Saturday, April 30, 2011

Rule no. 4: Bila April

Dah nak abis bulan 4. Sebut je bulan April, sepanjang hidup ni adalah bulan yang paling sibuk. Masa belajar dulu memang banyak sangat masuk segala benda. Dengan tarian, gamelan, teater, nasyid, test, projek, event...semua pack dalam bulan ni. Tak menang tangan dibuatnya.

Cuma tahun ni tak sesibuk dulu. Bulan ni kemuncaknya masa abis praktikum tempoh hari. Sibuk nak perabis apa yang perlu disiapkan terutama portfolio, jumpa orang ini orang itu, siapkan projek kat sekolah. Akhirnya abis jugak praktikum. Lepas tu abis, masuk maktab sibuk untuk persediaan exam plus terlibat jugak dengan majlis konvokesyen kat maktab. Memang bulan April tak pernah sunyi.
posing sebelum abis, nanti tak sempat lak

posing ngn budak2 kelas

hadiah pun nak berposing. the present from my students.

Tuesday, March 29, 2011

Rule no. 3: Rindu sama kamu nanti

Ada hampir dua minggu lagi nak abis praktikum kat sini. Begitu banyak benda aku belajar, aku sumbangkan, aku kongsi dengan ahli keluarga SK Merbau Pulas. Tak sia-sia pihak maktab hantar jauh2, ke ruang kampung. Feel like home kataku.

Monday, February 28, 2011

Rule no. 2: Pejam Celik

Dah nak masuk bulan 3 dah? Cepat giler masa berlalu. Praktikum pun lagi baki 5 minggu. Memang macam aku cakap awal tahun hari tu sebelum balik untuk start kuliah baru this sem, semua tu pejam celik je. So, sepanjang beberapa situasi memejam dan mencelik tu, tersangat la banyak benda yang aku dah buat untuk awal tahun ni. satu pencapaian yang baik dan ada kalanya macam tak sempat je nak buat satu demi satu. Sebab cepat sangat berlaku. Walhal, ada seketika tu rasa macam sehari bagai setahun. 
Pejam-pejam pun, nak updet blog ni macam pejam untuk sebulan dan celik sebulan kemudian. hahah. Banyak sangat benda yang dibuat, busy memanjang so mmg tak terupdet jugak la. Actually dah banyak idea nak taruk dalam blog macam ulasan untuk buku yang aku baca sebelum ni. just perlukan masa untuk men'celik' kan website blog ni kena dengan timing yang betul-betul umph. Well, tu je kot rasanya. updet 4 the sake of ada untuk setiap bulan. lol.
See in the next 'celik' lepas dari 'pejam' yang lama.

Thursday, January 27, 2011

Rule no. 1: Dua Tujuh...I Wish

agak lambat jugak kalau nk wish happy new year. malas nk post tambah ngn dah sibuk ngn kerja yang bertambah sekarang. takpe, new year bukan cerita yang nak diceritakan sekarang. yes, hari ni aku dah masuk umur 27. bertambah lagi umur aku. jadi, hari ini adalah hari jadi ke-27. Thanx to mak ayah kerana telah berusaha membesarkan aku selama ini. untuk keluarga tersayang, love to all of u. then to my friends, terima kasih atas kepercayaan dan keakraban antara kita.
so, 27, I wish....erm, banyak sangat nak wish. nnt la aku updet balik. hahahah.

Thursday, December 30, 2010

Rule no. 17: Jalan 2010

tup tap tup tap, dah nak abis tahun ni. lusa dah bukak kalender baru. kalender je la bertukar tapi aku tetap rasa macam biasa je. semua orang sambut tahun baru dengan hati girang tapi aku tak. sekadar tengok orang countdown kat tv, mata berpinar2 tengok bunga api, artis2 menyanyi bagai. aku rasa takde yang ape makna yang penting sangat yang hanya sekadar bertukar nombor kat belakang. macam loser je korang cakap kan. persetankan! setiap tahun kot macam ni.

walau apa2 pun, penggunaan nombor pada tahun menunjukkan segala benchmark yang telah kita capai. Jadi ia dah jadi masa untuk kita imbas kembali apa yang kita dah buat dalam tempoh masa 365 hari yang kita dah lalui dan kita rumuskan. Bagi aku tahun ni adalah tahun rezeki untuk aku. syukur alhamdulillah, banyak gak benda yang aku dapat, sampai benda yang aku tak mintak pun dapat gak. dan tidak kurang gak ada benda yang aku tak ingin berlaku tapi redha je la.

aku imbas balik ngan benchmark yang aku buat awal tahun ni tadi kat post sini 
1. owh d90, i'm coming next to u soon. (yup memang dah dapat benda yang aku idam2 selama ni. sangat puas hati. kira skill pun dah upgred gak.)
2. Kumpul segala jenis resipi and nak mahir memasak apa2 jenis makanan. I love food. (yang ni ada jugak dah banyak benda aku try, tp tak lebih dari 10 resipi. so, next year pertingkatkan lagi. kira carry on la)
3. Kerja, kerja...lalala~~ (awal tahun sampai pertengahan tahun masih gstt, tp alhamdulillah dapat tawaran KPLI. Insyaallah 7 bulan kemudian dapat kerja tetap)
4. Kereta, motorsikal...depend ngn rezeki. (yang ni aku terpaksa carry on untuk 2012 sbb target dah ada. anyway, berjaya gak dapat lesen kereta tahun ni.)
5. Melancong, piknik, jalan-jalan..pun depend ngn rezeki jugak. (melancong tu takde sangat, just travel2 tu ada la sebab kekangan masa dan kewangan. harap2 next year jadi.)
6. Reunion secara official or non official. (tak dapat buat. pun sebab kekangan masa ngn kewangan)
7. Tambah lagi banyak kawan2, networking n relationship. (yup, bertambah banyak: member2 guru, student, member fb, KPLI family )
8. Nak kumpul banyak koleksi buku n novel (seperti yang aku cerita kat previous post, memang dah bertambah gak)
9. Belajar alat musik, piano, gitar dan apa2 je. (fuh, melepas dowh sbb dapat tawaran KPLI tempoh hari, kalau tak memang dah setanding maxim, cewah. hahah.)
10. Paling penting, update2 blog selalu. hahah. (kwang kwang kwang, banyak je benda nak bg tau, cuma malas je la sebabnye.)

Akhirnya, tahun 2010 ni aku rasa macam sekejap sangat berlalu. Harap2 tahun depan pun sama gak. Banyak lagi aku nak wishlist tp kena tunggu next post la. hehe. So, SELAMAT TAHUN BARU 2011.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails