Bersama Tun Dr Siti Hasmah dan piala kemenangan
Penat ulang alik dari KL last week. satu gi MMU untuk Festival Tari Piala Tun Dr Siti Hasmah and gi Sunway atas jemputan dari komiti FESCO utk FESCO appreciation day. Thanx UPAG sbb ajak aku memandangkan last week mmg aku free daripada segala benda2 yang bz.
First time gak aku jejak kaki ke MMU ni. Takde event ni mmg kempunan la. lol. Event start malam tapi bergerak dr UTP pkl 8 pagi. so sampai kat sane around pkl 12 sumthin. Memandangkan aku bawak kamera 400D kepunyaan ja'a, makanya jd OP bidan terjun sbb igt pakai utk suka-suka je.
nak jugak camwhore tu, antara orang 'kuat' UPAG di MMU
Ada 5 buah universiti je yang join sbb minggu ni byk uni dah start final. Setiap peserta diberi masa 9 minit and kena present 3 jenis tarian utama Melayu iaitu Zapin, Inang and Joget. Tak banyak sangat aku nk cerite ttg mlm tu since aku byk konsentret amik gambar2 derang ni. Terus la aku bagi keputusan yg UPAG dapat 1st place n bawak trofi untuk Busana Terbaik dan Koreografi terbaik. Tahniah atas kejayaan korang. Bangga ngan junior2 dancer yg menambahkan lagi kredibiliti dance kat dalam UTP.
Smile...bam bam bam!
Yang kat Sunway Lagoon lak, aku gi hari ahad and bertolak dr UTP pagi. Aku tak terfikir untuk dijemput walaupun tau budak FESCO ada buat but thanx again kat Ella and En Ahmad. Lagipun aku tak pernah masuk lg kat situ. Mujur gak
Ee pun ada sekali walaupun layan kerenah aku yang agak 'kecut' nak main semua benda alah kat situ. Aku kurang gemar main benda yang suka nk kecutkan perut aku instead of keseronokan, tp benda free kena la main gak. Kalau tak mmg rugi la. Terpaksa la aku jerit jugak nak hilangkan rasa kecut kat perut.
Ada satu game kat wetpark tu paling seronok. Aku lupe nama menatang tu tp kite kena meniarap atas tikar and slide. Sampai 3 kali main dowh, since terbang macam superman. Yang lain ty aku pernah rasa kat Lost World of Tambun. Kat Dry Park lak, dua benda je aku tak men iaitu Pirate Ship dan Tomahawk. Serik dah main yang kat Genting, tp Pirate Ship sini lg extreme. Sampai terbalik and stay kat atas. Mahu aku termuntah dan pengsan kalau try. hahaha.
Ada gak try game rollercoaster, yang tu pun mcm celaka gak. Igt la tak extreme sgt, tapi sekali terkena kat part paling tinggi dan curam almost 90o tu, memang aku terus menyumpah. Same gak yg game Log(kayu balak) yang keluar dari mulut ular(ni kot nama dia Niagara Falls Flume Ride). Memang aku ngn Ee menjerit mcm nak rak. Lepas tu tergelak sebab malu sangat jerit kuat sangat. Tapi sedih gak since, aku ngn Ee je yg men. Terutama naik rakit berpelampung bulat(pun lupa nama menatang ni) yang patut duduk 5 orang, tp kiteorg berdua je yang ade. Ape lagi kiteorg buat la konon-konon meriah mcm 5 orang. hahaha.
aksi capuban oleh Ee di atas expansion bridge Sunway Lagoon
Lepas abis semua tu, gi salin baju sbb dah nk pkl 4 untuk kumpul balik. Lepas salin baju, aku ajak Ee gi buat photoshoot kat atas titi gantung. Memang tinggi gak. Tapi puas since bole tengok seluruh area Sunway Lagoon dr ariel view. Kiteorg mmg shooting sakan la. Dah kuar dari Sunway Lagoon, kiteorg gi Sunway Pyramid lak untuk makan kat Chicken Hartz. Makan pun free gak since all sponsor from FESCO. huhu. Sambil2 tu ada majlis penghargaan untuk komiti-komiti FESCO dan cabutan bertuah. Lepas abis kenyang gi jalan-jalan sekejap dalam mall sebelum pulang. Pukul 8 sumthin terus balik ke UTP.
So, seperti biasa, post ni pun ada koleksi gambar kat wordpress aku. Jenguk-jenguk la
di sini ye
See u in the next post. Chiao~