Last week aku terlibat dengan Kejohanan Sukan SMK Pakan. Antara event yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar yang ternyata hebat di balapan. Ada yang mahu memecahkan rekod yang terdahulu dan ada juga mahu menambahkan koleksi pingat di rumah, tak kira gangsa, perak apa tah lagi emas. Istimewanya kejohanan sukan ini adalah kerana kesungguhan peserta dan sokongan padu dari setiap individu yang menyokong kontigen masing2. Memang nampak betapa eratnya ikatan antara ahli pasukan dan sorakan bertalu-talu yang penuh bersemangat.
Teringat zaman sekolah dulu, selama 5 tahun aku tak pernah langsung terlibat ngan mana-mana acara olahraga dan padang(rentas desa tak dikira sbb semua wajib ambik). Cuma masa form 5 je, aku jadi bidan terjun untuk acara 800m, padahal aku bukan peserta simpanan. Ada problem ngan pelari kedua dan peserta simpanan. Alhamdulillah dapat la no 5 dari 8 peserta. Walaupun tak menang, tp yang paling puas dapat mengalahkan bekas jaguh rumah sukan tahun lepas(ketika dia dapat olahragawan untuk 15 tahun ke bawah).
Satu lagi yang paling aku nanti-nantikan masa kejohanan sukan, kawad kaki. Sejak aku dari form 1 sampai form 5, tak pernah miss mana-mana acara kawad kaki. Either mewakili rumah sukan or pasukan pakaian berseragam. Satu yang aku suka kawad kaki ni adalah kejituan pergerakan antara setiap individu dalam pasukan. Kena seragam dan paling penting ketika tabik hormat, tangan kena gerak dengan sharp. Tapi aku tak pernah berkesempatan untuk jadi komander sbb time tu suara aku tak besar mcm skrg. Hahah. Sampai sekarang aku masih suka untuk kawad kaki.
Kenangan lain sewaktu hari kejohanan seperti menghias khemah sampai tengah malam sebelum hari sebenar untuk pertandingan Khemah terbaik. Dan juga menjadi sukarelawan PBSM ketika ada yang kaki kejang or cedera,sampai khemah PBSM penuh ngn bau ubat dan peluh. Sabar je lah.
Walaupun aku tak pernah meraih apa-apa pingat sampai sekarang, namun kesungguhan dan semangat berpasukan tetap menjadi ingatan sampai bila-bila. Mungkin pada masa akan datang aku akan mendapat pingat sulung. Siapa tahu.
No comments:
Post a Comment