Wednesday, May 13, 2009

Aku dan Rambut

Rambut adalah mahkota. Ada yang pendek, ada yang panjang. Warna pun blonde, hitam, uban pun ada. Botak ada, separa botak pun ada. Malah ada jugak yang tidak mempunyai rambut a.k.a botakcin or botak licin. Apa2 pun, rambut merupakan salah satu elemen penting dalam menentukan personaliti seseorang.

Entry ni aku just nak tunjuk transformasi rambut aku sekian lama ni. Maybe ada yang tak pernah tengok aku berambut panjang atau botak.

Fesyen rambut panjang






Masa simpan tu adalah dekat 3 bulan(average) tp yang paling lama time aku 1st year dulu dari aku botak(bayar nazar lepas dapat result SPM pada bulan 3) sampai exam week bulan 11. Memang time tu dah cecah bahu, tp sayang je takde bahan bukti. Aku akan simpan rambut sampai aku naik rimas nak bela. Nak syampu pun kena berkilo2, sama jugak ngn minyak rambut. Kalau dibiar rambut kering(x letak ape2 mosturiser), mulalah rasa mcm singa baru lepas bangun tido. Lecehkan?Tapi one thing aku suka ada rambut panjang ni, bila ada angin je, mula lah rasa mcm berangan jadi model iklan rambut kat tv. Lebih2 lagi merempit kat kampung tak pakai topi keledar. Hahaha.

Ketika botak




Aku mula membotakkan kepala sewaktu aku kat sekolah menengah. Kes member aku salah potong rambut, so nak tak nak kena cover la. Memang terus tandus bumi Amazon. Botak ni memang best sebab kepala ko rasa ringan je. Tak payah nak dandan bagai dah tp aku tetap syampu gak. Kalau dikira dah masuk 5 kali botak rambut.

dan berambut pendek







At last aku paling selesa nak berambut pendek. Nak ubah fesyen rambut pun senang. Selalunya, aku suka cacak kan rambut. Plus, tak la rasa mcm serabai je kalau ada rambut panjang.

Selama ni aku tak pernah nak try buat rambut kat salon2. Sekarang ni masih selesa nak potong bg nampak kemas. Tunggu lah time aku dah ada duit nnt nk try sepam. Buat ala-ala artis jepun ke ape or watak-watak dalam anime and game Final Fantasy ke. Hehe. Tapi aktiviti nak warnakan rambut ni aku da kureng skit, since aku takde keinginan langsung nak buat lagi. Dulu-dulu time zaman aku junior or zaman jahiliah ade la aku buat ngn member2. 2 kali je tapi tak nampak sangat since guna warna yang gelap mcm biru dan merah gelap. Time kena kat cahaya matahari je nampak skit. Tu la zaman cuba try test.

Rasa nya dah hampir semua fesyen rambut dah aku try...dari zaman belah tepi and belah tengah(time sekolah dulu), botak, panjang, back comb, pendek, cacak dan macam-macam produk rambut dah aku pakai. Maybe lepas ni kerinting...mane tau.

Jumpa di next entry...chao~.

6 comments:

Akin Muhammad said...

masing-masing sekarang nak TRANSFORMASI

apa pun aku back comb

Coolster said...

camne rambut ko leh sekejap pacak, sekejap jatuh mekot?

kagum ar.. cam goku plak ko nih.. :D

- k.arifin - said...

itu lah rahasia. hahaha. rambut pendek senang skit nk tegakkan, tp kalau dah panjang mmg jatuh la.

환영받는 sapektooya said...

yg best rambut botak okay!!!!

- k.arifin - said...

yezza, jawapan anda tepat

E`n1x said...

i pernah borak ngan u skali ke a long time ago? mase gamelan? i recall an 'ariffin' in my address book tp i forgot already... haha. saje nk satisfy curiosity.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails