Saturday, July 25, 2009

Aku dan Part Time

Sori sbb lame giler tak updet. Aku jarang sgt online kalau kat rumah. Lagipun, broadband celcom ni pun abg aku nyer, so penggunaan internet tu agak terhad gak. Lain la kalau duduk kat utp, dapat internet 'free' walaupun mcm beskot chipsmore sekejap ade sekejap takde. Tetap akan melekat depan pc sampai bile-bile. HUrm. Aku pun ade kat rumah time hujung2 minggu je. Nak tahu weekday aku gi mane? Moh aku cite skit kat kome2 semua.




Dari gambar tu dapat lah hint skit kan. Sebenarnya aku dah dapat kerja sambilan yg boleh dikatakan lumayan gak. Owh, rasanya ramai yg belum tahu lg kot. Aku sekarang ni pegang title 'Cikgu', dah nak dekat sebulan dah. Guru sandaran je. Tapi nak kate beban die same mcm guru biasa. Biasa la, menghadap budak setiap hari. Lupe nak bagi tau. Aku mengajar kat SMK Julau. Tak tau, sile g-map or g-earth ye. Agak terperuk jugak la tempat nama Julau ni. Ada la dalam sejam perjalanan. Since aku takde transport tetap lg, aku pakai bas je gi sini. Pergi je dah rm7. Kalau setiap hari tu, mahu pokai aku. That's why aku stay je kat Julau time weekday.


Nah, perati ler aku nyer jadual mengajar. Bole la. 3 subjek je: Pendidikan Moral(PMO), Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan(PSK) dan Pendidikan Seni Visual(PSV). 2 subjek aku tak familiar, ikut aku nyer common sense. Subjek seni je aku ade basic time aku amik SPM dulu. Nasib baik la. Part best, aku berik jugak komen kat hasil kerja derang mcm aku komen photo kat k5 dulu. hehe.

Form 1 ade 5 kelas, and form 3 ade 3 kelas je. Nasib bek ajar moral form 3. Derang pun dah abis silibus n subjek nih takde dlm PMR la. Kirenye aku dah lepaskan 9 waktu tp aku kena duduk jugak dalam kelas tu. Suruh derang ulangkaji PMR. 2 subjek lain tu aku ajar form 1. Ngajar budak2 yang baru nak akhil baligh ni payah jugak. Ingat senang ke jaga budak-budak ni? Aku sebelum ni pun mane ade sgt experience berdepan ngn budak yang sgt ramai. Mahu 1 kelas tu ade la hampir 50 org. Kadang-kadang tu sampai aku dah abis suara, aku buat dunno je la. Tp tak semua la yang nakal. Ade gak yang dengar kata. Balance la skit.

Tapi apa pun, at least ada gak kerja kan. Daripada duduk kat rumah perabis beras tak produce ape2. Even kerja kat supermarket pun elok gak drpd kite terkejar2 sgt ngn degree kite nih sampai berbulan-bulan kata menganggur. Amik kata pepatah 'menyelam sambil meneguk air'. Guna kan masa yang kite ade ni dengan bijak. Apa-apa pun rezeki kita takleh atur. Aku just boleh doa kat member2 kite supaya dapat kerja, selagi masih halal.

See u until m next post.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails