Monday, August 24, 2009

Aku dan Graduasi

Salam Ramadhan Al Mubarak,

Takde ape nk di intro, kita terus ke gambar di bawah.

Spot the different. Hehe. Bole lak buat mcm ni. Beza 19 tahun n begitu banyak perubahan, liku-liku dan kejayaan yang aku dah kecapi dan lalui. Thanx to mak ayah kerana susah payah membesarkan aku sampai sekarang. Thanx jugak sbb sudi datang pada kedua-dua hari yang bersejarah ini.

Since dah seminggu majlis konvokesyen ke9 UTP, aku pun dah lega sikit. Kira tanggungjawab aku sebagai pelajar dah selesai walaupun hakikatnya proses pembelajaran tu tak kan terhenti. Sekarang ni just cari kerja, kumpul harta, bina keluarga, berbakti kat tanah air n macam2 lagi la. Bak kata orang "Welcome to the real world". Apa-apa pun kena sedia n bertawakal kepadaNya supaya hidup kita sentiasa sejahtera dan segala masalah dapat kita atasi dengan baik serta redha dengan ketentuanNya.

Thanx kat korang semua since membantu aku pada 4 hari duduk kat utp. To rumet, Ebul n Shahrin thanx sbb bg aku accomodation duduk kat bilik. dan jugak kat Aini n rumetnya. To Shakir, terima kasih sbb sudi teman aku amik parent aku n bersusah payah pusing2 Ipoh. Serta Usop(mito panda), thanx antar aku n parent ke stesen BG. Juga kepada kakiphoto(Zhee, Iman, Paker, Eena, Pudin, Nu'man dan lain-lain)kerana sudi shoot gambar ari tu. Kat rakan-rakan osmet, thanx jugak kerana sudi keluar sama-sama, enjoy di Ipoh. Ntah bile lagi nk jumpe ngn korang semua. Kepada sape2 je yang aku lupe nak sebut tu, aku pun nak berterima kasih banyak2 atas apa2 sumbangan secara langsung atau tidak langsung yang korg bagi. Sori banyak2 if ada yang tak terlayan n tak terjumpa ke ape ari tu. Ada jodoh, ada rezeki kita jumpa lagi.

Aku rindu dan akan merindui korang semua.

Wednesday, August 05, 2009

Aku dan Preview Chap 2


Apa yang derang sedang buat? Jawapannya, tunggu hujung minggu ini....
Hint: Aku minat, derang pun minat(mcm fishy je bunyi,lol)

Saturday, July 25, 2009

Aku dan Part Time

Sori sbb lame giler tak updet. Aku jarang sgt online kalau kat rumah. Lagipun, broadband celcom ni pun abg aku nyer, so penggunaan internet tu agak terhad gak. Lain la kalau duduk kat utp, dapat internet 'free' walaupun mcm beskot chipsmore sekejap ade sekejap takde. Tetap akan melekat depan pc sampai bile-bile. HUrm. Aku pun ade kat rumah time hujung2 minggu je. Nak tahu weekday aku gi mane? Moh aku cite skit kat kome2 semua.




Dari gambar tu dapat lah hint skit kan. Sebenarnya aku dah dapat kerja sambilan yg boleh dikatakan lumayan gak. Owh, rasanya ramai yg belum tahu lg kot. Aku sekarang ni pegang title 'Cikgu', dah nak dekat sebulan dah. Guru sandaran je. Tapi nak kate beban die same mcm guru biasa. Biasa la, menghadap budak setiap hari. Lupe nak bagi tau. Aku mengajar kat SMK Julau. Tak tau, sile g-map or g-earth ye. Agak terperuk jugak la tempat nama Julau ni. Ada la dalam sejam perjalanan. Since aku takde transport tetap lg, aku pakai bas je gi sini. Pergi je dah rm7. Kalau setiap hari tu, mahu pokai aku. That's why aku stay je kat Julau time weekday.


Nah, perati ler aku nyer jadual mengajar. Bole la. 3 subjek je: Pendidikan Moral(PMO), Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan(PSK) dan Pendidikan Seni Visual(PSV). 2 subjek aku tak familiar, ikut aku nyer common sense. Subjek seni je aku ade basic time aku amik SPM dulu. Nasib baik la. Part best, aku berik jugak komen kat hasil kerja derang mcm aku komen photo kat k5 dulu. hehe.

Form 1 ade 5 kelas, and form 3 ade 3 kelas je. Nasib bek ajar moral form 3. Derang pun dah abis silibus n subjek nih takde dlm PMR la. Kirenye aku dah lepaskan 9 waktu tp aku kena duduk jugak dalam kelas tu. Suruh derang ulangkaji PMR. 2 subjek lain tu aku ajar form 1. Ngajar budak2 yang baru nak akhil baligh ni payah jugak. Ingat senang ke jaga budak-budak ni? Aku sebelum ni pun mane ade sgt experience berdepan ngn budak yang sgt ramai. Mahu 1 kelas tu ade la hampir 50 org. Kadang-kadang tu sampai aku dah abis suara, aku buat dunno je la. Tp tak semua la yang nakal. Ade gak yang dengar kata. Balance la skit.

Tapi apa pun, at least ada gak kerja kan. Daripada duduk kat rumah perabis beras tak produce ape2. Even kerja kat supermarket pun elok gak drpd kite terkejar2 sgt ngn degree kite nih sampai berbulan-bulan kata menganggur. Amik kata pepatah 'menyelam sambil meneguk air'. Guna kan masa yang kite ade ni dengan bijak. Apa-apa pun rezeki kita takleh atur. Aku just boleh doa kat member2 kite supaya dapat kerja, selagi masih halal.

See u until m next post.

Tuesday, June 16, 2009

Aku dan My Sis Wedding


Sori if aku lambat sangat nak update blog ni. Biasa ah, keperluan internet aku kat rumah agak dah tak selebat time kat UTP dah. Ni pun aku guna broadband abang aku. Kira nasib baik gak, dah tak payah nak pecut2 gi CC lagi. Last updet tu sekadar nak preview skit apa dah aku buat dalam beberapa minggu lepas, after aku da selamat sampai kat rumah terchenta nih.


Ni adik aku dan suami dia. Cuba teka berapa umur adik ipar aku ni? Karang la aku bg jawapan...biar korg teka sendirik. Maybe ada yang dah tau kot. Yang dah tau, tak yah la bagitau..aku nk bg saspen skit.Wedding ni aku tak la se bz time kakak aku dulu sebab awal2 dah aku habaq kat adik aku, aku tak mo la jadi pengapit. Since aku dah cop awal2 job jadi OP untuk hari tu, tp ari tu aku tersembam jatuh ke tangga nOP pulak. Ceritanya, aku tak tau yang adik aku dah hire amoi kedai gambar jadi OP derang. Agak terkilan sedikit gak tp nasib baik la amoi tu cantik ala-ala nasha aziz versi cina. Sejuk sikit rasa kat hati,lol. Apa-apa pun, time die amik gambar tu, aku nampak la skill photog studio. Sambil-sambil tu aku serap la ilmu die skit. Agak rugi la aku tak tackle die time tu, mana tau bole dapat seketul d300 ke. Ahak.


amoi chantek, nnt lu bole jd i punya model lor?



Apa-apa pun, tahniah kat adik aku kerana dah kahwin. Lagi awal dari aku lak tu. Ada jugak aku terima cincin langkah bendul . Takpe, jodoh dia dah sampai. Aku lak? Takde calon lagi. Tunggu lagi 5 tahun. Hehe.

Till my next post.

Thursday, June 11, 2009

Aku dan Sirih Pinang

Da lama tak update, so layan je la ni.





untuk preview semata-mata. Updet? Tunggu....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails