Friday, May 01, 2009

Aku dan Cuti-cuti KL bersama UPAG


Bersama Tun Dr Siti Hasmah dan piala kemenangan

Penat ulang alik dari KL last week. satu gi MMU untuk Festival Tari Piala Tun Dr Siti Hasmah and gi Sunway atas jemputan dari komiti FESCO utk FESCO appreciation day. Thanx UPAG sbb ajak aku memandangkan last week mmg aku free daripada segala benda2 yang bz. 

First time gak aku jejak kaki ke MMU ni. Takde event ni mmg kempunan la. lol. Event start malam tapi bergerak dr UTP pkl 8 pagi. so sampai kat sane around pkl 12 sumthin. Memandangkan aku bawak kamera 400D kepunyaan ja'a, makanya jd OP bidan terjun sbb igt pakai utk suka-suka je.


nak jugak camwhore tu, antara orang 'kuat' UPAG di MMU

Ada 5 buah universiti je yang join sbb minggu ni byk uni dah start final. Setiap peserta diberi masa 9 minit and kena present 3 jenis tarian utama Melayu iaitu Zapin, Inang and Joget. Tak banyak sangat aku nk cerite ttg mlm tu since aku byk konsentret amik gambar2 derang ni. Terus la aku bagi keputusan yg UPAG dapat 1st place n bawak trofi untuk Busana Terbaik dan Koreografi terbaik. Tahniah atas kejayaan korang. Bangga ngan junior2 dancer yg menambahkan lagi kredibiliti dance kat dalam UTP.


Smile...bam bam bam!

Yang kat Sunway Lagoon lak, aku gi hari ahad and bertolak dr UTP pagi. Aku tak terfikir untuk dijemput walaupun tau budak FESCO ada buat but thanx again kat Ella and En Ahmad. Lagipun aku tak pernah masuk lg kat situ. Mujur gak Ee pun ada sekali walaupun layan kerenah aku yang agak 'kecut' nak main semua benda alah kat situ. Aku kurang gemar main benda yang suka nk kecutkan perut aku instead of keseronokan, tp benda free kena la main gak. Kalau tak mmg rugi la. Terpaksa la aku jerit jugak nak hilangkan rasa kecut kat perut.

Ada satu game kat wetpark tu paling seronok. Aku lupe nama menatang tu tp kite kena meniarap atas tikar and slide. Sampai 3 kali main dowh, since terbang macam superman. Yang lain ty aku pernah rasa kat Lost World of Tambun. Kat Dry Park lak, dua benda je aku tak men iaitu Pirate Ship dan Tomahawk. Serik dah main yang kat Genting, tp Pirate Ship sini lg extreme. Sampai terbalik and stay kat atas. Mahu aku termuntah dan pengsan kalau try. hahaha. 

Ada gak try game rollercoaster, yang tu pun mcm celaka gak. Igt la tak extreme sgt, tapi sekali terkena kat part paling tinggi dan curam almost 90o tu, memang aku terus menyumpah. Same gak yg game Log(kayu balak) yang keluar dari mulut ular(ni kot nama dia Niagara Falls Flume Ride). Memang aku ngn Ee menjerit mcm nak rak. Lepas tu tergelak sebab malu sangat jerit kuat sangat. Tapi sedih gak since, aku ngn Ee je yg men. Terutama naik rakit berpelampung bulat(pun lupa nama menatang ni) yang patut duduk 5 orang, tp kiteorg berdua je yang ade. Ape lagi kiteorg buat la konon-konon meriah mcm 5 orang. hahaha.


aksi capuban oleh Ee di atas expansion bridge Sunway Lagoon

Lepas abis semua tu, gi salin baju sbb dah nk pkl 4 untuk kumpul balik. Lepas salin baju, aku ajak Ee gi buat photoshoot kat atas titi gantung. Memang tinggi gak. Tapi puas since bole tengok seluruh area Sunway Lagoon dr ariel view. Kiteorg mmg shooting sakan la. Dah kuar dari Sunway Lagoon, kiteorg gi Sunway Pyramid lak untuk makan kat Chicken Hartz. Makan pun free gak since all sponsor from FESCO. huhu. Sambil2 tu ada majlis penghargaan untuk komiti-komiti FESCO dan cabutan bertuah. Lepas abis kenyang gi jalan-jalan sekejap dalam mall sebelum pulang. Pukul 8 sumthin terus balik ke UTP. 

So, seperti biasa, post ni pun ada koleksi gambar kat wordpress aku. Jenguk-jenguk la di sini ye

See u in the next post. Chiao~

Friday, April 24, 2009

Aku dan Taiping

Sebelum start, aku da ubah lagi aku nyer layout utk blog. Still kekal hitam tapi merah jd partner rasa mcm tgh promo untuk teater Jebat (sila tengok banner di sebelah kanan ini). Tambah lak 1 column kat kiri. After this maybe nk bukak besar lagi size bahagian content. Nampak macam cramp lak. Masih construct lg ni. Huhu.

Last Saturday, aku gi Taiping dengan keluarga gamelan UTP. Saje2 jalan since mmg dah rancang dari awal sem lg nak jalan2 ngn derang ni. Lagipun aku pun dah lama tak jejak Taiping since 2003. Masa amik Malaysian Studies buat kajian tentang labu sayong kat Sayong and Said ajak gi Taiping on the way nak balik. Satu benda je aku tau time tu masa jejak kaki kat Taiping....Yong Tau Fu. Dan tu lah first time aku merasa hidangan ni. Setakat ni takde yong tau fu terbaik yang pernah aku rasa selain dr Taiping sendiri.

Berbalik dengan cerita jalan-jalan Taiping, asal nya kiteorg nak pergi panjat Bukit Larut tapi atas sebab-sebab tertentu so, terpaksa cancel last minute. Sudahnya, kiteorg gi la masuk Zoo Taiping. First time gak masuk, walaupun tak merasa Safari Night, ni pun dah kire puas hati gak. Dah tau kamera PnS mampu zoom takat 1 meter je, so amik la gambar menatang yang dekat-dekat je. Kalau gi Safari Night ni, merasa la gambar byk berbintik2 dan almost gelap. Hehe.

Lepas je abis kat zoo ni, kiteorg gi la Taiping Central(betul ke nama tempat ni alin?). Just nak settle2 sat kat situ sebelum gi ke Taman Tasik. Dalam pkl 5.30 ptg kiteorg sampai kat Taman Tasik. Memang tempat ni la aku memang nak gi sangat since ramai yang rekemen gi situ. Memang cantik, hijau dan penuh ngn tasik. Pokok-pokok kat situ memang besar dan tumbuh dengan cantik nya. Ada padang yang agak luas and trail utk tempat orang jogging. Tambahan lak ade 'angsa' yg boleh dikayuh n mendayung sampan. Tak perasan lak ngn kayak ade ke tak kat situ. Memang terasa damai. Lagi2 time petang and lepas ujan. Memang puas hati giler amik gambar kat sini and byk giler spot2 yang menarik. Tercapai gak hasrat aku nak shoot model2 kat sini(thanx ngn gadis2 Gamelan)

Lepas solat Maghrib, last tempat yang kiteorg gi tak lain tak bukan, gerai Yong Tau Fu. Mcm ramai orang ckp, tak sah kalau tak singgah sini kalau gi Taiping. Terasa nostalgik lak, makan yong tau fu ngn Ee, Said, Ting dan lain2 masa muda-muda dulu. Rasa nya yang tak pernah berubah. Kalah yong tau fu yang pernah aku rasa kat tempat lain sebab kuahnya memang terbaik. Lagi menarik makan beramai-ramai mcm ni. Harap-harap next time aku jejak kaki kat Taiping aku gi sini lagi.


Share sepinggan ngn Syazwan a.k.a Tajol(ahli baru gamelan UTP). Hanya RM6 sahaja ya puan2.

So, tu lah seharian di Taiping bersama-sama Gamelan UTP family. Thanx kerana menganjurkan jalan-jalan ni. So, kat bawah adalah sneak peak antara gambar2 yang aku upload kat my wordpress The Pieces.


Pieces of Taiping

Till the next post.

Thursday, April 16, 2009

Aku dan Proton Exora


Our new and the 1st MPV car (credit to paultan.org)

Baru semalam derang lancarkan. Maybe one of my family terasa nk beli ni satu ke? Aku? Takde fulus lg. Hehe.

Untuk lanjutan info, try click kat link sebelah http://paultan.org/topics/proton-mpv-2009/

Monday, April 13, 2009

Aku dan FYP poster

Agak nya dah basi kot kalau nk diceritakan kat sini. Tp aku tetap nk post gak since, last week tak pat connection to google. Mmg sah2 ITMS block google ni. Takpe, kita lupakan cerite block blog or whut ever.

Memang setiap kali ada presentation, mmg tak sah kalau aku tak membuat template sendiri, sbb hati aku tak pernah nak puas. Agak perit jugak bila memikirkan masa nak siapkan, sbb pc selalu hang(al maklum, pc dah tukun). Tapi jiwa nk buat yg terbaik tak pernah padam walaupun selalu restart application Ps berkali2. Nasib baik dah save secara berperingkat. Tak la lari banyak sangat. So, tengok hasil akhir korang leh tengok kat bawah ni.


tadaaa....

Malas nak letak info2 len, just letak gambar2 yg ada. Dah lepas poster presentation je pun , alhamdulillah aku dapat present tanpa rasa tersekat dan berkeyakinan. Syukur kepadaNya. n the best part, komen2 dari evaluator adalah positif. Tak mengharap2 apa yg bakal terjadi just aku nak usaha aku ini dihargai, pun aku dah cukup puas hati. Thanx to acap n half, since aku amik poster korg sbg sumber inspirasi. Hehe.

Dan juga inspirasi lagu Faizal Tahir - Bencinta. (tuju khas untuk Benci+Cinta kepada FYP, saje je)

See u next post.

Friday, April 03, 2009

Aku dan Wordpress

Bukan nak bertukar blogspot ke wordpress, cuma aku nak jadikan wordpress ni sebagai portfolio . Dah lama aku plan nak gantikan site fotopages sbb rasa nak beralih angin dan inginkan site yang trendy. Mane tau ade rezeki, ade job nnt(aminn) boleh la aku jdkan ni sebagai tatapan n rujukan. Apa2 koleksi gambar akan aku show kat situ.

So, ni link ke wordpress yang masih dalam construction sebab masih dalam proses membiasakan diri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails