cuba teka apa persamaan dan perbezaan gambar kedua-dua kat bawah ni? tapi takde hadiah la kalau teka betul. hahah.
yang sebelah kiri tahun 2008 dan sebelahnya pulak 3 tahun kemudian. oh no, kena kempis balik pipi tu. hahah.
Well, zaman aku belajar dulu mmg zaman keding. tp tak la sampai rupa mcm tulang bergerak tp dalam kategori skinny jugak la. makan nak kena pilih betul2 sbb tak nak bayar lebih. cukup utk kenyang dan tambah tenaga je. boleh dikatakan awal aku masuk di UTP dulu berat under 50kg. tp sampai 3rd year berat dah naik. tak tau sbb apa, maybe makan sosej banyak sgt kot kat v3 sbb sedap sgt and murah pulak tu.
So, maintain la berat sampai 55kg jugak until aku start training di kl. Perghh, boleh kata kais pagi makan pagi kais petang makan petang beb. Berat turun balik. betul2 takat 50++. Nak jimat kaw2 punya pasal. berterusan mcm ni sampai aku final year sbb elaun dah kena cut, PAMA la jawabnye.(jangan tanya kenapa ye).
Memang azam aku bila dah grad, duduk rumah, makanan mmg jd rakan karib aku. hahah. tp mula-mula tu naik slow gak sbb gi kerja part time duduk kuarters ngn adik, masak pun ala kadar je. Dah abis kontrak part time, duduk kat rumah sampai berbulan-bulan gak pun masih naik slow.
Aha, yg sbb naik mendadak sgt lepas tu bila aku dapat tawaran KPLI. dapat la kat sg petani. mmg syurga makanan. Dapat osmet badan sihat-sihat belaka, so mcm dlm fizik kata berkadar terus, aku pun terkena tempias jugak. tu la nampak gambar sebelah kiri jd mcm tu. haih.
Apa-apa pun rezeki tu Allah yang beri. Jangan sia-siakan apa jua rezeki yang diberi kerana suatu masa nanti kita tidak tahu yang Allah boleh menarik balik rezeki yang diberi olehNya. Bersyukurlah dengan apa yang telah diberi dan gunakan dengan sebaik-baiknya.
p/s terima kasih kepada rakan-rakan sekalian kerana sudi berkongsi rezeki dengan aku selama ni.
setelah sekian lama aku tak jenguk wordpress aku ni The Pieces, akhirnya aku tukar balik tempate supaya nampak lagi segar dan menarik. seperti biasa aku akan import template dan olah ikut citarasa sendiri. dan ini hasilnya. tukar background ngn header je la yang mampu.
Tanggal 20hb yg lepas, aku membuat panggilan ke JPN Sarawak selepas mendapat berita posting di negeri sendiri. Alhamdulillah, akhirnya posting jugak setelah 4 bulan tak buat apa2. Dapat di SK Kapit. Terus keesokan harinya melapor diri ke PPD Kapit. Inilah dinamakan rezeki dan bermulalah pengalaman mengajar di sini.
Dengan pengalaman pertama menjejak ke daerah ini. Satu ungkapan yang terpacul di mulut. Cantik! Pemandangan berbukit bukau yang serba kehijauan. Tambahan di kiri kanan penuh dengan padi huma. Sangat bersyukur ditugaskan di bahagian Hulu Rejang. Harapanku agar hati ini dipenuhi kecekalan dan semangat yang tidak akan pernah luntur. Doakan perjalanan hidupku di sini.
Kad raya adalah satu benda wajib setiap kali syawal menjelma. Dari zaman berutusan guna pos, pakai emel dan sampai skrg org siap tag kat facebook je. Aku pun tak terkecuali daripada merasa detik2 itu. Mendapat kad raya dari sahabat handai adalah sesuatu yang paling bermakna ketika raya. Siap macam2 bahasa dan ungkapan yang diberi. Berbanding akhir-akhir ini, budaya itu seolah-olah luput dek kepantasan zaman IT yang hanya memerlukan hujung jari sahaja.
Baiklah. Kalau dulu aku rajin buat kad pakai manila kad masa sekolah rendah dulu, tapi sekarang pakai perisian dalam PC je. Kalau bab2 macam ni mmg tak menang tangan la. Setiap tahun, ada je idea gempak nak buat kad tu lebih menarik dan lain dari org lain punya kad. Memandangkan ada yang siap proses dari internet kan, so ada la yg sepesyen je kan.
Aku mula rajin nak pikir buat sendiri ni start tahun 2007, walau bagaimanapun tahun tu tak sempat nak buat. Jadi, projek dibawa ke tahun hadapan. 2008 pun sama tak dapat nak buat, mmg terbengkalai sampai 2 tahun lak tu. Tahun 2009, baru dapat realisasikan impian(ceh!). Beginilah rupanya, time gila2 main texture kertas terbakar. mmg cun abis lah.
Kad Raya 2009
Begitulah juga untuk tahun seterusnya. Idea datang bila ambik gambar awan dari dalam flight. Jadi, dapatlah tema balik kampung, memandangkan masa tu sambung belajar balik(ambik KPLI) kat semenanjung, kad raya pun guna la pemandangan dari tingkap flight. Siap tambah font dan kapsyen bersinar di balik awan.
Kad Raya 2010
Dan, kat bawah ni adalah yang paling latest, tahun ni punya raya. Idea ni dapat dari teknik bokeh guna template buatan sendiri. Jadi, cuba try pakai corak ketupat, pelita dan anak bulan, mmg menjadi jugak. Kira tahun ni nyer design paling simple la
Kad Raya 2011
Ape pulak design untuk raya tahun depan? Kita tunggu je ye. Walaubagaimana pun, teringin jugak nak hidupkan balik budaya memberi kad raya sebabnya, lain kad, lain ucapan nya. Insya allah tahun depan, buat jugak design kad, dan hantar jugak kad raya(hardcopy nye) kat member2.
uih, dah mok hujong bulan ramadhan kita tok eh, x lamak gik raya. berdentum2 bunyi bedil ngn mercun, x juak ku mendoakan kesejahteraan. tanggong sendirik ok. Kak ya, ada dak ya ngecat rumah ngn kaler baru. ada juak nukar ngan sofa baru, langsir baru, nang semua baru la. dah gomen merik bonus ya lah gunanya. hahah. Mun ktkorg kerja gomen nak tek. Alu bunyi kedak Kak Lehot dah ku dalam blog tok. Ko tek kacak??
Aok eh, x pernah2 aku makei bahasa sarawak ctok, mun ada yang faham ya bagus la. mun x paham, sila jak shout di box tepi tuk eh. ada la aku translet kelak. Apa yang aku mok cerita ctok adalah tentang juadah2 yang ada n nang spesel di tempat aku di sarawak am nya dan sarikei khususnya. bermacam2 juak lah makanan yang dijual di bazar ramadhan ctok. antaranya adalah:
Bubur Pedas
kenak nya ditunggah bubur pedas? kita tok nang dah disua ngn pelbagai jenis bubur mcm dak bubur kacang, bubur jagung, bubur nasik dan pemes di semenanjung nun time puasa ya bubur lambuk. Ctok ku encerita, bubur pedas ya sbb nya dah ditambah ngn bumbu yang boleh dikatakan pedas sbb byk rempah ratus dalam nya. Nangga gambar debah tok mun mok nangga rupa bumbu nya.
tok la bumbunya mun mok tauk
Mesti ktkorg ingat mcm bubur nasik nak, salah sama sekali. Dalam bubur pedas tuk ada banyak sayur, selalunya dak sayur kacang panjang, sayur cekur manis. jagung, keret(carrot), kulat, dan ada juak org ngkah midin. Tambah gik ngn cebisan2 ayam, tauhu kerin, udang, udang lunjur dan sebagainya ikut citarasa ktkorg. Yang penting bumbunya mesti ada. Terliur jak ku nangga gambar debah ya, eh lupak aku. ada juak aku makan masa sungkey ptg tek.
nang berapi2 jak
Ikan Terubok
Setiap kali bulan Ramadhan, nang x sah x da ikan tok di bazar. berpuluh2 gerai jual, pilih jak ktkorg ney ktkorg maok. Ada yang maok yang masih, ada yang mok dibakar cicah2 ngn dak sos ikan+limau+cili. Ada juak org pais telur nya, nang nyaman sekali. Mun mok yang fresh and lokal mpun, Sarawak is the best. Tapi ya lah nak, ikan tuk nang rare juak sbb kinek permintaan ikan tuk melampau2 tinggi sampei ikan di sungei pun tinggal sedikit. Ada juak baca artikel madah, ada duak jenis ikan terubok tok, sigek di sungei, sigek gik di laut. dan yang paling nyaman adalah yg sungei mpun sbb lagik berlemak.
tuk la telurnya, pais ya molah sedap
ikan terubok tunok @ bakar
Sayur Midin
Nak tok ada jual di pasar minggu biasa kita nanggar nak, tp time bazaar ada juak yang jual lauk. Midin tok sepupu sepapat ngn dak sayur paku pakis tapi nya tok nyaman gik. Ada dah disebut aku atas tek, di ngkah dalam bubur pedas. Mok jadikan nya midin goreng belacan pun boleh. Masak lemak midin jak ku belum encerik. Ada ndak kah? Mun dolok2 rajin carik kulat2 di kebun, ada la dimasak ngn midin. Rasa nyaman nya, x dapat mok dikata.
sayur midin fresh dari pasar minggu
x ktkorg mok encerik?
Umei
Ikan mentah cdak madah, hei hei. ikan ya dah dicampur dengan aek limo dak ilang hanyir ikan ya oi. tambah gik ngn dak cili merah dgn bawang merah. Iboh mok gelik makan umei tok. Tapi ada juak yang gantikan dengan udang dan obor-obor. Yang penting nya masih makei bahan2 yang mentah dan x perlu digoreng makei minyak. Healthy apa makan umei. Rahsia aku awet mudak tok ko. X percayak, try la.
dah x rupa mentah dah ya bah, umei ikan pirang
Air Buang Panas
Asal bulan puasa jak nang melobo-lobo orang jual. Nang juak kita seharian dahaga, tambah2 gik panas di siang hari nak. Aek tok la sesuai mun ktkorang mok rasa cool jak. mun encerik nak, kdak rasa aek teh bunga tapi nak tok ada mcm2 gik ditambah dalamnya. rupa kedak lai chee kang pun ada. tapi nya x ada ngkah laici lah. x jumpa ku gambar aek tok dalam internet. kelak la aku ambik sendirik pakei ktkorg nangga rasa. hahah.
Ada banyak lagik dak lain tapi ya paling obvious time bukak puasa di ctok. Atas meja nang wajib ada salah satu hidangan tok.
Habis dah Pesta Nenas yang berlangsung selama 5 hari dari hari Rabu lepas. Macam2 gak ada kat tapak pesta cuma tak dapat nak pergi setiap hari disebabkan oleh ketiadaan tentatif yang jelas, so aku assume mlm kemuncak mesti ada segala pertandingan akhir dan wajib ada bermukun. Harap2 untuk tahun depan buat yang lagi baik. Aku suka kalau ada pesta2 ni (tak semeriah jom heboh yang ada artis bagai) but still masih merapatkan hubungan sesama komuniti di dalam daerah itu sendiri.
Bercerita mengenai pesta-pesta ni, kat Sarawak ada banyak pesta yang sering diadakan sekali setiap tahun mengikut tempat masing-masing. Tak termasuk Pesta Hari Gawai yang memang disambut oleh masyarakat Sarawak, pesta-pesta yang lain ada keunikkan nya tersendiri. Antara yang selalu didengar adalah, Pesta Benak, Pesta Kaul, dan Pesta Nenas(sori kalau ada yang lain, ni je yang aku boleh recall dan selalu dengar.)
Keunikkan yang dimaksudkan adalah dari nama pesta tersebut kita dah boleh agak. Seperti Pesta Benak yang berlangsung di Sri Aman diambil sempena populariti benak(tidal bore) yang hanya berlaku di sesetengah tempat di dunia dan di Malaysia hanya terdapat di Sri Aman, Manakala, Pesta Kaul disambut oleh masyarakat Melanau yang masih menganuti animisme dan bertapak di Mukah sekali setiap tahun. Di sini terdapat pelbagai keindahan budaya Melanau disajikan untuk tatapan umum baik dari segi makanan, permainan dan juga alatan tradisi. Tidak pernah berkesempatan lagi untuk mengunjungi kedua-dua pesta ini. Sedih je.
Terlupa pulak dengan Pesta Nenas yang diadakan ditempat aku sendiri iaitu Sarikei. Pesta ini diadakan sempena keistimewaan yang terdapat di sini iaitu nenas madu. Memang tanaman ini adalah yang paling popular jika ingin berkunjung di Sarikei. Jadi setiap tahun akan ada keramaian yang berlangsung di sini. Memang penuh la dengan gerai-gerai makanan dan bundle. Ada jugak pameran dari jabatan-jabatan kerajaan dan bermacam-macam lagi.
Penat berjalan-jalan walaupun tak kesampaian nak masuk apa-apa acara. Tak apa, next year ada rezeki boleh join. Apa-apa pun jumpa lagi next year.
Jari-jari dah gatal membelek, mata laju je meluncur setiap patah perkataan. Jom layan kolesi terbaru di rak buku aku.
Aku tau die dah nak keluar filem, so cepat-cepat aku try carik jugak novel ni. Walaupun tak setebal novel yg aku baca sblm ni, tp lawak-lawak die memang sengal mcm baca majalah Ujang Apo mahupun Shin Chan. Dah tengok gak trailer filem ni, memang ada mcm dalam jalan cerita die gak. so, aku tepek gak trailer cerita nya kat bawah ni. status novel ni SUDAH HABIS BACA.
Sebelum ni aku pernah tayang muka depan novel Aku Bukan Malaikat, so yang ni pun penulis yang sama. Cuma genre yang digunakan adalah cinta komedi jugak seperti novel yg aku cerita sebelum ni. Tahu info novel ni keluar pun dari FB penulis dia hasrudi.hirdy , terus la aku carik la dekat kedai buku berdekatan, tu pun tunggu sebulan lebih baru keluar dari tarikh official die. -_-". Tebal gak buku ni dalam 700++ muka surat. so, statusnya SUDAH HABIS BACA.
Yang ni lak, aku beli lepas aku baca novel 9 Nyawa dan dicadangkan oleh member aku untuk baca hasil tulisan novelis Ramlee Awang Murshid(RAM), yang memang popular dengan genre seram misteri. Jadi, dah baca sinopsis dia, terus aku sambar. Novel die sangat mencabar kekuatan minda, bagi aku banyak berfikir ala2 detektif remaja Kindaichi untuk selesaikan misteri dan aku suka. so, status buku ni SUDAH HABIS BACA
Novel ni lak memang aku tunggu sebab sambungan dari trilogi Negeri 5 Menara, yang aku dah tayangkan gak kat posting sebelum ni. Baru last week aku beli. Banyak-banyak novel, novel ni antara yang aku paling suka nak ikut. Hopefully, next year dia keluarkan buku yang ketiga derang buat majlis pelancaran and aku nak beli time2 tu jugak. Karya A. Fuadi dari tanah Seberang ni memang menyuntik elemen motivasi diri dari tagline man jadda wajada sampai lah yang terbaru ni man shabara zhafira. Pernah baca wawancara novelis ni cakap, dia ambik watak utama cerita ini dari pengalaman dia sendiri. Macam baca diari dia pulak. boleh cadangkan kat member ini dan dia, sebab mereka pun kaki novel jenis macam ni. status novel ni MASIH MEMBACA (separuh je lg.)
Novel ni lak, memang takde dalam rancangan nak beli, tapi dah terbeli gak. Al kisah nya, pergi Book Fair kat PWTC last April, saja2 nak tengok buku yang ada kat situ sbb tak pernah pergi sebelum ni. Tup tap, ada la majlis pelancaran novel ni. So, niat hati nak tengok rupa muka RAM novelis thriller novel feveret aku tadi, dah tercapai gak tp alih2, 5 meter jauh dr aku, booth jual novel ni jerit limted edition hard cover. Nak tak nak, aku sambar la satu. Berbaloi gak sbb 1st time dapat buku hardcover dan limited. Jadinya, status buku ni BELUM BACA. sbb tak tahu nk kumpul dulu buku sebelum ni, sbb dia bersambung dengan novel Cinta Sufi, Bagaikan Puteri, Hijab Sang Pencinta dan lain-lain. erm, mungkin habis baca buku Ranah 3 Warna ni kot.
Novel ni takda dalam koleksi aku, mungkin bakal beli. Saja nak kumpul kan. Tapi status SUDAH HABIS BACA lak. Well, aku pinjam je dari member aku sebab tertarik dengan tajuk dia dan ilustrasi kucing kat muka depan. Aku ingat cerita kucing luarbiasa ke apa, rupa2 nya heroin ni dikatakan mempunyai 9 nyawa dek dipercayai oleh ibu dia sejak heroin ni kecik lagi. RAM kali ni main-main dengan paranormal pulak. Cuba dia buat cerita binatang seram lak. hahah.
So, boleh aku rumuskan. aku lebih suka baca buku yang mencabar minda, thriller dan misteri, berbanding cerita cinta yang agak cliche jalan ceritanya(bukan dari koleksi aku ye). Dan aku boleh layan cerite cinta komedi yang santai bagi aku gelak sikit. Ni je la yang mampu aku ulaskan untuk kali ni. Next time, sambar lagi buku kat kedai.
Pepatah pernah berkata, guru ibarat lilin, yang membakar memberi cahaya. Ya, bukan lampu kalimantang, bukan lampu spotlight tp lilin yg menjadi tumpuan. Lilin hanya biasa tapi hanya guna badannya sendiri sebagai tenaga untuk menyalakan cahaya berbanding lampu elektrik biasa yg bergantung hanya pada on n off litar sahaja. Walaupun resmi lilin yang semakin memendek membakar diri tapi itu adalah semangat dan takdir yang telah ditulis untuknya tanpa rasa terpaksa dan susah. Inilah pengorbanan sebatang lilin bg menerangi ruang kegelapan. Selamat Hari Guru.
Dah nak abis bulan 4. Sebut je bulan April, sepanjang hidup ni adalah bulan yang paling sibuk. Masa belajar dulu memang banyak sangat masuk segala benda. Dengan tarian, gamelan, teater, nasyid, test, projek, event...semua pack dalam bulan ni. Tak menang tangan dibuatnya.
Cuma tahun ni tak sesibuk dulu. Bulan ni kemuncaknya masa abis praktikum tempoh hari. Sibuk nak perabis apa yang perlu disiapkan terutama portfolio, jumpa orang ini orang itu, siapkan projek kat sekolah. Akhirnya abis jugak praktikum. Lepas tu abis, masuk maktab sibuk untuk persediaan exam plus terlibat jugak dengan majlis konvokesyen kat maktab. Memang bulan April tak pernah sunyi.
posing sebelum abis, nanti tak sempat lak
posing ngn budak2 kelas
hadiah pun nak berposing. the present from my students.
Ada hampir dua minggu lagi nak abis praktikum kat sini. Begitu banyak benda aku belajar, aku sumbangkan, aku kongsi dengan ahli keluarga SK Merbau Pulas. Tak sia-sia pihak maktab hantar jauh2, ke ruang kampung. Feel like home kataku.
Dah nak masuk bulan 3 dah? Cepat giler masa berlalu. Praktikum pun lagi baki 5 minggu. Memang macam aku cakap awal tahun hari tu sebelum balik untuk start kuliah baru this sem, semua tu pejam celik je. So, sepanjang beberapa situasi memejam dan mencelik tu, tersangat la banyak benda yang aku dah buat untuk awal tahun ni. satu pencapaian yang baik dan ada kalanya macam tak sempat je nak buat satu demi satu. Sebab cepat sangat berlaku. Walhal, ada seketika tu rasa macam sehari bagai setahun.
Pejam-pejam pun, nak updet blog ni macam pejam untuk sebulan dan celik sebulan kemudian. hahah. Banyak sangat benda yang dibuat, busy memanjang so mmg tak terupdet jugak la. Actually dah banyak idea nak taruk dalam blog macam ulasan untuk buku yang aku baca sebelum ni. just perlukan masa untuk men'celik' kan website blog ni kena dengan timing yang betul-betul umph. Well, tu je kot rasanya. updet 4 the sake of ada untuk setiap bulan. lol.
See in the next 'celik' lepas dari 'pejam' yang lama.
agak lambat jugak kalau nk wish happy new year. malas nk post tambah ngn dah sibuk ngn kerja yang bertambah sekarang. takpe, new year bukan cerita yang nak diceritakan sekarang. yes, hari ni aku dah masuk umur 27. bertambah lagi umur aku. jadi, hari ini adalah hari jadi ke-27. Thanx to mak ayah kerana telah berusaha membesarkan aku selama ini. untuk keluarga tersayang, love to all of u. then to my friends, terima kasih atas kepercayaan dan keakraban antara kita.
so, 27, I wish....erm, banyak sangat nak wish. nnt la aku updet balik. hahahah.
tup tap tup tap, dah nak abis tahun ni. lusa dah bukak kalender baru. kalender je la bertukar tapi aku tetap rasa macam biasa je. semua orang sambut tahun baru dengan hati girang tapi aku tak. sekadar tengok orang countdown kat tv, mata berpinar2 tengok bunga api, artis2 menyanyi bagai. aku rasa takde yang ape makna yang penting sangat yang hanya sekadar bertukar nombor kat belakang. macam loser je korang cakap kan. persetankan! setiap tahun kot macam ni.
walau apa2 pun, penggunaan nombor pada tahun menunjukkan segala benchmark yang telah kita capai. Jadi ia dah jadi masa untuk kita imbas kembali apa yang kita dah buat dalam tempoh masa 365 hari yang kita dah lalui dan kita rumuskan. Bagi aku tahun ni adalah tahun rezeki untuk aku. syukur alhamdulillah, banyak gak benda yang aku dapat, sampai benda yang aku tak mintak pun dapat gak. dan tidak kurang gak ada benda yang aku tak ingin berlaku tapi redha je la.
aku imbas balik ngan benchmark yang aku buat awal tahun ni tadi kat post sini
1. owh d90, i'm coming next to u soon. (yup memang dah dapat benda yang aku idam2 selama ni. sangat puas hati. kira skill pun dah upgred gak.)
2. Kumpul segala jenis resipi and nak mahir memasak apa2 jenis makanan. I love food. (yang ni ada jugak dah banyak benda aku try, tp tak lebih dari 10 resipi. so, next year pertingkatkan lagi. kira carry on la)
3. Kerja, kerja...lalala~~ (awal tahun sampai pertengahan tahun masih gstt, tp alhamdulillah dapat tawaran KPLI. Insyaallah 7 bulan kemudian dapat kerja tetap)
4. Kereta, motorsikal...depend ngn rezeki. (yang ni aku terpaksa carry on untuk 2012 sbb target dah ada. anyway, berjaya gak dapat lesen kereta tahun ni.)
5. Melancong, piknik, jalan-jalan..pun depend ngn rezeki jugak. (melancong tu takde sangat, just travel2 tu ada la sebab kekangan masa dan kewangan. harap2 next year jadi.)
6. Reunion secara official or non official. (tak dapat buat. pun sebab kekangan masa ngn kewangan)
7. Tambah lagi banyak kawan2, networking n relationship. (yup, bertambah banyak: member2 guru, student, member fb, KPLI family )
8. Nak kumpul banyak koleksi buku n novel (seperti yang aku cerita kat previous post, memang dah bertambah gak)
9. Belajar alat musik, piano, gitar dan apa2 je. (fuh, melepas dowh sbb dapat tawaran KPLI tempoh hari, kalau tak memang dah setanding maxim, cewah. hahah.)
10. Paling penting, update2 blog selalu. hahah. (kwang kwang kwang, banyak je benda nak bg tau, cuma malas je la sebabnye.)
Akhirnya, tahun 2010 ni aku rasa macam sekejap sangat berlalu. Harap2 tahun depan pun sama gak. Banyak lagi aku nak wishlist tp kena tunggu next post la. hehe. So, SELAMAT TAHUN BARU 2011.
Sejak dua menjak ni, aku gila balik membaca buku cerita or dewasa kini panggil novel. Mana taknye, sekarang ni memang kebanyakkan produser filem suka nak adaptasi filem dari novel. Korang semua tahu la yang mane satu kan. Ada yang top, ada yang flop. Ada yang suka, ada yang tak puas hati sebab kena cut, nak bagi compress 2-3 jam. So, kena jugak catch up ape yang menarik dalam novel dulu seblm tengok movie die.
Last time aku baca novel ni pun time amik Komsas time SPM dulu. Masa tu batch kiteorg la 1st batch yang amik, so expectation untuk soalan SPM bahagian komsas adalah sangat senang. Berbalik kepada Komsas, masa form 4 kena baca Antologi Anak Laut dan novel Terminal Tiga, manakala form 5 kena layan Antologi Kerusi dan novel Seteguh Karang.
Terminal Tiga memang tak sentuh langsung sebab bosan ngn olahan cerita die. Berbeza dengan Seteguh Karang, die nye cerita memang menarik and seingat aku derang ade jugak pernah adaptasikan cerita ni dalam telemovie, tp aku tengok beberapa part je. Tambahan, novel Komsas ni berbeza ikut negeri dan hampir kesemua novel form 5 aku dah baca. Banyak2 novel, Konserto Terakhir yang paling tebal dan tragik lagi cerita die. Dulu ade perancangan untuk naikkan cerita ni jadi filem, tapi last2 aku dah tak dengar ape2 khabar dari produser. maybe bajet untuk buat cerita ni kena banyak skit kot. Sayang sekali.
So, sekarang ni gian dah datang balik. Tak pasal-pasal gi je bookstore, carik novel. Kalau berkenan memang akan disambar. Basically senarai buku yang aku dah ada sekarang seperti tertera di bawah:
Harry Potter and The Deathly Hallow (dah abis baca)
The Da Vinci Code (erm, liat jugak nak ngabis)
The Lost Symbol (pun masih jugak tak habis)
Bumi Cinta (yang ni dah abis)
Aku Bukan Malaikat (dah abis jugak)
Negeri 5 Menara (tinggal separuh buku je lagi)
Rumusannya, setakat yang aku baca, buku BM aku cepat abis berbanding buku BI sebab lebih memahami dan tak perlu bukak kamus banyak kali. Dari 6 novel ni, 2 dah ditayang 1 bakal ditayang 2012 dan selebihnya aku tak pasti. Maybe Bumi Cinta kot lepas ni. Apa-apa pun yang penting, lepas ni aku nak hunting lebih banyak lagi novel, so bole la korang suggest2 novel ape yang best yang aku nak layan lagi. Tapi novel cintan cintun aku tak layan, melainkan cerita dia bukan tipikal cerita cinta.
Last year, masa aku tgh mengajar PS kat student, aku terfikirkan sesuatu. Adakah aku pandai melukis? Kalau aku tak pandai melukis, layak kah aku ajar budak melukis. Jadi, menjawab persoalan itu aku boleh katakan, aku boleh melukis tapi tak pro or sempurna. Sebabnya, aku yang kurang sempurna ni pun perlukan guide untuk melukis dengan baik.
yes, semua orang pandai melukis. Yang membezakannya adalah kemahiran, komitmen dan usaha. dari segi kemahiran, ada yang melukis pakai pembaris(pemerhatian daripada student aku dulu), ada yang melukis gosok-gosok kesan pensel, dan ada juga yang buat titik-titik. Ditambah pula dengan komitmen, ada yang lukis dengan sepenuh hati, ada yang melukis cukup-cukup makan dan ada yang sekali calit je dah jadi(hurm, bole jadi ke? ni yang gifted rasanya).
Berbalik pula hal dengan aku nyer gaya melukis, kebanyakkan stail melukis aku penuh dengan garisan. dan kadang-kadang buat tone guna gosokan pemadam or ibu jari hingga hitam legam penuh ngn karbon. tp aku nyer lukisan tak lengkap-lengkap gak. aku selalunya biar sekerat jalan, sampai benda yang dilukis tu dah nampak rupa pun dah memadai. aku akui aku lemah bab detailing, so maybe lepas ni boleh praktis melukis, so lepas ni nak ngajar budak-budak pun tak la loser sgt. hahah.
kat sini aku sajikan hasil karya yang sekian lama tak pegang pensel dan lukis.
latest trailer dari Harry Potter and the Deathly Hollow
aku teruja nak tengok sebab ni first time aku beli sendiri buku die and baca sampai abis. Selama ni tak pernah baca buku Harry Potter dan tak terasa kehangatannye.
tengok gambar ni maybe scene utk part 2 of the film yang berlaku kat Gringot.
for those who have read the book, i know you can't wait to see this scene.(and other scene too)
7 Potters, haham lawak tp pertarungan ngn death eater selepas ni lagi menarik
Sori sbb lama sangat tak updet, lebih2 yg berkaitan dengan last entry. actually dah siap, cuma ada a slight improvement nk buat dan assignment berlambak2 bak hujan datang. hehe.
ok, ni la hasil yang aku dah buat. kira ada gak bakat aku jd tukang kayu. cuma kalau aku ada tambah lg kemahiran mengukir, dah pasti aku letak. (ok, masuk list utk next mission, belajar mengukir pulak).Actually gambar bawah ni die dah siap beberapa minggu yang lepas. tapi aku tak puas hati tang box tin Extra tu. so, aku decide balut box tu ngn newspaper pakai teknik papier mache. Sebab nak match kan lagi dengan tema bahan terbuang.
siap!
Aku namakan dia erm....takde nama spesifik lg. So, fungsi sebenar benda ni adalah untuk mengikat wayar laptop korg yang berjela-jela tu(utk org yg tak dibagi strap la mcm laptop aku). ada dua jenis wayar kan, satu yg tebal, satu lg yg nipis skit. yang tebal tu ikat kat strap putih belakang kotak dan wayar satu lg tu gulung kat 2 cangkuk kat atas tu. yang diperbuat daripada MDF board tu tempat letak adapter. untuk 3 tin gula-gula Extra tu, sebagai letak USB, modem or apa-apa yg korang nak letak. pastikan usb tu ade tali utk tarik keluar. tapi kat sini aku dah letak kayu kecik dalam tu, so tak la korang cungkil2 nak ambik nanti. owh, aku buat lengkung2 tu sebab (sapa kenal aku, die tahu la) aku kurang gemar tengok benda petak2, so aku design la ikut citarasa aku. hahah. ok, basically nak tengok benda ni berfungsi, tengok gambar kat bawah.
ok, amacam? bole tahan tak? sori lah, sebab ni first time aku buat projek berasaskan kayu n daripada sketch, draft sendiri. apa-apa pun, nnt aku nk kena mengajar KH memang kena tahu segala-gala benda yang ada dlm bengkel gak kan? At least aku dah ada basic idea nak membuat kerja2 macam ni.
Lama gak aku tak post lepas pengumuman kemasukan aku ke KPLI ambilan Jun 2010. Dah sebulan sesi kuliah berlalu (dulu kat UTP cakap lecture), apa yang boleh aku katakan sekarang adalah...timbunan pelbagai assignment. Memang tak menang tangan, dari kerja kumpulan buat perbincangan dan pembentangan. Tambahan kelas pun packed gegiler dari pkl 8 pagi sampai 5 ptg yang cuma rehat pkl 1 hingga 2 je. Tak termasuk hari khamis yang habis awal 2 jam.
Seperti yang korang dah tahu, major yang aku ambik kat sini adalah Matematik yang sememangnya mata pelajaran favourite aku sejak sekolah rendah lagi. Walhal time aku apply, Mtest dan interview aku mintak P. Seni tetapi rezeki aku tetap melekat kat ilmu hisab ni. So, tak la stress sgt. Minor lak dapat Kemahiran Hidup, sangat2 la aku suka sbb aku ni walaupun bukan orang yang pandai bertukang, tapi sebab jiwa ketuk-mengetuk tu memang dah ada dalam diri aku. Not a big deal sangat kalau nak belajar. Cuma cabaran dia nanti, bila time dah posting n ajar budak-budak tahap sekolah rendah. Hehe.
Subjek lain ada Ilmu Pendidikan, Pendidikan Jasmani, Penguruasn Sumber, Bahasa Melayu Komunikasi, Bahasa Inggeris, Muzik, Pendidikan Islam, Tamadun Islam serta Pengurusan GERKO. Kokurikulum lak derang straigth bagi satu kelas Pengakap untuk satu kelas dan begitu juga permainan, satu kelas derang bagi main Bola Baling. Olahraga pun ada jugak since nanti ada kursus kepegawaian ngan kejurulatihan.
Setakat tu je dulu aku bagitau sebab kalau karang lebih-lebih, assignment kang x siap2. Ok chalo.