. After that tag 12 people.
1. The age of my next birthday = 26

4 tahun lagi nak masuk 30, hurm

2. The place I would like to travel to = Hokkaido


Aku nak jepun, tp aku nak specific. Pilih Hokkaido sebab teringat cerita doraemon, derang sebut pasal Hokkaido

3. The favorite place = Pantai dan Laut biru

Tenangkan diri, hirup udara segar

4. The favorite food = Kebab

Lately, this is my hunger. Next pit stop, kyros kebab

5. The nickname I had = Mekot

ada kaitan ke baju ngn nickname aku, tanye minah rusia

6. The favorite colour = Biru

biru itu keluasan dan ketenangan

7. The city I live in (For now) = Sarikei, Sarawak

one of significant item kat sini

8. The city I was born in = Sarikei, Sarawak

salah satu transportation yang ade kat sini

9. College major = Civil Engineering (Urban)

Aku nak jadi datuk bandar
10. Bad habit = Baca ruangan gosip

ni bukan baca ruangan gosip, ni terus bergosip

11. Hobby = Fotografi

Ramaikan yang dah tahu (3 drpd gambar dlm tag ni pasal kamera)

12. Wishlist = D90

Apa lagi, bg la aku ni spam.

Tak tau nak tag sape dah, since aku rasa ramai kot yang dah kena tag nih.

Sunday, March 22, 2009

Aku dan In-Saff


Penat lelah telah terbalas (photo credit to zhee)

Seminggu sudah Malam Inspirasi Seni berlabuh, dan juara sudah pun diumumkan. Piala sudah singgah balik ke tangan In-Saff. Makanya, sudah 5 tahun aku bersama dengan In-Saff, dari awal penubuhan sampai la penambahan ahli2 baru, aku masih setia dengan mereka. Dari 1 pemain percussion dan tamborin sahaja sampai la ada 5 pemuzik yang unggul. Banyak pahit dan manis yang telah diharung bersama.

2005
Sejarah penubuhan In-Saff hanya dianggotai oleh aku, Ee, Kapten, Aizad, Azo(percussion) dan Afiq(tamborin). Berbekalkan hanya lagu Hijrah Pemacu Ummah dan Yang Abadi(Mestica), In-Saff pada mulanya tidak mendapat tempat atas kekurangan dan kesilapan dalam persembahan dan aku akui aku la penyebabnya(hahaha, awal2 dah key rendah giler). Tahun tu takde prelim, terus gi bawak ke final.

2006
Pada tahun berikutnya, In-Saff masih dianggotai orang lama, cuma Afiq tidak beraksi dan penambahan kerel sebagai vokal dan paan(percussion) dan uzair(tamborin). Perubahan ketara dari segi vokal, aku, ee dan kapten amik part suara 2 dan 3 tp leh plak berebut nak buat harmoni sampaikan takde yg nak amik suara asal. Alhamdulillah, In-Saff dapat naib johan dengan membawa lagu Bersatu(Raihan) dan ciptaan sendiri, Mohon dengan Sangat.

2007
Tahun ketiga penubuhan, In-Saff masih menyengat walaupun dua daripada ahli ee dan kapten dah grad. Dengan itu penambahan ahli2 baru Faiz(untuk harmoni) dan Jafni serta Shafiq sebagai lead vokal, mengambil nasihat drpd judge tahun lepas supaya hanya seorang dua sahaja diperlukan utk lead vokal. Begitu juga percussion bertambah dua orang, Hamzah dan Nasuha. Satu transformasi juga berlaku apabila penggunaan gaya ditambah dalam persembahan. Ternyata formula ini telah berjaya mencuri perhatian juri utk menobatkan In-Saff sebagai juara. Tahun itu lagu yang dipersembahankan Tafakur dan Pohon Hijau. Aku pilih lagu ni sebab lirik dan lagu yang sgt kuat dan sesuai dengan jiwa dan vokal In-Saff. Tambahan, dua lagu ini pernah dibawa ketika zaman sekolah dulu, mengingatkan aku pada partner harmoni aku dulu, Asdee dan Dzulfikar.



2008
Memang sudah jadi lumrah, ahli2 saling silih berganti. Ketiadaan Aizad dan Faiz, tempat vokal diganti oleh Hafiz(Apek), Dzul dan Zakuan. Kemasukkan mereka ketika Convo Fair 07(aku takde time tu sbb gi intern)mewarnai bahagian harmoni yang menjadi kekuatan kepada In-Saff. Lagu yang dinyanyikan tahun ni iaitu Sesungguhnya(Raihan) dan Masih Ada Waktu (Rast).Namun, rezeki pada tahun ini tidak berpihak kepada kiteorg dan hanya dapat meraih tempat kedua. Sememangnya juara pada malam itu, Azzariyat layak dan memang dijangka disebabkan peningkatan dari segi vokal dan persembahan mereka berbanding tahun lepas. Tahun ini juga, In-Saff mewakili UTP ke USM sempena Pertandingan Nasyid Terbuka IPTA, meraih tempat ketiga dan juga Intervarsity Nasyid Competition sempena Kembara Sufi di dalam UTP telah mendapat tempat kedua.

after the show(photo credit to ebul)



2009
Tahun ni, tahun paling susah nk pilih lagu. Takde dah killer song yang selalu menjadi daya tarikan. Lagu Rindu(Hijjaz) dan Ya Habibi ya Muhammad(UNIC) menjadi pilihan, hanya memberi kekuatan kepada lead vokal untuk mewarnai lagu ini. Lagu yang paling susah untuk menarik perhatian, lagu Rindu kerana memerlukan vokal yang mendayu dan feel yang kuat untuk meninggalkan kesan kepada juri dan penonton. Nasib baik Jafni dan Zakuan sudah menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik.
Tambahan, pada tahun ini, final diadakan di Dewan Chanselor kerana sblm ini dibuat di MPH. Kali ni juri luar yg memberi markah. Bukan calang2 orang menjadi juri, malah antara otai nasyid malaysia iaitu InTeam. Memang berbesar hati sebab mereka yang mengadili nasyid pada malam itu. Komen yang diberi memang positif. Terima kasih sekali lagi kepada InTeam.
Dengan kerjasama daripada semua pihak dalam team In-Saff, akhirnya piala MIS itu dalam genggaman untuk kali kedua. Tahniah kepada semua dan tahniah juga kepada Read-One, Shababul Islam dan Mujahedeen dengan persembahan korang yg juga mantap.



Prelim (photo credit to zhee)


Rehearsal (photo credit to ejat)


tenang (photo credit to Ja'a)


Focus, Feel n Fun (photo credit to azizi parker)

Post kali ini agak panjang kerana mengimbau kembali detik2 bersama team In-Saff. Banyak kenangan yang telah terpahat. Terima kasih atas sokongan dan semangat bersatu korang semua, Ee, Kapten, Aizad, Azo, Afiq, Kerel, Paan, Uzair, Faiz, Jafni, Shafiq, Zakuan, Apek, Zul, Hamzah, Nasuha(Bobo), Fa'idah, Mita dan Epul.

"Satu saf, satu barisan, satu haluan, asal dan usia bukan ukuran"

till my next post...

Friday, March 20, 2009

Aku dan Kuala Kangsar Part III

Selama seminggu lebih aku tak updet gara-gara sibuk training bersama In-Saff untuk final MIS'09. Alhamdulillah, tahun ini piala itu milik kita lagi. Esok aku post utk lebih lanjut.

Dalam seminggu ni jugak, blogspot tak pat nak post disebabkan rumors dalam utp, semua site yg berkaitan dengan google telah di 'block'. Alasan, penggunaan google kira paling top kat utp. Aku pun tak pasti betul ke tak, tapi keadaan ni memang menyeksakan lebih-lebih lagi gmail yang tak dapat nak akses, gtalk tak dapat connect, google search tak berfungsi n facebook pun tak dapat nak jenguk. -_-". Sekarang dah start cuti so, maybe orang pun dah tak ramai gune internet. Harap2 kekal la dapat masuk google sampai ujung sem ni.

So, post kali ni just nak letak final spot untuk outing ke Kuala Kangsar bersama kakiphoto. Antara tempat yang paling best nak buat shoot, tp time ni 2 kereta je yg gi. Lepak sampai pkl 5 sebab nak tunggu train punya la lama walaupun tak akan naik train sambil2 hujan menyimbah bumi Kuala Kangsar.



the photographers... pudin, pundak, kahlil, n eena


ebul (hi rumet) and ja'a (hi teammate), sori amik dr belakang


silver lining


Selamat sampai ke seberang pakcik


the arrival on 4.45pm

Terima kasih kepada kakiphoto kerana menjayakan outing kali ni. So, harapan next outing gi Taiping or Teluk Intan, aku akan sentiasa on aje.

Sebelum akhir post, appetizer yang spesel dari Kuala Kangsar aku hidangkan...layan kan aje.


ABC kuala yang menggiurkan yang dibantai oleh Ja'a


aku rasa aku obses ngn bihun sup la sekarang


the famous cendol of Kuala Kangsar, cendol Pulut+Kacang, betul kan Said? aaa...aku dah addict ngn cendol ni.

till my next post..!

Wednesday, March 11, 2009

Aku dan Kuala Kangsar Part II

sedikit tatapan sebelum ke stesen seterusnya.


panorama view of Sungai Perak at Kuala Kangsar


a silhouette of Ubudiah Mosque


a part of aloevera in the Ubudiah landscape garden


salah satu koridor di masjid Ubudiah


bark and leaves


a branch of tree in front of Istana Lama


an aloe vera view from above


mr pundak in action


tukiman in black and white mode

Tuesday, March 10, 2009

Aku dan Kuala Kangsar Part I

iklan sebentar utk tag from pekro
#1 Describe 10 things about the person who tag you

  1. rakan sekerja PnP convo fair 05
  2. rakan satu department dlm DFE, Cari gali
  3. antara penendang bola yg berkaliber di dalam utp
  4. suka tayang ngn aku gajet2 latest(bwahahahaa)
  5. tak sangka die ni pedo(term utk budak2 #helloproject)
  6. budak ee jan 04
  7. aku suke nak api2 kan dia gune software potosop ngn illustrator latest
  8. rumet kepada maja
  9. peminat soto dan bakso wisma central
  10. tetap menten perut walaupun bersukan(equation kehilangan 1% kalori bersamaan dengan 10 kali makan)


#2 Describe 10 things about you

  1. saya adalah die hard fan photoshop
  2. pengguna setia kamera kompak Lumix Fx10 di kakiphoto
  3. seorang gmod k5
  4. pencinta makanan (walaupun badan aku tak naik2)
  5. peminat suara dan vokal dato' siti nurhaliza
  6. saya seorang penari, pemain gamelan, budak teater UTP dan penyanyi base untuk in-saff
  7. saya sudah 25 tahun, tetapi menten muda
  8. saya seorang hantu chatting
  9. susah nak demam, sbb demam sekali utk 2 tahun(parah ni)
  10. saya peminat one piece yang tegar

#3 at the end you need to choose 10 people to be tagged and list their names.

  1. usop Akin
  2. half
  3. azman
  4. paan
  5. iman
  6. kapten
  7. ee
  8. narul
  9. said
  10. koba

so, kita dah warm up dgn tag ni. sape2 yg berkenaan, sile la ye. hehe.
ok, mari kita start.

Ahad pagi yang lepas, aku ngn member kakiphoto gi buat shooting kat Kuala Kangsar. antara the biggest participation (27 orang tp ewok ngn bob terpaksa bergegas ke taiping sbb jd bidan terjun wedding OP, so jd 25 orang) dan antara yang terjauh daripada outing sebelum ni. tahniah ngan komitmen korang semua, walaupun nk tunggu sorg2 pkl 7 kena kumpul, last2 bergerak pun dlm pkl 8.30. sori gak if korg anggap aku lead utk this outing, aku tak reti nak lead. aku lebih suka guna suara ramai. sori again.

so, post kali ni aku lebih nak letak gambar. tetapi ni utk 1st phase, since rasa byk gambar nk di upload. layan kan aje.











LinkWithin

Related Posts with Thumbnails