Thursday, December 15, 2011

Rule no. 13: Dulu dan Sekarang

cuba teka apa persamaan dan perbezaan gambar kedua-dua kat bawah ni? tapi takde hadiah la kalau teka betul.  hahah.

yang sebelah kiri tahun 2008 dan sebelahnya pulak 3 tahun kemudian. oh no, kena kempis balik pipi tu. hahah.

Well, zaman aku belajar dulu mmg zaman keding. tp tak la sampai rupa mcm tulang bergerak tp dalam kategori skinny jugak la. makan nak kena pilih betul2 sbb tak nak bayar lebih. cukup utk kenyang dan tambah tenaga je. boleh dikatakan awal aku masuk di UTP dulu berat under 50kg. tp sampai 3rd year berat dah naik. tak tau sbb apa, maybe makan sosej banyak sgt kot kat v3 sbb sedap sgt and murah pulak tu. 

So, maintain la berat sampai 55kg jugak until aku start training di kl. Perghh, boleh kata kais pagi makan pagi kais petang makan petang beb. Berat turun balik. betul2 takat 50++. Nak jimat kaw2 punya pasal. berterusan mcm ni sampai aku final year sbb elaun dah kena cut, PAMA la jawabnye.(jangan tanya kenapa ye). 

Memang azam aku bila dah grad, duduk rumah, makanan mmg jd rakan karib aku. hahah. tp mula-mula tu naik slow gak sbb gi kerja part time duduk kuarters ngn adik, masak pun ala kadar je. Dah abis kontrak part time, duduk kat rumah sampai berbulan-bulan gak pun masih naik slow.

Aha, yg sbb naik mendadak sgt lepas tu bila aku dapat tawaran KPLI. dapat la kat sg petani. mmg syurga makanan. Dapat osmet badan sihat-sihat belaka, so mcm dlm fizik kata berkadar terus, aku pun terkena tempias jugak. tu la nampak gambar sebelah kiri jd mcm tu. haih.

Apa-apa pun rezeki tu Allah yang beri. Jangan sia-siakan apa jua rezeki yang diberi kerana suatu masa nanti kita tidak tahu yang Allah boleh menarik balik rezeki yang diberi olehNya. Bersyukurlah dengan apa yang telah diberi dan gunakan dengan sebaik-baiknya.

p/s terima kasih kepada rakan-rakan sekalian kerana sudi berkongsi rezeki dengan aku selama ni.

Tuesday, December 13, 2011

Rule no. 12: Olah Segar Kembali

setelah sekian lama aku tak jenguk wordpress aku ni The Pieces, akhirnya aku tukar balik tempate supaya nampak lagi segar dan menarik. seperti biasa aku akan import template dan olah ikut citarasa sendiri. dan ini hasilnya. tukar background ngn header je la yang mampu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails