Wednesday, February 04, 2009

aku dan kamera

Dah 16 bulan berlalu, aku tak perkenalkan lagi kamera yang masih menemani aku sampai sekarang. Even takda nama lagi ibarat Zaraki Kenpachi tidak memberi nama kepada Zanpakuto nya, tapi kepuasan untuk bersama kamera ni masih tak terpadam. Prestasinya boleh dikatakan antara yang terbaik di dalam kelompok kamera point and shoot (PnS).

Mula2 dulu aku nak sangat2 ada kamera sbb keperluan untuk menyimpan kenangan bersama-sama famili dan rakan2. Rasa kekurangan gak sbb takde gambar yang ade diambik sendiri. Semua cilok je dari kawan2. Tapi start dari 2 tahun lepas, aku mcm terpersona tengok gambar2 dari satu thread fotografi dalam k5. Kat dalam tu ramai2 member share n show hasil2 gambar derang. Sangat cantik dan sharp. Dari situ, timbul la keinginan untuk belajar mengambil gambar dengan lebih proper.

Dengan meminjam kamera member2, aku apply setiap pembelajaran yang dah diajar oleh otai2 fotografer. Join outing bersama2 derang. Dari situ gak kenal ramai orang. Nasib jugak background photoshop(Ps) aku kuat, menjadikan satu bonus untuk aku gunakan dalam editing gambar. Secara tak langsung gak aku dah gunakan Ps yang sebelum ni untuk kerja buat design2 poster, diperlukan dalam mencantikkan lagi gambar.

Dan akhirnya time intern, aku dapat gak memiliki Panasonic Lumix FX10. Even time tu duit pun ciput and tu je yang termampu nak dapat. I mean dari segi prestasi dan bajet. Tetapi rancangan masa panjang aku pulak ingin memiliki dslr yang mempunyai teknologi yang lebih baik daripada kamera PnS. Lumrah manusia mahu inginkan kepuasan yang maksima, termasuk la jugak aku tapi, niat aku hanya untuk belajar dan ingin maju kehadapan serta menghasilkan gambar yang cantik.


Nikon D90 yang diidam-idamkan

Walau bagaimanapun prinsip 'it's not about the camera, it's all about the person behind', tak dapat aku nafikan sebab manusia ni hati lain2. Ada yang ingin punya kamera besar2 untuk bermegah2, untuk tarik perhatian. Ada juga yang mengikuti trend semasa. Dan ada juga yang malu dengan kekurangan sebab kamera kecik. Bagi aku terpulang dengan individu tersebut, sebab punya keinginan dan perasaan. Sebab untuk aku, ilmu yang kita belajar adalah lebih penting untuk diaplikasikan dan dikongsi bersama.

Apa-apa pun ditakdirkan aku dah ade D90 ni nanti (masih berharap ada D90x...lol), Lumix aku still berada disisi. Tak akan dijual or bagi kat adik or sape2. Masih jadi kepunyaan aku. Hehe.

Advantage Lumix Fx10
  • warna vivid yang sangat jitu
  • macro mode yang detail
  • ada burst mode
  • aplikasi white balance
  • gambar pun agak sharp
  • 3 jenis aspect ratio 4:3(biasa), 3:2, 16:9 (seakan-akan wide)
  • kepelbagaian scene mode
  • bole buat light trail (long exposure)

Disadvantage
  • penggunaan ISO yang menimbulkan noise(perkara biasa dalam kamera digital biasa)
  • penggunaan night mode atau low light yang tak menjanjikan kepuasan

Monday, January 26, 2009

Aku lahir pada 25 tahun yang lepas

Dengan rasmi nya, saya mengumumkan saya dah berumur 25 tahun. Tua tak? Semoga dengan umur yang meningkat ini, semakin banyak la ilmu2 dan pengalaman yang dituntut untuk diaplikasi serta dikongsi kepada insan rapat dan baru mengenali serta generasi yang akan datang. Takde wish list sebab tak mengharapkan hadiah daripada sesiapa kecuali hadiah senyuman ikhlas dari hati yang sgt bernilai. Terima kasih juga kepada kamu semua dengan wish2 bday ni.

Hasil usaha untuk kenangan berumur suku abad.


Sunday, January 25, 2009

Penantian 10 tahun : Annulus, welcome back!


Last time aku berhadapan dengan kejadian ini kira2 sepuluh tahun lepas. I mean, yang terjadi dalam malaysia la. Kalau ada pun waktu matahari terbit yg dah nak abis, time terbenam pulak baru nak start. So, aku dah tak mengikuti sangat sampai la yang akan berlaku isnin ni.

Sejarah aku mengikuti gerhana matahari ni sejak aku darjah 5 pada tahun 1995. Waktu tu gerhana penuh, mmg syok jugak sbb 1st time menyaksikan detik-detik itu. Dah la waktu tengahari dan memang nak abis kelas. Cikgu2 semua pun terus batal kelas sbb tak nak terlepas masa dah nak start gelap. Suasana ketika kemuncak lak seakan-akan gelap dan temperature drop secara tiba-tiba. Yang nampak cuma matahari yang dah dilindungi bulan kat langit.

3 tahun selepas tu lak masa aku tingkatan 2, pun waktu kelas prep hari sabtu. Yang ni lak terjadi dalam waktu pkl 9++. Dah tak ingat exact time. Pada kali ni aku ade catat dlm note book setiap 10 minit kejadian. Siap ngn carta die lg. dari awal pagi 7.10 am, gi sarapan cepat2, then kemuncak die around 8.45 mcm tu. Memang tak sah kuar bilik kelas sebentar. Nasib baik warden takde. Time ni berlaku gerhana annulus or orang melayu ckp gerhana matahari cincin.

Menurut link http://www.lingkudau.net/astronomi/siaran/jadual-gerhana-se.htm , utk penduduk sekitar Ipoh boleh start tengok dlm pkl 4.34 ptg sehingga 6.59 ptg. Kemuncaknya (di mana kedudukan matahari bulan dan bumi dalam satu garis) adalah sekitar pukul 5.52 ptg dalam peratusan litupan sebanyak 58.6%. So, untuk sape2 yg bukan ipoh, boleh la rujuk link kat atas.

Aku syorkan kepada sape2 yang berminat nak menyaksikan fenomena ni, jangan lupe bawak ape2 yang patut: film gambar yang tak pernah pakai(antara method yang terbaik) ,cermin mata hitam (sure korg semua ada tp ni aku takleh jamin keselamatan mata kalau guna yg non ori). Alternatif lain, korang boleh guna cermin lutsinar yang diasapkan, or tak nak kotor dengap kesan asap yang kotor korang boleh guna tinted glass. Yang paling menarik dan ajaib, kalu nak tengok telur ayam 'berdiri', korang boleh bawak sekali. Tetapi kali ni aku tak sure jadi ke tidak since kedudukan bulan dengan bumi Malaysia ni bukan di satah 90 darjah melainkan di Kepulauan Jawa dan Kalimantan, Indonesia.

Selamat menonton dan merasai kenikmatan fenomena alam yang menakjubkan. Jangan tetiba korang berangan dapat kuasa HEROES lepas gerhana ni lak. Itu hanya fiksyen semata-mata. lol.

p/s kalau ujan, takpe lah. takde rezeki. 22 Julai tahun ni ade lg.

imej laluan bulan untuk 26 Jan 2009(sumber http://eclipse.gsfc.nasa.gov/eclipse.html)


imej laluan bulan untuk 22 Julai 2009(sumber http://eclipse.gsfc.nasa.gov/eclipse.html)

Tuesday, January 13, 2009

10 Januari


Dia lah sumber kekuatan untuk aku melangkah setapak dalam pembelajaran untuk mahirkan diri dalam art design. Hadiah sempena her birthday sabtu lepas.

p/s ok, gua nak layan cite slumdog. dah abis donlod. hehe

Wednesday, January 07, 2009

Info Sihat : Pengawalan pernafasan melalui perut

Artikel yang baik untuk dikongsi bersama.

“Tekanan kerja, persekitaran malah dalam keadaan biasa pun, ramai orang yang sering terlupa bagaimana perlunya bernafas dengan betul,” ujar seorang pakar pernafasan, Dominique Lonchant.

Jelasnya lagi, pengawalan pernafasan yang betul dapat memastikan pembukaan saluran udara yang sempurna serta kapasiti udara yang memasuki paru-paru adalah maksimum.

“Pengawalan pernafasan mempunyai empat bahagian utama iaitu di bahagian perut, tekak, sisi dada dan pernafasan secara keseluruhan,” katanya sambil menunjukkan cara yang betul menghembus dan menarik nafas menggunakan hidung.

Menurut Dominique, kebanyakan kita gemar ‘menelan’ nafas yang sekali gus menyebabkan banyak elemen negatif masuk ke dalam tubuh.

“Pernafasan yang perlahan juga membuatkan udara yang disedut tidak sampai ke paru-paru ketika proses menyedut dan menghembus

Kerana itu, Dominique menegaskan pengawalan pernafasan harus diketahui oleh semua orang, terutama dalam keadaan yang tertekan.

“Sebagai contoh, pernafasan yang dikawal melalui perut mampu membetulkan sistem pencernaan, buah pinggang, hati serta perjalanan darah,” katanya.

Di samping itu, pernafasan clavicular iaitu pernafasan yang memberi tekanan di bahagian bawah ketiak juga dibuktikan dapat mencegah kanser payu dara di kalangan wanita.

“Manakala pengawalan yang dilakukan menerusi tekak pula membantu memulihkan sistem jantung termasuk menguatkan organ tersebut,” kata Dominique yang berasal dari Perancis.

Cerita Dominique, pengalamannya mengajar beberapa orang penyanyi mengenai pernafasan yang betul telah banyak membantu mereka dalam sesuatu persembahan.

Bukan sekadar itu, bagi amalan biasa, aturan pernafasan yang betul juga dapat mengelakkan seseorang itu daripada perasaan malas terutamanya pada waktu pagi.

“Kadar oksigen yang kurang pada waktu pagi menyebabkan rasa kemalasan itu cukup tinggi dan menerusi senaman pernafasan ini, aliran darah serta oksigen akan lebih pantas bergerak,” katanya.

Jelas lelaki yang berpengalaman hampir 28 tahun mengajar teknik ini di seluruh dunia, penyakit seperti asma, gemuruh dan sesetengah alahan berpunca daripada cara bernafas yang salah.

Lebih daripada itu, emosi juga dapat dikawal dengan lebih baik sekiranya aturan pernafasan seseorang itu berada dalam keadaan sempurna.

“Sekiranya kita sukar untuk bernafas, tidak selesa dengan udara yang keluar masuk ke dalam tubuh, secara tidak langsung, ia turut mengganggu mood dan emosi. Ini akan membuatkan seseorang itu mudah marah, rasa tertekan dan bermacam lagi,” ujarnya.

-sumber Kosmo-


Sememangnya, setiap pagi selepas bangun dari tidur adalah baik untuk kita menghirup oksigen yang banyak dan cukup bagi memulakan aktiviti seharian kita. Ini penting untuk menjana tenaga yang dihasilkan oleh oksigen yang merupakan aspek penting dalam proses respirasi. Semakin banyak oksigen yang diambil, semakin segar dan bertenaga badan dan otak kita.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails