Wednesday, December 30, 2009

Aku dan The Goodbye 2009



At last, kita dah nak sampai ke hujung tahun 2009. tup tap tup tap, eosk lusa kita dah dalam tahun yang berbeza, kalendar yang berlainan dan buku dairi yang baru. Dua sifar satu sifar la, dua puluh sepuluh la two thousand ten la, ape2 lagi. Yang penting tahun 2009 kita dah harungi dengan baik. Memang tak sedar dah setahun berlalu. Umur dah meningkat setahun, tanggungjawab dah bertambah dan ilmu pengetahuan serta pengalaman pun dah ter'update'.

Nak refer balik apa yang dah berlaku sepanjang tahun 2009. Tersangat banyak, pahit manis, suka duka yang dilalui. Tahun ni la aku boleh simpulkan sebagai tahun penuh dengan EMOSI. Segala-galanya tersangat jelas dalam otak ni. dan tahun ni jugak adalah tahun perubahan transisi. Ada yang rasa nak dikongsi dan ada benda yang milik peribadi sahaja sahaja

Dah rujuk balik azam yang dah aku buat awal tahun ni tadi, nampaknya hampir 100% tercapai. Aku paste balik list2
Misi untuk tahun ini, mudah-mudahan diizinkan oleh Nya
  • first of all, aku nak abiskan sessi pembelajaran di UTP dengan tenang(Insya Allah this Jun). Moga apa2 ilmu yang dibelajar di sini walau keputusan ujian yang tak memberansangkan, tak kan ku sia2 kan. Tambahan, ilmu yang dibelajar tak akan abis untuk bidang akademik sahaja, malah penting untuk pelengkapkan diri bagi menghadapi hari muka.
  • yang ni aku nak sangat2, harap dapat mengakhiri zaman single(bukan kawin, x sedia n xde calon lg). kalau ade rezeki dan jodoh.
  • nak dapat kerja(permanent or part time) and tak sabar nak sumbang sedikit hasil titik peluh kat orang tua dan adik beradik.
  • merancang untuk bergiat aktif dalam bidang fotografi dan design. migth be start a small business within saudara-mara dulu.
  • reunion dan gath dengan rakan2 zaman bangku sekolah.
  • nak come back masuk dlm Tronoh Theatre Shop, untuk menyumbang sumthin sblm abis blaja di utp.
  • nak tambah lagi ramai rakan-rakan.
ni adalah some sort of my plan and wish utk 2009 ni. Semoga Allah permudahkan perjalananku dalam tahun ini.

And the :resultnya
1. Alhamdulillah, akhirnya grad n convo tahun ni. yeay, aku mampu habiskan study aku kat UTP walaupun banyak rintangan dan dugaan(paham2 je la ye). At least habis and dapat scroll, tu dah cukup. walaupun dah abis, segala ilmu yang aku pelajari tu, aku takmo lupa. Civil Engineering banyak mengajar tentang kehidupan.
2. Hehe, biar lah rahsia.
3. Yup, dah bekerja tapi part time/kontrak sebagai guru sandaran tak terlatih. Ambik kerja ni sebagai pengalaman dealing ngn orang sekeliling.
4. Belum serius lagi tp byk dah ilmu2 yang aku serap dr member2 photog especially #kakiphoto. Thanx guys.
5. Buat pun small size je, tu pun time raya. At least la kan. Harap2 next time boleh jumpa ramai member lagi. Rindu sangat2 ngn derang.
6. Hurm, yang ni tak banyak yang aku sumbangkan. Sori ye adik2. TQA, maybe. Ada tu aku ingat nk tukar logo tp tak berjaya gak. Hehe. Kan aku dah sumpah 7 keturunan logo ni tak akan bertukar2. kah kah kah. Alal, dapat tukar la tu nnt, perhap.
7. Memang dah makin bertambah rakan-rakan. tempat kerja la mostly and FB sekali.

Alhamdulillah, semuanya hampir selesai. Ku tutup buku 2009 dengan hemat. Ku semat erat dalam lipatan ingatan. Rentetan peristiwa menjadi ajaran. Lebaran 2010, bersedianya tinta. Pinta dimurahkan rezeki olehNya. Yang punya segala kuasa di alam semesta. Selamat tinggal...

....till the new chapter.

Thursday, December 17, 2009

Aku dan Poco-poco

ayuh, mari kita berdansa bersama.

ori version


remix version


I want to make this move as my routine every morning after jogging.

p/s aku baru tau poco-poco tu maksudnya chubby.

Monday, November 30, 2009

Aku dan Cuti Sekolah

Sejak aku grad ni, aku post sebulan seketul je. Gile liat nak updet. Itu maybe kata-kata member yang selalu jenguk kat sini. Mintak maaf banyak-banyak dipinta kepada semua. Blog korang pun aku jarang nak jenguk, ini kan nak post berjela-jela. Hehe. Sabar je la ye. Aku ni nak updet sepanjang masa, mmg kena ada koneksi internet(ok, sekarang aku dah mampu nak dpt satu) n pc(terpaksa guna yang skrg dgn skrin yang merah, sementara lappy baru ni nak dtg). Lagi best, skrg ni aku tengah bercuti. Free sebulan. Mmg banyak giler nak cerita dlm one go ni nnt. So, doa2kan lepas ni aku rajin nak post ye.

Bercerita tentang cuti, or term lebih sesuai utk penghujung bulan November..cuti sekolah(sbb yang cuti lebih2 ni budak sekolah je n cikgu2 pun boleh masuk.) Owh, UTP pun cuti akhir bulan ni. Asal cuti je, penuh la segala transport yang ada di Malaysia sbb semua berpusu2 nak balik rumah n kampung halaman. Bagi yang ada keluarga tu n plan nak melancong or berkelah, pusat2 peranginan, hotel2 atau homestay mmg dah fully booked. Bagi yang ada duit lebih skit, siap nak gi jalan-jalan di oversea. Tu lah lumrah dan fenomena yang berlaku time2 mcm ni.

Cuti aku lak buat apa? Hurm, aku nye takde yang spesel sgt pun. Takde nak gi melancong n duduk hotel. Mmg takde bajet nak gi. So, benda wajib aku buat time cuti, menziarahi kampung nenek. Ni selalu kalau time cuti sekolah dulu2, balik ngn adik beradik, jumpa saudara mara. Sekarang ni jarang jugak gi ke kampung dengan derang. Dulu ada sekali cuti sekolah gabung ngn cuti hari raya. Bertambah-tambah seronok la. Bertembung lak ngn musim buah. Memang happening giler. X seronok, bukan kampung la namanya.
kat kawasan sungai, view dari titi(nampak x abang tu tgh mendayung)

kat kawasan daratan, penuh ngn padi

Ni lah part paling best n spesel. Kampung aku ni dibina atas sungai air tawar, so perhubungan dia menggunakan titi semata-mata. Kalau naik moto or berlari2 tu, dr jauh dah bunyi papan bergoyang. Tak runtuh pun sbb mmg binaan dia dah kukuh untuk menampung semua benda ni. Nak lagi best, bawak pendayung, naik sampan. Gi la mana-mana korang nak, asalkan jgn sesat. Rasa mcm kat venice(tak pernah la aku jejak ke venice, tp method of transportation tu hampir sama). Nak lagi seronok, tunggu musim tengkujuh. Tengah air naik tinggi, mmg akan guna sampan. Aliran air tak deras sangat la rasa nya.
teruja tak nak nek sampan ni?

So, ni la aktiviti yang aku selalu buat time cuti akhir tahun. Owh lupa lak nak bgtau, kampung aku ni terletak di kampung Tian, Matu(sile googlemap ye kalau nak tau kat ner). So, sape2 yang nak singgah bercuti kat sini, aku boleh je bawak time cuti2 mcm akhir tahun cenggini. (masa yang aku betul2 free) Nak bagi korang tengok masyarakat Melanau dan budaya nya yang ada di sini Nak tengok pemprosesan sagu secara live pun boleh. FOC. Aku terima korang dengan tangan terbuka.
bekas tempat pengeringan sagu

..till my next post.

Saturday, October 24, 2009

Aku dan Senarai Hendak Buat

Memandangkan sekarang ni bz tahap tak hengat, i mean ujung minggu pun ade kerja gak...jd nk kena buat list yang bakal dibuat
  • Around next week(26-30hb Oktober) - mintak budak2 abiskan lakaran untuk PS kertas 2 + jaga budak2 tgh ada latihan utk event this weekend(dah nama AJK persembahan, kena la duty)
  • 31hb Okt - Hari Penerimaan Hadiah 2009 SMK Julau(tahniah ye adik-adik sekalian)
  • 2hb -13hb Nov - budak2 dah start exam akhir tahun + semak kertas exam (5 kelas PS, 3 kelas PSK..haih,pengsan)+ gaji dah masuk, beli lappy baru, yeay!(leh online hari2 nnt)
  • 14hb Nov - Hari Kokurikulum(er...aku cikgu Koku ape pun aku tak tau..hohoho)
  • 19hb Nov - budak2 sekolah dah start cuti(tamatlah hikayat bebelan dan sentap-sentap rotan aku kat student..muahahah)
  • The rest of the day until the end of December - cikgu lain cuti, kiteorg guru sandaran terperuk dalam ofis(-_-)" buat kerja2 kerani katanya, kot. Ke kerja angkat kayu..uuuu~~
  • After that - Kalau tak pat kerja tetap lagi lepas ni, maybe sambung lg kat sini. dah start syok lak layan budak-budak walaupun kita hampir naik gila ngan derang.

Bz kan.Saje nak update blog, dr biar dia kosong mcm tu kan. Nampaknya update lepas ni mcm banyak benda nak kena post.

Till my next post.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails