Sunday, October 30, 2011

Rule no. 10: Rezekiku Di Mana-mana

Tanggal 20hb yg lepas, aku membuat panggilan ke JPN Sarawak selepas mendapat berita posting di negeri sendiri. Alhamdulillah, akhirnya posting jugak setelah 4 bulan tak buat apa2. Dapat di SK Kapit. Terus keesokan harinya melapor diri ke PPD Kapit. Inilah dinamakan rezeki dan bermulalah pengalaman mengajar di sini. 
Dengan pengalaman pertama menjejak ke daerah ini. Satu ungkapan yang terpacul di mulut. Cantik! Pemandangan berbukit bukau yang serba kehijauan. Tambahan di kiri kanan penuh dengan padi huma. Sangat bersyukur ditugaskan di bahagian Hulu Rejang. Harapanku agar hati ini dipenuhi kecekalan dan semangat yang tidak akan pernah luntur. Doakan perjalanan hidupku di sini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails