Sunday, February 08, 2009

Passing Penumbra:Lunar Eclipse

Anda tidak ke mana2 malam esok? Pastikan anda mengikuti fenomena 'celestial' yang kedua akan berlaku either bermula pkl 9 or 10 dan berakhir dalam masa 5-6 jam. Gerhana bulan separa ini tidak dilitupi oleh bayang-bayang bumi 100% kerana melalui kawasan penumbra yang merupakan kawasan bayangan yg tidak gelap jitu(gelap kelabu). Jadi hasilnya akan dapat dilihat seperti dibawah.

Nampak perbezaan di antara sebelum dan semasa kejadian, di mana permukaan bulan telah dilindung oleh bayang bumi sewaktu berada di kawasan penumbra. Berbeza jika bulan melalui kawasan umbra, keaadaan bulan adalah seperti di bawah. Kawasan umbra atau bayang gelap jitu(gelap hitam) ini terhasil apabila 100% cahaya matahahari tidak sampai ke permukaan bulan.
Sepatutnya bulan ini telah dilindungi oleh bayang bumi sepenuhnya, tetapi bulan tersebut tetap kelihatan dengan warna perang tembaga. Ini disebabkan oleh cahaya2 yang dihasilkan oleh lampu2 atau mana2 sumber cahaya yang berada di bumi. Cahaya2 ini akan terpantul di permukaan bulan. Penerangan selanjutnya tentang umbra penumbra di dalam gambar di bawah.


Jadual perjalanan dan laluan bulan merentasi kawasan penumbra.

Wednesday, February 04, 2009

aku dan kamera

Dah 16 bulan berlalu, aku tak perkenalkan lagi kamera yang masih menemani aku sampai sekarang. Even takda nama lagi ibarat Zaraki Kenpachi tidak memberi nama kepada Zanpakuto nya, tapi kepuasan untuk bersama kamera ni masih tak terpadam. Prestasinya boleh dikatakan antara yang terbaik di dalam kelompok kamera point and shoot (PnS).

Mula2 dulu aku nak sangat2 ada kamera sbb keperluan untuk menyimpan kenangan bersama-sama famili dan rakan2. Rasa kekurangan gak sbb takde gambar yang ade diambik sendiri. Semua cilok je dari kawan2. Tapi start dari 2 tahun lepas, aku mcm terpersona tengok gambar2 dari satu thread fotografi dalam k5. Kat dalam tu ramai2 member share n show hasil2 gambar derang. Sangat cantik dan sharp. Dari situ, timbul la keinginan untuk belajar mengambil gambar dengan lebih proper.

Dengan meminjam kamera member2, aku apply setiap pembelajaran yang dah diajar oleh otai2 fotografer. Join outing bersama2 derang. Dari situ gak kenal ramai orang. Nasib jugak background photoshop(Ps) aku kuat, menjadikan satu bonus untuk aku gunakan dalam editing gambar. Secara tak langsung gak aku dah gunakan Ps yang sebelum ni untuk kerja buat design2 poster, diperlukan dalam mencantikkan lagi gambar.

Dan akhirnya time intern, aku dapat gak memiliki Panasonic Lumix FX10. Even time tu duit pun ciput and tu je yang termampu nak dapat. I mean dari segi prestasi dan bajet. Tetapi rancangan masa panjang aku pulak ingin memiliki dslr yang mempunyai teknologi yang lebih baik daripada kamera PnS. Lumrah manusia mahu inginkan kepuasan yang maksima, termasuk la jugak aku tapi, niat aku hanya untuk belajar dan ingin maju kehadapan serta menghasilkan gambar yang cantik.


Nikon D90 yang diidam-idamkan

Walau bagaimanapun prinsip 'it's not about the camera, it's all about the person behind', tak dapat aku nafikan sebab manusia ni hati lain2. Ada yang ingin punya kamera besar2 untuk bermegah2, untuk tarik perhatian. Ada juga yang mengikuti trend semasa. Dan ada juga yang malu dengan kekurangan sebab kamera kecik. Bagi aku terpulang dengan individu tersebut, sebab punya keinginan dan perasaan. Sebab untuk aku, ilmu yang kita belajar adalah lebih penting untuk diaplikasikan dan dikongsi bersama.

Apa-apa pun ditakdirkan aku dah ade D90 ni nanti (masih berharap ada D90x...lol), Lumix aku still berada disisi. Tak akan dijual or bagi kat adik or sape2. Masih jadi kepunyaan aku. Hehe.

Advantage Lumix Fx10
  • warna vivid yang sangat jitu
  • macro mode yang detail
  • ada burst mode
  • aplikasi white balance
  • gambar pun agak sharp
  • 3 jenis aspect ratio 4:3(biasa), 3:2, 16:9 (seakan-akan wide)
  • kepelbagaian scene mode
  • bole buat light trail (long exposure)

Disadvantage
  • penggunaan ISO yang menimbulkan noise(perkara biasa dalam kamera digital biasa)
  • penggunaan night mode atau low light yang tak menjanjikan kepuasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails