Thursday, April 16, 2009

Aku dan Proton Exora


Our new and the 1st MPV car (credit to paultan.org)

Baru semalam derang lancarkan. Maybe one of my family terasa nk beli ni satu ke? Aku? Takde fulus lg. Hehe.

Untuk lanjutan info, try click kat link sebelah http://paultan.org/topics/proton-mpv-2009/

Monday, April 13, 2009

Aku dan FYP poster

Agak nya dah basi kot kalau nk diceritakan kat sini. Tp aku tetap nk post gak since, last week tak pat connection to google. Mmg sah2 ITMS block google ni. Takpe, kita lupakan cerite block blog or whut ever.

Memang setiap kali ada presentation, mmg tak sah kalau aku tak membuat template sendiri, sbb hati aku tak pernah nak puas. Agak perit jugak bila memikirkan masa nak siapkan, sbb pc selalu hang(al maklum, pc dah tukun). Tapi jiwa nk buat yg terbaik tak pernah padam walaupun selalu restart application Ps berkali2. Nasib baik dah save secara berperingkat. Tak la lari banyak sangat. So, tengok hasil akhir korang leh tengok kat bawah ni.


tadaaa....

Malas nak letak info2 len, just letak gambar2 yg ada. Dah lepas poster presentation je pun , alhamdulillah aku dapat present tanpa rasa tersekat dan berkeyakinan. Syukur kepadaNya. n the best part, komen2 dari evaluator adalah positif. Tak mengharap2 apa yg bakal terjadi just aku nak usaha aku ini dihargai, pun aku dah cukup puas hati. Thanx to acap n half, since aku amik poster korg sbg sumber inspirasi. Hehe.

Dan juga inspirasi lagu Faizal Tahir - Bencinta. (tuju khas untuk Benci+Cinta kepada FYP, saje je)

See u next post.

Friday, April 03, 2009

Aku dan Wordpress

Bukan nak bertukar blogspot ke wordpress, cuma aku nak jadikan wordpress ni sebagai portfolio . Dah lama aku plan nak gantikan site fotopages sbb rasa nak beralih angin dan inginkan site yang trendy. Mane tau ade rezeki, ade job nnt(aminn) boleh la aku jdkan ni sebagai tatapan n rujukan. Apa2 koleksi gambar akan aku show kat situ.

So, ni link ke wordpress yang masih dalam construction sebab masih dalam proses membiasakan diri.

Saturday, March 28, 2009

Aku dan Tag II

Di pagi yang cerah, menikmati secawan teh Lipton dan biskut crackers aku nak menjawab tag yg alin request dr aku. owh, usop pun tag aku sekali nampaknya. Tanpa melengahkan masa aku mempersembahkan....

Rules:

  1. The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below.
  2. Then, you must choose a picture in the first page of result and post it as your answer.
  3. After that tag 12 people.
1. The age of my next birthday = 26

4 tahun lagi nak masuk 30, hurm

2. The place I would like to travel to = Hokkaido


Aku nak jepun, tp aku nak specific. Pilih Hokkaido sebab teringat cerita doraemon, derang sebut pasal Hokkaido

3. The favorite place = Pantai dan Laut biru

Tenangkan diri, hirup udara segar

4. The favorite food = Kebab

Lately, this is my hunger. Next pit stop, kyros kebab

5. The nickname I had = Mekot

ada kaitan ke baju ngn nickname aku, tanye minah rusia

6. The favorite colour = Biru

biru itu keluasan dan ketenangan

7. The city I live in (For now) = Sarikei, Sarawak

one of significant item kat sini

8. The city I was born in = Sarikei, Sarawak

salah satu transportation yang ade kat sini

9. College major = Civil Engineering (Urban)

Aku nak jadi datuk bandar
10. Bad habit = Baca ruangan gosip

ni bukan baca ruangan gosip, ni terus bergosip

11. Hobby = Fotografi

Ramaikan yang dah tahu (3 drpd gambar dlm tag ni pasal kamera)

12. Wishlist = D90

Apa lagi, bg la aku ni spam.

Tak tau nak tag sape dah, since aku rasa ramai kot yang dah kena tag nih.

Sunday, March 22, 2009

Aku dan In-Saff


Penat lelah telah terbalas (photo credit to zhee)

Seminggu sudah Malam Inspirasi Seni berlabuh, dan juara sudah pun diumumkan. Piala sudah singgah balik ke tangan In-Saff. Makanya, sudah 5 tahun aku bersama dengan In-Saff, dari awal penubuhan sampai la penambahan ahli2 baru, aku masih setia dengan mereka. Dari 1 pemain percussion dan tamborin sahaja sampai la ada 5 pemuzik yang unggul. Banyak pahit dan manis yang telah diharung bersama.

2005
Sejarah penubuhan In-Saff hanya dianggotai oleh aku, Ee, Kapten, Aizad, Azo(percussion) dan Afiq(tamborin). Berbekalkan hanya lagu Hijrah Pemacu Ummah dan Yang Abadi(Mestica), In-Saff pada mulanya tidak mendapat tempat atas kekurangan dan kesilapan dalam persembahan dan aku akui aku la penyebabnya(hahaha, awal2 dah key rendah giler). Tahun tu takde prelim, terus gi bawak ke final.

2006
Pada tahun berikutnya, In-Saff masih dianggotai orang lama, cuma Afiq tidak beraksi dan penambahan kerel sebagai vokal dan paan(percussion) dan uzair(tamborin). Perubahan ketara dari segi vokal, aku, ee dan kapten amik part suara 2 dan 3 tp leh plak berebut nak buat harmoni sampaikan takde yg nak amik suara asal. Alhamdulillah, In-Saff dapat naib johan dengan membawa lagu Bersatu(Raihan) dan ciptaan sendiri, Mohon dengan Sangat.

2007
Tahun ketiga penubuhan, In-Saff masih menyengat walaupun dua daripada ahli ee dan kapten dah grad. Dengan itu penambahan ahli2 baru Faiz(untuk harmoni) dan Jafni serta Shafiq sebagai lead vokal, mengambil nasihat drpd judge tahun lepas supaya hanya seorang dua sahaja diperlukan utk lead vokal. Begitu juga percussion bertambah dua orang, Hamzah dan Nasuha. Satu transformasi juga berlaku apabila penggunaan gaya ditambah dalam persembahan. Ternyata formula ini telah berjaya mencuri perhatian juri utk menobatkan In-Saff sebagai juara. Tahun itu lagu yang dipersembahankan Tafakur dan Pohon Hijau. Aku pilih lagu ni sebab lirik dan lagu yang sgt kuat dan sesuai dengan jiwa dan vokal In-Saff. Tambahan, dua lagu ini pernah dibawa ketika zaman sekolah dulu, mengingatkan aku pada partner harmoni aku dulu, Asdee dan Dzulfikar.



2008
Memang sudah jadi lumrah, ahli2 saling silih berganti. Ketiadaan Aizad dan Faiz, tempat vokal diganti oleh Hafiz(Apek), Dzul dan Zakuan. Kemasukkan mereka ketika Convo Fair 07(aku takde time tu sbb gi intern)mewarnai bahagian harmoni yang menjadi kekuatan kepada In-Saff. Lagu yang dinyanyikan tahun ni iaitu Sesungguhnya(Raihan) dan Masih Ada Waktu (Rast).Namun, rezeki pada tahun ini tidak berpihak kepada kiteorg dan hanya dapat meraih tempat kedua. Sememangnya juara pada malam itu, Azzariyat layak dan memang dijangka disebabkan peningkatan dari segi vokal dan persembahan mereka berbanding tahun lepas. Tahun ini juga, In-Saff mewakili UTP ke USM sempena Pertandingan Nasyid Terbuka IPTA, meraih tempat ketiga dan juga Intervarsity Nasyid Competition sempena Kembara Sufi di dalam UTP telah mendapat tempat kedua.

after the show(photo credit to ebul)



2009
Tahun ni, tahun paling susah nk pilih lagu. Takde dah killer song yang selalu menjadi daya tarikan. Lagu Rindu(Hijjaz) dan Ya Habibi ya Muhammad(UNIC) menjadi pilihan, hanya memberi kekuatan kepada lead vokal untuk mewarnai lagu ini. Lagu yang paling susah untuk menarik perhatian, lagu Rindu kerana memerlukan vokal yang mendayu dan feel yang kuat untuk meninggalkan kesan kepada juri dan penonton. Nasib baik Jafni dan Zakuan sudah menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik.
Tambahan, pada tahun ini, final diadakan di Dewan Chanselor kerana sblm ini dibuat di MPH. Kali ni juri luar yg memberi markah. Bukan calang2 orang menjadi juri, malah antara otai nasyid malaysia iaitu InTeam. Memang berbesar hati sebab mereka yang mengadili nasyid pada malam itu. Komen yang diberi memang positif. Terima kasih sekali lagi kepada InTeam.
Dengan kerjasama daripada semua pihak dalam team In-Saff, akhirnya piala MIS itu dalam genggaman untuk kali kedua. Tahniah kepada semua dan tahniah juga kepada Read-One, Shababul Islam dan Mujahedeen dengan persembahan korang yg juga mantap.



Prelim (photo credit to zhee)


Rehearsal (photo credit to ejat)


tenang (photo credit to Ja'a)


Focus, Feel n Fun (photo credit to azizi parker)

Post kali ini agak panjang kerana mengimbau kembali detik2 bersama team In-Saff. Banyak kenangan yang telah terpahat. Terima kasih atas sokongan dan semangat bersatu korang semua, Ee, Kapten, Aizad, Azo, Afiq, Kerel, Paan, Uzair, Faiz, Jafni, Shafiq, Zakuan, Apek, Zul, Hamzah, Nasuha(Bobo), Fa'idah, Mita dan Epul.

"Satu saf, satu barisan, satu haluan, asal dan usia bukan ukuran"

till my next post...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails