Thursday, December 30, 2010

Rule no. 17: Jalan 2010

tup tap tup tap, dah nak abis tahun ni. lusa dah bukak kalender baru. kalender je la bertukar tapi aku tetap rasa macam biasa je. semua orang sambut tahun baru dengan hati girang tapi aku tak. sekadar tengok orang countdown kat tv, mata berpinar2 tengok bunga api, artis2 menyanyi bagai. aku rasa takde yang ape makna yang penting sangat yang hanya sekadar bertukar nombor kat belakang. macam loser je korang cakap kan. persetankan! setiap tahun kot macam ni.

walau apa2 pun, penggunaan nombor pada tahun menunjukkan segala benchmark yang telah kita capai. Jadi ia dah jadi masa untuk kita imbas kembali apa yang kita dah buat dalam tempoh masa 365 hari yang kita dah lalui dan kita rumuskan. Bagi aku tahun ni adalah tahun rezeki untuk aku. syukur alhamdulillah, banyak gak benda yang aku dapat, sampai benda yang aku tak mintak pun dapat gak. dan tidak kurang gak ada benda yang aku tak ingin berlaku tapi redha je la.

aku imbas balik ngan benchmark yang aku buat awal tahun ni tadi kat post sini 
1. owh d90, i'm coming next to u soon. (yup memang dah dapat benda yang aku idam2 selama ni. sangat puas hati. kira skill pun dah upgred gak.)
2. Kumpul segala jenis resipi and nak mahir memasak apa2 jenis makanan. I love food. (yang ni ada jugak dah banyak benda aku try, tp tak lebih dari 10 resipi. so, next year pertingkatkan lagi. kira carry on la)
3. Kerja, kerja...lalala~~ (awal tahun sampai pertengahan tahun masih gstt, tp alhamdulillah dapat tawaran KPLI. Insyaallah 7 bulan kemudian dapat kerja tetap)
4. Kereta, motorsikal...depend ngn rezeki. (yang ni aku terpaksa carry on untuk 2012 sbb target dah ada. anyway, berjaya gak dapat lesen kereta tahun ni.)
5. Melancong, piknik, jalan-jalan..pun depend ngn rezeki jugak. (melancong tu takde sangat, just travel2 tu ada la sebab kekangan masa dan kewangan. harap2 next year jadi.)
6. Reunion secara official or non official. (tak dapat buat. pun sebab kekangan masa ngn kewangan)
7. Tambah lagi banyak kawan2, networking n relationship. (yup, bertambah banyak: member2 guru, student, member fb, KPLI family )
8. Nak kumpul banyak koleksi buku n novel (seperti yang aku cerita kat previous post, memang dah bertambah gak)
9. Belajar alat musik, piano, gitar dan apa2 je. (fuh, melepas dowh sbb dapat tawaran KPLI tempoh hari, kalau tak memang dah setanding maxim, cewah. hahah.)
10. Paling penting, update2 blog selalu. hahah. (kwang kwang kwang, banyak je benda nak bg tau, cuma malas je la sebabnye.)

Akhirnya, tahun 2010 ni aku rasa macam sekejap sangat berlalu. Harap2 tahun depan pun sama gak. Banyak lagi aku nak wishlist tp kena tunggu next post la. hehe. So, SELAMAT TAHUN BARU 2011.


Sunday, November 28, 2010

Rule no. 16: Novel mania!

Sejak dua menjak ni, aku gila balik membaca buku cerita or dewasa kini panggil novel. Mana taknye, sekarang ni memang kebanyakkan produser filem suka nak adaptasi filem dari novel. Korang semua tahu la yang mane satu kan. Ada yang top, ada yang flop. Ada yang suka, ada yang tak puas hati sebab kena cut, nak bagi compress 2-3 jam. So, kena jugak catch up ape yang menarik dalam novel dulu seblm tengok movie die.

Last time aku baca novel ni pun time amik Komsas time SPM dulu. Masa tu batch kiteorg la 1st batch yang amik, so expectation untuk soalan SPM bahagian komsas adalah sangat senang. Berbalik kepada Komsas, masa form 4 kena baca Antologi Anak Laut dan novel Terminal Tiga, manakala form 5 kena layan Antologi Kerusi dan novel Seteguh Karang. 

Terminal Tiga memang tak sentuh langsung sebab bosan ngn olahan cerita die. Berbeza dengan Seteguh Karang, die nye cerita memang menarik and seingat aku derang ade jugak pernah adaptasikan cerita ni dalam telemovie, tp aku tengok beberapa part je. Tambahan, novel Komsas ni berbeza ikut negeri dan hampir kesemua novel form 5 aku dah baca. Banyak2 novel, Konserto Terakhir yang paling tebal dan tragik lagi cerita die. Dulu ade perancangan untuk naikkan cerita ni jadi filem, tapi last2 aku dah tak dengar ape2 khabar dari produser. maybe bajet untuk buat cerita ni kena banyak skit kot. Sayang sekali.

So, sekarang ni gian dah datang balik. Tak pasal-pasal gi je bookstore, carik novel. Kalau berkenan memang akan disambar. Basically senarai buku yang aku dah ada sekarang seperti tertera di bawah:

Harry Potter and The Deathly Hallow (dah abis baca)

The Da Vinci Code (erm, liat jugak nak ngabis)

The Lost Symbol (pun masih jugak tak habis)
Bumi Cinta (yang ni dah abis)

Aku Bukan Malaikat (dah abis jugak)

Negeri 5 Menara (tinggal separuh buku je lagi)

Rumusannya, setakat yang aku baca, buku BM aku cepat abis berbanding buku BI sebab lebih memahami dan tak perlu bukak kamus banyak kali. Dari 6 novel ni, 2 dah ditayang 1 bakal ditayang 2012 dan selebihnya aku tak pasti. Maybe Bumi Cinta kot lepas ni. Apa-apa pun yang penting, lepas ni aku nak hunting lebih banyak lagi novel, so bole la korang suggest2 novel ape yang best yang aku nak layan lagi. Tapi novel cintan cintun aku tak layan, melainkan cerita dia bukan tipikal cerita cinta.

Friday, October 22, 2010

Rule no. 15: Bila pensil patah, kita asah semula

Last year, masa aku tgh mengajar PS kat student, aku terfikirkan sesuatu. Adakah aku pandai melukis? Kalau aku tak pandai melukis, layak kah aku ajar budak melukis. Jadi, menjawab persoalan itu aku boleh katakan, aku boleh melukis tapi tak pro or sempurna. Sebabnya, aku yang kurang sempurna ni pun perlukan guide untuk melukis dengan baik.
yes, semua orang pandai melukis. Yang membezakannya adalah kemahiran, komitmen dan usaha. dari segi kemahiran, ada yang melukis pakai pembaris(pemerhatian daripada student aku dulu), ada yang melukis gosok-gosok kesan pensel, dan ada juga yang buat titik-titik. Ditambah pula dengan komitmen, ada yang lukis dengan sepenuh hati, ada yang melukis cukup-cukup makan dan ada yang sekali calit je dah jadi(hurm, bole jadi ke? ni yang gifted rasanya). 
Berbalik pula hal dengan aku nyer gaya melukis, kebanyakkan stail melukis aku penuh dengan garisan. dan kadang-kadang buat tone guna gosokan pemadam or ibu jari hingga hitam legam penuh ngn karbon. tp aku nyer lukisan tak lengkap-lengkap gak. aku selalunya biar sekerat jalan, sampai benda yang dilukis tu dah nampak rupa pun dah memadai. aku akui aku lemah bab detailing, so maybe lepas ni boleh praktis melukis, so lepas ni nak ngajar budak-budak pun tak la loser sgt. hahah.





kat sini aku sajikan hasil karya yang sekian lama tak pegang pensel dan lukis.

Thursday, September 30, 2010

Rule no. 14: Aku dah baca, aku MESTI tengok

latest trailer dari Harry Potter and the Deathly Hollow


aku teruja nak tengok sebab ni first time aku beli sendiri buku die and baca sampai abis. Selama ni tak pernah baca buku Harry Potter dan tak terasa kehangatannye.
tengok gambar ni maybe scene utk part 2 of the film yang berlaku kat Gringot.

for those who have read the book, i know you can't wait to see this scene.(and other scene too)
7 Potters, haham lawak tp pertarungan ngn death eater selepas ni lagi menarik
lepas ni  nak kumpul n baca the other books pulak.

Saturday, August 28, 2010

Rule no 13: Dah Siap

Sori sbb lama sangat tak updet, lebih2 yg berkaitan dengan last entry. actually dah siap, cuma ada a slight improvement nk buat dan assignment berlambak2 bak hujan datang. hehe.

ok, ni la hasil yang aku dah buat. kira ada gak bakat aku jd tukang kayu. cuma kalau aku ada tambah lg kemahiran mengukir, dah pasti aku letak. (ok, masuk list utk next mission, belajar mengukir pulak).Actually gambar bawah ni die dah siap beberapa minggu yang lepas. tapi aku tak puas hati tang box tin Extra tu. so, aku decide balut box tu ngn newspaper pakai teknik papier mache. Sebab nak match kan lagi dengan tema bahan terbuang.
siap!

Aku namakan dia erm....takde nama spesifik lg. So, fungsi sebenar benda ni adalah untuk mengikat wayar laptop korg yang berjela-jela tu(utk org yg tak dibagi strap la mcm laptop aku). ada dua jenis wayar kan, satu yg tebal, satu lg yg nipis skit. yang tebal tu ikat kat strap putih belakang kotak dan wayar satu lg tu gulung kat 2 cangkuk kat atas tu. yang diperbuat daripada MDF board tu tempat letak adapter. untuk 3 tin gula-gula Extra tu, sebagai letak USB, modem or apa-apa yg korang nak letak. pastikan usb tu ade tali utk tarik keluar. tapi kat sini aku dah letak kayu kecik dalam tu, so tak la korang cungkil2 nak ambik nanti. owh, aku buat lengkung2 tu sebab (sapa kenal aku, die tahu la) aku kurang gemar tengok benda petak2, so aku design la ikut citarasa aku. hahah. ok, basically nak tengok benda ni berfungsi, tengok gambar kat bawah.
ok, amacam? bole tahan tak? sori lah, sebab ni first time aku buat projek berasaskan kayu n daripada sketch, draft sendiri. apa-apa pun, nnt aku nk kena mengajar KH memang kena tahu segala-gala benda yang ada dlm bengkel gak kan? At least aku dah ada basic idea nak membuat kerja2 macam ni.
So, takat ni je untuk entry kali ni. chalo~.

Wednesday, August 04, 2010

Rule no 12: Unfinish

Post kali ni simple je. Aku bg intro melalui gambar. Benda ni adalah projek KH yang aku baru start bertukang last monday. Layan~~

the blueprint
kayu dah siap dipotong cantik-cantik
Masa untuk syelek!
yang selebihnya, aku akan post lagi tp yang dah siap punye. harap-harap esok paling awal siap. chaiyo2

Saturday, July 31, 2010

Rule no 11: Sebulan selepas

Lama gak aku tak post lepas pengumuman kemasukan aku ke KPLI ambilan Jun 2010. Dah sebulan sesi kuliah berlalu (dulu kat UTP cakap lecture), apa yang boleh aku katakan sekarang adalah...timbunan pelbagai assignment. Memang tak menang tangan, dari kerja kumpulan buat perbincangan dan pembentangan. Tambahan kelas pun packed gegiler dari pkl 8 pagi sampai 5 ptg yang cuma rehat pkl 1 hingga 2 je. Tak termasuk hari khamis yang habis awal 2 jam.

Seperti yang korang dah tahu, major yang aku ambik kat sini adalah Matematik yang sememangnya mata pelajaran favourite aku sejak sekolah rendah lagi. Walhal time aku apply, Mtest dan interview aku mintak P. Seni tetapi rezeki aku tetap melekat kat ilmu hisab ni. So, tak la stress sgt. Minor lak dapat Kemahiran Hidup, sangat2 la aku suka sbb aku ni walaupun bukan orang yang pandai bertukang, tapi sebab jiwa ketuk-mengetuk tu memang dah ada dalam diri aku. Not a big deal sangat kalau nak belajar. Cuma cabaran dia nanti, bila time dah posting n ajar budak-budak tahap sekolah rendah. Hehe.

Subjek lain ada Ilmu Pendidikan, Pendidikan Jasmani, Penguruasn Sumber, Bahasa Melayu Komunikasi, Bahasa Inggeris, Muzik, Pendidikan Islam, Tamadun Islam serta Pengurusan GERKO. Kokurikulum lak derang straigth bagi satu kelas Pengakap untuk satu kelas dan begitu juga permainan, satu kelas derang bagi main Bola Baling. Olahraga pun ada jugak since nanti ada kursus kepegawaian ngan kejurulatihan.
Setakat tu je dulu aku bagitau sebab kalau karang lebih-lebih, assignment kang x siap2. Ok chalo.

Saturday, June 19, 2010

Rule no 10: Belajar untuk menjadi pengajar


Alhamdulillah, walaupun tak expect utk pergi sejauh ni. Doakan terbaik untuk daku, cyeh. Insya allah, dah sampai sana nnt n dah adapt skit, aku akan post kan. Tak sabar untuk belajar lagi.

Sunday, May 30, 2010

Rule no 9: Telan saja kalau dah sedap

my homemade begedil

Teringat time belajar di waktu puasa di UTP dulu. Gi kafe pak ali ngn osmet nak beli makanan untuk bersahur. Nampak je benda ni dari jauh, dah berlari lintang pukang mcm nak rebut limited edition nye barang (padahal begedil pun limted gak time tu, tukang masak tak masak banyak). So, memang rumah kiteorang je la yang conquer n memang takmo tinggal lebih. Setiap pukul 12 malam memang dah ready nak terkam. Aku lak selalunye beli 4 ketul, tapi ada sorang osmet aku sampai beli 10 ketul. Nikmat begedil ni memang tak terkata.

1st time aku jumpa benda ni sewaktu aku sekolah di Miri dulu. Tak sure la tingkatan berapa start minat and addict ngn begedil ni. Makcik kantin masak memang sedap sampai menjilat jari. So, bile dah abis belajar tu, tercarik2 jugak resepi die. Tapi bila dah jumpa n baca cara-cara nak buat, mcm tak konfiden nak buat. Biasa la time tu tak biasa n mahir lagi nak pegang kuali ngn sudip kan.

So,sampai la tahun lepas aku belajar ngn adik respinya, rupanya senang je nak buat, tp persediaannya sangat la leceh. Nak sedap punya pasal, hentam saja la. Meh, aku salinkan bahan-bahan dan cara membuatnya.

Bahan-bahannya
1kg kentang
daun sup
1/2 kiub ayam
1 biji telur
1 tin Tuna(yang aku pakai selalunya Chilli Tuna)

Cara-cara
  1. Mula-mula tu, kena kupas kulit die(tak kan nak makan ngn kulit sekali) dan potong dengan membentuk 'wedges'.
  2. Kemudian, panaskan minyak. Penting sebenarnya kena panaskan betul-betul. Takut, nanti kentang tu serap minyak banyak sangat. So, bila dah panas, perlahan-lahan campakkan kentang(terkena minyak sedikit je,tak terjejas kulit cantik korang tu).
  3. Sesudah kentang itu masak, toskan minyak yang berlebihan(kurangkan kolestrol la kan). Nak lagi bersih dari minyak, ambik tisu penyerap minyak, lap muka kentang tersebut.
  4. Seterusnya, kita lenyek2 kan kentang sampai hancur dengan menggunakan sudu. tapi nak lagi ekstrem pakai lesung. Tapi sebelum tu masukkan kentang dalam plastik.
  5. Bila semua kentang dah hancur, masukkan kiub ayam secukup rasa(tapi sekarang ni ada Maggi Cukup Rasa tu pun boleh guna), daun sup, dan segala inti-inti yang lain. Kalau nak guna ayam, sosej hancur or daging pun boleh tp yang dah masaknye la. Gaulkan kesemua nya.
  6. Selepas itu, korang ambik segenggam adunan tu tadi dan bentukkan menjadi bebola atau leper macam piring terbang.
  7. Dah selesai membentuk, kita salutkan bebola dengan telur. Tujuannya adalah untuk mengikat atau membungkus kentang tersebut supaya tidak bercerai berai dalam minyak panas nanti.
  8. Akhir sekali, kita gorengkan, toskan  dan siap untuk dimakan.
Sorry la kalau merapu lebih sebab terasa macam Datuk Chef Wan lak bila nak terangkan satu persatu. So, harap korang leh cuba di rumah masing-masing.

Friday, April 30, 2010

Monday, March 29, 2010

Rule no. 7: Romeo must buy?

Semakin aku pandang, semakin aku menahan rindu dendam. semakin aku terbayang, semakin aku merasa gila. Adakah aku jatuh cinta....lagi?

lol, aku bukan cerita pasal sesama manusia tetapi inilah yang menjadi pujaan hatiku. From this moment, aku dah ada new target.

Amacam? cun tak? kalau korang cakap tak cun, makanya bukan taste korang lah ye. Insya allah, kalau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki..tahun depan, dapat lah tu. Since sebelum ni, aku memang tak terlintas untuk mengidam apa-apa kereta(melainkan BMW), tetapi Persona Elegance baru ni, aku dah tambat dalam wish-list.  Dah lama aku intai sejak proton nak perkenalkan new facelift ni tahun lepas, dan terus memasang niat untuk angkut satu in future. 

ok, more interior n exterior kat link di sini http://paultan.org/photo/proton-persona-elegance-studio-images/



Thursday, February 18, 2010

Rule no. 5: Bersukan dengan penuh semangat!

 

Last week aku terlibat dengan Kejohanan Sukan SMK Pakan. Antara event yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar yang ternyata hebat di balapan. Ada yang mahu memecahkan rekod yang terdahulu dan ada juga mahu menambahkan koleksi pingat di rumah, tak kira gangsa, perak apa tah lagi emas. Istimewanya kejohanan sukan ini adalah kerana kesungguhan peserta dan sokongan padu dari setiap individu yang menyokong kontigen masing2. Memang nampak betapa eratnya ikatan antara ahli pasukan dan sorakan  bertalu-talu yang penuh bersemangat.

Teringat zaman sekolah dulu, selama 5 tahun aku tak pernah langsung terlibat ngan mana-mana acara olahraga dan padang(rentas desa tak dikira sbb semua wajib ambik). Cuma masa form 5 je, aku jadi bidan terjun untuk acara 800m, padahal aku bukan peserta simpanan. Ada problem ngan pelari kedua dan peserta simpanan. Alhamdulillah dapat la no 5 dari 8 peserta. Walaupun tak menang, tp yang paling puas dapat mengalahkan bekas jaguh rumah sukan tahun lepas(ketika dia dapat olahragawan untuk 15 tahun ke bawah).

Satu lagi yang paling aku nanti-nantikan masa kejohanan sukan, kawad kaki. Sejak aku dari form 1 sampai form 5, tak pernah miss mana-mana acara kawad kaki. Either mewakili rumah sukan or pasukan pakaian berseragam. Satu yang aku suka kawad kaki ni adalah kejituan pergerakan antara setiap individu dalam pasukan. Kena seragam dan paling penting ketika tabik hormat, tangan kena gerak dengan sharp. Tapi aku tak pernah berkesempatan untuk jadi komander sbb time tu suara aku tak besar mcm skrg. Hahah. Sampai sekarang aku masih suka untuk kawad kaki.

Kenangan lain sewaktu hari kejohanan seperti menghias khemah sampai tengah malam sebelum hari sebenar untuk pertandingan Khemah terbaik. Dan juga menjadi sukarelawan PBSM ketika ada yang kaki kejang or cedera,sampai khemah PBSM penuh ngn bau ubat dan peluh. Sabar je lah.

Walaupun aku tak pernah meraih apa-apa pingat sampai sekarang, namun kesungguhan dan semangat berpasukan tetap menjadi ingatan sampai bila-bila. Mungkin pada masa akan datang aku akan mendapat pingat sulung. Siapa tahu.

Sunday, January 24, 2010

Rule no. 2: Berangan-angan boleh tapi jangan lebih-lebih

Tempoh beberapa minggu lepas, gi menonton satu episod dalam drama bersiri Desperate Housewives bertajuk 'If'. Setiap suri rumah tu mengelamun tentang kehidupan yang akan datang dalam beberapa bulan kemudian dan ada jugak sampai bertahun-tahun lama gak. Sesuatu yang derang fikir apa akan terjadi jika mereka membuat keputusan pada masa kini dan kesannya selepas itu. Sangat menyentuh perasaan betul.

Jadi, aku pun pernah berfikir sesuatu yang menjadi idaman dan apa yang aku akan dapat jika aku amik sesuautu peluang dan keputusan itu. Tidak kira buruk atau baik yang akan dilalui, cuma berangan sahaja la kan. Korang pun pernah berangan jugak, cuma berbeza bagi setiap individu.

Antara angan-angan tersebut adalah:

Jika aku pelajar AF
Jangan gelak or pandang sinis kalau aku ada angan-angan sebegini.  Mungkin aku akan pernah merasa bagaimana hidup ditonton oleh orang sepanjang hari(buat dunno je la), berlatih vokal bagi mantap skit ngan dapat step2 tarian yang baru. Pastu lak, asal rapat ngn peserta wanita, mesti kena 'kenen' sampai konsert akhir. Tu pun kalau sampai akhir. Tambahan pulak, mesti dapat berjumpa ngn artis itu ini, berduet ngn derang dlm konsert. Bila dah abis AF, mesti jadi lebih dikenali daripada biasa. Banyak layan peminat, buat show and rakam single. Dan ada jugak yang tak baik, kena gosip ngn si dia si polan ke, dikatakan gi clubbing and tonggang, padahal kita tak buat. Itu lah lumrahnya kalau ambik jalan ini. Takpa, berangan je kan.

Jika aku pelajar jurusan IT dan multimedia
If aku pilih ni dulu, maybe sekarang ni aku dah berjaya sebab minat sangat ngn jurusan ni. Time di universiti mesti dean list sentiasa. dah bekerja nanti, jumpa ngn client ni, itu ini. Buat banner, poster,  billboard dan sebagainya. Bila tengah jalan-jalan pakai kereta, tengok hasil sendiri terpampang kat billboard di highway, mesti rasa bangga gegiler. Kalau ada kesempatan, buat course utk member2 secara free.

Jika aku dah jadi bapa
Ini lah saat paling bahagia, dapat zuriat sendiri. Kita decide nama yang baik2 untuk derang. Bila pulang dari kerja mesti nak bermanja2, nengok tv sama-sama. Kalau dia bersedih, kita bawak gi jalan-jalan kat taman, McD, kepsi ke apa. Bagi cerita tentang zaman kita muda-muda, zaman sekolah n zaman susah payah supaya derang dapat inspirasi daripadanya. Time birthday je mesti selalu buat parti, bagi hadiah. dan yang paling penting, aku tak akan menghalang apa yang derang ingin jadi asalkan boleh membawa kebahagian kepada derang.

Jika aku jadi datuk bandar
Yup, aku pernah pasang angan-angan ni. Banyak sangat yang aku nak buat kat bandar kediaman aku ni. Something yang memberi kemudahan dan keselesaaan kepada penduduk setempat. Membuat pembangunan yang tidak menjadi sia-sia, mesra alam dan pengguna. Nak bina waterfront sepanjang tebing sungai, buat satu mercu tanda yang orang boleh ingat itu adalah bandar kelahiran aku.


Jika aku dah ada D90
Kalau la dah lame ada ni, maybe skill aku dah bertambah baik. Mungkin dah penuh sangat hdd simpan gambar n ada jugak burn. Dan mungkin dah hantar kat mana-mana pertandingan yang ada, Lepas tu lak, tak payah susah payah carik gambar kat google yang menatang tu mmg copyright.


Mungkin itu hanya angan-angan kosong sahaja, sekadar menjadi hiburan dan mungkin akan jadi kenyataan kalau diizinkan oleh Nya. Jadi apa angan-angan anda?

Till my next post....

Sunday, January 10, 2010

Rule no. 1: 2010, Improve yourself!

Dah sepuluh hari di tahun yang ke 10 selepas milenium. Masih tak terlewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada korang. Nothing much untuk cerita, cuma ada sedikit perubahan dalam blog ini.Yup, dah ubah template bar. Tu pun masih dalam construction lagi. Dan yang paling penting, dah dapat nama yang sesuai untuk blog, setelah setahun memikir nak dapatkan title yang sgt2 sesuai.

rule the III tu ade dalam bulan lepas come up with this name. Apa yang padan sangat tu, meh aku cerite. Ok, sejak aku start balik intern 2007 lepas, aku dah tukarkan nickname "rule "dlm mirc. Just amik pangkal nama aku je. Then, bile member2 photog dok sibuk ngan rule of 3rd(istilah fotografi), bertambah melekat la nak guna nama ni, tambah2 aku mmg fotografi freak. Hahah. Dah berbulan2, lak aku keep modify the name and last2 terpikir yang aku ni di kedudukan ke 3(anak no 3 la tu) dlm family(ceh, dan dan je), maka tercipta lah nama baru ni.Harap nama ni melekat la dlm blog ni dan tak tukar2 lagi dah.

Azam lak, hurm. This year, aku nak guna satu perkataan je. IMPROVEMENT. That's it. Segala kemahiran yang aku ada sekarang, perlukan perubahan dan peningkatan. Penting untuk kerjaya yang bakal dipikul. Tak tau apa yang aku dapat nanti, so ini sebagai persediaan untuk menggalasnya kelak. (pergh, motivasi siot!)

Tak lupa jugak wishlist untuk tahun ni:
1. owh d90, i'm coming next to u soon.
2. Kumpul segala jenis resipi and nak mahir memasak apa2 jenis makanan. I love food.
3. Kerja, kerja...lalala~~
4. Kereta, motorsikal...depend ngn rezeki.
5. Melancong, piknik, jalan-jalan..pun depend ngn rezeki jugak.
6. Reunion secara official or non official.
7. Tambah lagi banyak kawan2, networking n relationship.
8. Nak kumpul banyak koleksi buku n novel
9. Belajar alat musik, piano, gitar dan apa2 je.
10. Paling penting, update2 blog selalu. hahah.

Ok, rasanya tu sahaja. Till my next post.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails