Sunday, June 19, 2011

Rule no. 6: Sudah habis atau belum?

Jari-jari dah gatal membelek, mata laju je meluncur setiap patah perkataan. Jom layan kolesi terbaru di rak buku aku.

Aku tau die dah nak keluar filem, so cepat-cepat aku try carik jugak novel ni. Walaupun tak setebal novel yg aku baca sblm ni, tp lawak-lawak die memang sengal mcm baca majalah Ujang Apo mahupun Shin Chan. Dah tengok gak trailer filem ni, memang ada mcm dalam jalan cerita die gak. so, aku tepek gak trailer cerita nya kat bawah ni. status novel ni SUDAH HABIS BACA.


--------------------------------------------------------------------------------------------
 Sebelum ni aku pernah tayang muka depan novel Aku Bukan Malaikat, so yang ni pun penulis yang sama. Cuma genre yang digunakan adalah cinta komedi jugak seperti novel yg aku cerita sebelum ni. Tahu info novel ni keluar pun dari FB penulis dia hasrudi.hirdy , terus la aku carik la dekat kedai buku berdekatan, tu pun tunggu sebulan lebih baru keluar dari tarikh official die. -_-". Tebal gak buku ni dalam 700++ muka surat. so, statusnya SUDAH HABIS BACA. 
--------------------------------------------------------------------------------------------

Yang ni lak, aku beli lepas aku baca novel 9 Nyawa dan dicadangkan oleh member aku untuk baca hasil tulisan novelis Ramlee Awang Murshid(RAM), yang memang popular dengan genre seram misteri. Jadi, dah baca sinopsis dia, terus aku sambar. Novel die sangat mencabar kekuatan minda, bagi aku banyak berfikir ala2 detektif remaja Kindaichi untuk selesaikan misteri dan aku suka. so, status buku ni  SUDAH HABIS BACA
--------------------------------------------------------------------------------------------
Novel ni lak memang aku tunggu sebab sambungan dari trilogi Negeri 5 Menara, yang aku dah tayangkan gak kat posting sebelum ni. Baru last week aku beli. Banyak-banyak novel, novel ni antara yang aku paling suka nak ikut. Hopefully, next year dia keluarkan buku yang ketiga derang buat majlis pelancaran and aku nak beli time2 tu jugak. Karya A. Fuadi dari tanah Seberang ni memang menyuntik elemen motivasi diri dari tagline man jadda wajada sampai lah yang terbaru ni man shabara zhafira. Pernah baca wawancara novelis ni cakap, dia ambik watak utama cerita ini dari pengalaman dia sendiri. Macam baca diari dia pulak. boleh cadangkan kat member ini dan dia, sebab mereka pun kaki novel jenis macam ni. status novel ni MASIH MEMBACA (separuh je lg.)
--------------------------------------------------------------------------------------------
 Novel ni lak, memang takde dalam rancangan nak beli, tapi dah terbeli gak. Al kisah nya, pergi Book Fair kat PWTC last April, saja2 nak tengok buku yang ada kat situ sbb tak pernah pergi sebelum ni. Tup tap, ada la majlis pelancaran novel ni. So, niat hati nak tengok rupa muka RAM novelis thriller novel feveret aku tadi, dah tercapai gak tp alih2, 5 meter jauh dr aku, booth jual novel ni jerit limted edition hard cover. Nak tak nak, aku sambar la satu. Berbaloi gak sbb 1st time dapat buku hardcover dan limited. Jadinya, status buku ni BELUM BACA. sbb tak tahu nk kumpul dulu buku sebelum ni, sbb dia bersambung dengan novel Cinta Sufi, Bagaikan Puteri, Hijab Sang Pencinta dan lain-lain. erm, mungkin habis baca buku Ranah 3 Warna ni kot.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Novel ni takda dalam koleksi aku, mungkin bakal beli. Saja nak kumpul kan. Tapi status SUDAH HABIS BACA lak. Well, aku pinjam je dari member aku sebab tertarik dengan tajuk dia dan ilustrasi kucing kat muka depan. Aku ingat cerita kucing luarbiasa ke apa, rupa2 nya heroin ni dikatakan mempunyai 9 nyawa dek dipercayai oleh ibu dia sejak heroin ni kecik lagi. RAM kali ni main-main dengan paranormal pulak. Cuba dia buat cerita binatang seram lak. hahah.

So, boleh aku rumuskan. aku lebih suka baca buku yang mencabar minda, thriller dan misteri, berbanding cerita cinta yang agak cliche jalan ceritanya(bukan dari koleksi aku ye). Dan aku boleh layan cerite cinta komedi yang santai bagi aku gelak sikit. Ni je la yang mampu aku ulaskan untuk kali ni. Next time, sambar lagi buku kat kedai.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails