Nak refer balik apa yang dah berlaku sepanjang tahun 2009. Tersangat banyak, pahit manis, suka duka yang dilalui. Tahun ni la aku boleh simpulkan sebagai tahun penuh dengan EMOSI. Segala-galanya tersangat jelas dalam otak ni. dan tahun ni jugak adalah tahun perubahan transisi. Ada yang rasa nak dikongsi dan ada benda yang milik peribadi sahaja sahaja
Dah rujuk balik azam yang dah aku buat awal tahun ni tadi, nampaknya hampir 100% tercapai. Aku paste balik list2
Misi untuk tahun ini, mudah-mudahan diizinkan oleh Nya
ni adalah some sort of my plan and wish utk 2009 ni. Semoga Allah permudahkan perjalananku dalam tahun ini.
- first of all, aku nak abiskan sessi pembelajaran di UTP dengan tenang(Insya Allah this Jun). Moga apa2 ilmu yang dibelajar di sini walau keputusan ujian yang tak memberansangkan, tak kan ku sia2 kan. Tambahan, ilmu yang dibelajar tak akan abis untuk bidang akademik sahaja, malah penting untuk pelengkapkan diri bagi menghadapi hari muka.
- yang ni aku nak sangat2, harap dapat mengakhiri zaman single(bukan kawin, x sedia n xde calon lg). kalau ade rezeki dan jodoh.
- nak dapat kerja(permanent or part time) and tak sabar nak sumbang sedikit hasil titik peluh kat orang tua dan adik beradik.
- merancang untuk bergiat aktif dalam bidang fotografi dan design. migth be start a small business within saudara-mara dulu.
- reunion dan gath dengan rakan2 zaman bangku sekolah.
- nak come back masuk dlm Tronoh Theatre Shop, untuk menyumbang sumthin sblm abis blaja di utp.
- nak tambah lagi ramai rakan-rakan.
And the :resultnya
1. Alhamdulillah, akhirnya grad n convo tahun ni. yeay, aku mampu habiskan study aku kat UTP walaupun banyak rintangan dan dugaan(paham2 je la ye). At least habis and dapat scroll, tu dah cukup. walaupun dah abis, segala ilmu yang aku pelajari tu, aku takmo lupa. Civil Engineering banyak mengajar tentang kehidupan.
2. Hehe, biar lah rahsia.
3. Yup, dah bekerja tapi part time/kontrak sebagai guru sandaran tak terlatih. Ambik kerja ni sebagai pengalaman dealing ngn orang sekeliling.
4. Belum serius lagi tp byk dah ilmu2 yang aku serap dr member2 photog especially #kakiphoto. Thanx guys.
5. Buat pun small size je, tu pun time raya. At least la kan. Harap2 next time boleh jumpa ramai member lagi. Rindu sangat2 ngn derang.
6. Hurm, yang ni tak banyak yang aku sumbangkan. Sori ye adik2. TQA, maybe. Ada tu aku ingat nk tukar logo tp tak berjaya gak. Hehe. Kan aku dah sumpah 7 keturunan logo ni tak akan bertukar2. kah kah kah. Alal, dapat tukar la tu nnt, perhap.
7. Memang dah makin bertambah rakan-rakan. tempat kerja la mostly and FB sekali.
Alhamdulillah, semuanya hampir selesai. Ku tutup buku 2009 dengan hemat. Ku semat erat dalam lipatan ingatan. Rentetan peristiwa menjadi ajaran. Lebaran 2010, bersedianya tinta. Pinta dimurahkan rezeki olehNya. Yang punya segala kuasa di alam semesta. Selamat tinggal...
....till the new chapter.