Dah berakhir segala perasaan gundah gulana minggu ni, abis dah present. Walaupun tak pat buat ngn baik, tp aku berserah je la dengan Nya. Malas dah nak pikir apa-apa. Kira sekarang ni, aku bole katakan ini adalah MERDEKA secara tak rasmi. Nak settle down skit sblm ke next agenda.
Bukan bermakna aku dah tak jadi student aku dah bole tutup buku, tp secara informalnya kita masih lagi kena menuntut ilmu. Walaupun tak sambung master ke, tp ilmu tetap kena amik berat.
Aku tak tau la course lain, kalau civil ni apa yang ko belajar dari awal-awal, memang akan melekat sampai la ko final sem. Itu lah yang aku suka sebab apa yang kita belajar tu tak akan pernah putus-putus. Tambahan, semua benda tu macam related ngn kehidupan seharian dan memang bertambah-tambah appreciate ngn apa yg ko belajar. So, memang tak rugi la aku untuk memilih civil ni. Aku boleh katakan, civil ni lebih dekat ngan alam sekitar dan komuniti. Itu yang aku nampak. No wonder la, aku ambik specilization as Urban Engineering(aku nak jd datuk bandar weh)
Walau sesusah mana subjek-subjek dalam civil ni, aku akan tetap serap masuk jugak even aku tak score. Betapa cinta aku ngan civil ni tak pernah pudar. Walau masa aku 1st year, aku berkeras nak tukar course dari civil ke chemi, akhirnya Allah dah bagi aku petunjuk yang betul. Serta episod-episod badai melanda pun aku masih setia. Aku berjanji, apa jua aku jadi lepas ni, segala benda yang berkaitan dengan civil aku akan pelajari.(Macam poyo kan ayat ni, but i mean it)
Owh, minggu ni dah start study week untuk member2. Next week dah start exam derang. Good luck n study jangan nak mengharap grade bagus2 je. Kena tambah niat, belajar ini untuk kesejahteraan umat dan diri kita sebagai manusia. Bukan nye apa, aku nampak rata-rata budak skrg kejar sgt grade. Abis paper buang buku, segala note tu jauh-jauh. Kalau boleh dalam memori kat otak pun nak reset.
Ingat, jangan terlalu 'exam oriented' sangat. Gred tu walaupun menandakan ko bagus, tp kalau jiwa or ilmu tak melekat, tak berguna jugak. Aku mengaku aku bukan scorer, tp apa yang aku telah belajar dulu masih ingat jugak, walaupun samar-samar. Even ilmu biologi time sekolah dulu masih berlegar-legar dalam kepala aku. So korang fikir-fikirkan ye.
Apa-apa pun, selamat menduduki peperiksaan.
See u til next post.
3 comments:
gud luck~!!
yezza..
continous learning coz from firm foundations, would lead you to a greater heights in life...
with IQ, along with EQ and SQ, you would turn out to be a great man with great wisdom and vision...
^^
owh thanx apiz.
paan, gud comment there. esq terus. huhu. mmg apa yg aku nampak ni pun drpd pengalaman sendiri dan kesedaran diri.
Post a Comment