Friday, December 08, 2006

Dari Jawa, mendarat di Borneo, singgah di Kelantan dan menuju ke Johor

Baru balik dari KL semalam. Dah habis segala kerja aku untuk sem ni. Semua nya memang memberi setiap kenangan sama ada suka or duka. Nak tahu ape yang aku buat kat KL,jeng jeng jeng....

Gambar kat atas tu diambik berlatar belakang kan KLCC(aiseh tak nampak la plak). Actually ade show di KL Convention Center rabu malam lepas sempena International R&D Forum yang dianjurkan oleh UTP n PETRONAS. Bergambar bersama2 da'dancer ngn En Ahmad and En Hamid.

Gambar ni lak yang nampak KLCC. Cun tak?

Dalam show malam tu ade 4 jenis tarian yang dipersembahkan: Jawa, Sabah n Sarawak, Dikir Rambong dan Zapin Ya Salam + Ya Maulai. Memang gempak abis la sampai mat saleh leh ternganga,ahak! Tapi ada gak silap dowh, mujur dapat cover baik punya. 3 dari show tarian diiringi oleh band UTP dan lagu dikir rambong gune CD, tapi kena nyanyi sama2 utk memeriahkan suasana. Banyak2 tarian, aku paling enjoy tarian Jawa sebab die nyer live band sedap bersama komposisi lagu yang unik, tambah2 lagi ngn koreografi yang menarik(even lelaki tak byk sgt gerak, tunjuk macho je lebih...ehehe).

Dikir Rambong lak bukan dalam kategoi tarian, cuma ade part yang dicilok dr tarian endang(betulkan kalau silap). Memang seksa giler duduk sampai kaki aku melecet, sakit kat punggung n tulang belakang masa 1st time berlatih dikir ni. Tu la, tak pernah2 aku dikir sampai2 sakit2 mcm ni. Tapi semua tu aku tak kisah sebab lama gile dah aku tak berdikir sampai aku naik hantu perform kat pentas malam tu. Ehehe, sebab pernah wakil Sarawak 2 kali time sekolah menengah dulu.


Kat atas lak ade 4 jenis baju yangaku pakai malam tu. Untuk tukar setiap persalinan ade interval 4 lagu. So, sempat la nak tukar. Dari kiri baju untuk tarian Jawa, lepas tu lak baju daripada suku kaum Melanau(bangga nye pakai baju kaum sendiri) umtuk Tarian Sabah dan Sarawak. Tepi nye lak, baju untuk perform Dikir Rambong (mujur tak pakai songkok biru, kang jd macam mamak kerja kat Nasi Kandar Pelita) and last baju untuk zapin Ya Salam. Time perform aku nyer head gear untuk Tarian Sabah & Sarawak n Zapin hampir tercabut dari kepala, memang tak senang nak menari dowh,terpaksa senyum je memanjang. Mujur la aku leh kontrol pergerakan tapi tak leh nak lompat lebih2. Kalau tak mesti aku malu n kompom la En Hamid maki aku lepas tu. Tak tau la, sebab songkok tu ok je time aku pakai masa convo fair lepas. Maybe sebab rambut aku dah tebal n songkok tu dah takleh melekat kat kepala.

Memang best buat show kat situ, tapi yang lagi best hotel tempat kiteorang duduk. Die nyer bilik mak aih....cantik giler. Sori la aku tak sempat nak ambik angle yang best utk dijadikan tatapan korang sebab bukan aku nyer kamera,T_T. Memang puas hati la, susunan perabot yang selesa,penataan cahaya yang ala2 romantik and banyak menggunakan cermin dalam bilik. Tak sempat nak melayan bath tub sebab duduk kat situ semalam je. Tak puas dowh. Makanan pun tip top especally time breakfast. Sedap2 gile. Ada cereal, roti bakar, sosej, nasi lemak,jus dan macam2 lagi la.sekali lagi sorry, sebab tak ambik gambar makanan, terlampau asyik sangat makan.Ehehe.

Wednesday, December 06, 2006

Trip to Cinta

What the hell aku posting pagi2 buta ni. Orang lain bagus2 nyenyak je tido, aku lak sibuk ketak-ketuk keybod ni. Kes tak dapat tido la ni. Actually aku dah tutup pc ni coz tak tutup semalam. Kebiasaan nye, aku akan bukak pc selama 2 hari, tapi pernah sekali 4 hari tak tutup, tak nak menyeksa pc yang dah setia dengan aku selama 3 tahun kat utp ni. Tadi after dah tutp pc nak tido mengenangkan esok kena bangun awal untuk naik bas utp ke KL jam 7 pagi. Sebab apa nak pergi KL, kena la tunggu next posting aku.Ehehehe.

OK, alkisah nye, tengah hari sampai malam kiteorang(aku, Fizi, Ee and Kapten) pergi ipoh sebab nak tengok filem Malaysia paling best tahun ni iaitu CINTA. Aku memang tak sabar2 nak pergi tengok sebab tertarik dengan trailer and OST nye. Tambah2 lagi aku tengok banyak poster2 terpampang kat KL Sentral akhir bulan Oktober lepas and pulak dengan pelakon2 mantap...perghhh.Wahahaha,aku sungguh teruja.

Muka-muka yang teruja

Sampai kat Kinta City(KC) tu jam 2 suku, kiteorang terus beli tiket kat TGV and ambik pukul 4.20pm. Mujur la aku ade bawak kad matrik(ekeke,aku pakai kad matrik lama), so bole dapat tiket rega RM6, saje nak save bajet utk balik rumah sabtu ni(aku dah hampir pokai). Abis je dah dapat tiket tu, tak tau nak buat ape2, kiteorang pergi kat food court,memandangkan masing2 dah lapar. Aku order menu baru kat stall Cantonese Food, saje je nak makan nasik.


Gambar atas tu aku nyer and yang belah bawah tu Ee and Kapten yang makan. Fizi nyer Sizzling Mee terlupa nak ambik dek lama sangat tunggu. Sian kat Fizi sebab tunggu lama untuk ambik order Sizzling Mee, lepas tu lak kena beratur panjang beli air kat stall air. Sampai aku nyer nasik dah hampir abis. Actually tadi kat food court tu mmg ramai orang especially dengan budak yang baru abis paper SPM(wah, 5 tahun dah zaman SPM aku berlalu).

Lepas abis makan, kiteorang pi la jalan2 sekitar KC. Sambil2 tu ambik gambar since kamera dah ade kat tangan. Kat belah pentas di tengah KC tu dah dihias dengan patung and hiasan sempena Krismas. Sempat la ambik shot dengan muke tak malu nye.Then, dah nak dekat pukul 4.10pm mcm tu kiteorang gerak ke TGV. Lepas abis tengok cite tu, aku mcm terlupe takleh ambik gambar time dalam panggung, tapi aku ambik je dengan selamba.ahak!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails