Sori if aku lambat sangat nak update blog ni. Biasa ah, keperluan internet aku kat rumah agak dah tak selebat time kat UTP dah. Ni pun aku guna broadband abang aku. Kira nasib baik gak, dah tak payah nak pecut2 gi CC lagi. Last updet tu sekadar nak preview skit apa dah aku buat dalam beberapa minggu lepas, after aku da selamat sampai kat rumah terchenta nih.
Ni adik aku dan suami dia. Cuba teka berapa umur adik ipar aku ni? Karang la aku bg jawapan...biar korg teka sendirik. Maybe ada yang dah tau kot. Yang dah tau, tak yah la bagitau..aku nk bg saspen skit.Wedding ni aku tak la se bz time kakak aku dulu sebab awal2 dah aku habaq kat adik aku, aku tak mo la jadi pengapit. Since aku dah cop awal2 job jadi OP untuk hari tu, tp ari tu aku tersembam jatuh ke tangga nOP pulak. Ceritanya, aku tak tau yang adik aku dah hire amoi kedai gambar jadi OP derang. Agak terkilan sedikit gak tp nasib baik la amoi tu cantik ala-ala nasha aziz versi cina. Sejuk sikit rasa kat hati,lol. Apa-apa pun, time die amik gambar tu, aku nampak la skill photog studio. Sambil-sambil tu aku serap la ilmu die skit. Agak rugi la aku tak tackle die time tu, mana tau bole dapat seketul d300 ke. Ahak.
Apa-apa pun, tahniah kat adik aku kerana dah kahwin. Lagi awal dari aku lak tu. Ada jugak aku terima cincin langkah bendul . Takpe, jodoh dia dah sampai. Aku lak? Takde calon lagi. Tunggu lagi 5 tahun. Hehe.
Till my next post.