Monday, November 30, 2009

Aku dan Cuti Sekolah

Sejak aku grad ni, aku post sebulan seketul je. Gile liat nak updet. Itu maybe kata-kata member yang selalu jenguk kat sini. Mintak maaf banyak-banyak dipinta kepada semua. Blog korang pun aku jarang nak jenguk, ini kan nak post berjela-jela. Hehe. Sabar je la ye. Aku ni nak updet sepanjang masa, mmg kena ada koneksi internet(ok, sekarang aku dah mampu nak dpt satu) n pc(terpaksa guna yang skrg dgn skrin yang merah, sementara lappy baru ni nak dtg). Lagi best, skrg ni aku tengah bercuti. Free sebulan. Mmg banyak giler nak cerita dlm one go ni nnt. So, doa2kan lepas ni aku rajin nak post ye.

Bercerita tentang cuti, or term lebih sesuai utk penghujung bulan November..cuti sekolah(sbb yang cuti lebih2 ni budak sekolah je n cikgu2 pun boleh masuk.) Owh, UTP pun cuti akhir bulan ni. Asal cuti je, penuh la segala transport yang ada di Malaysia sbb semua berpusu2 nak balik rumah n kampung halaman. Bagi yang ada keluarga tu n plan nak melancong or berkelah, pusat2 peranginan, hotel2 atau homestay mmg dah fully booked. Bagi yang ada duit lebih skit, siap nak gi jalan-jalan di oversea. Tu lah lumrah dan fenomena yang berlaku time2 mcm ni.

Cuti aku lak buat apa? Hurm, aku nye takde yang spesel sgt pun. Takde nak gi melancong n duduk hotel. Mmg takde bajet nak gi. So, benda wajib aku buat time cuti, menziarahi kampung nenek. Ni selalu kalau time cuti sekolah dulu2, balik ngn adik beradik, jumpa saudara mara. Sekarang ni jarang jugak gi ke kampung dengan derang. Dulu ada sekali cuti sekolah gabung ngn cuti hari raya. Bertambah-tambah seronok la. Bertembung lak ngn musim buah. Memang happening giler. X seronok, bukan kampung la namanya.
kat kawasan sungai, view dari titi(nampak x abang tu tgh mendayung)

kat kawasan daratan, penuh ngn padi

Ni lah part paling best n spesel. Kampung aku ni dibina atas sungai air tawar, so perhubungan dia menggunakan titi semata-mata. Kalau naik moto or berlari2 tu, dr jauh dah bunyi papan bergoyang. Tak runtuh pun sbb mmg binaan dia dah kukuh untuk menampung semua benda ni. Nak lagi best, bawak pendayung, naik sampan. Gi la mana-mana korang nak, asalkan jgn sesat. Rasa mcm kat venice(tak pernah la aku jejak ke venice, tp method of transportation tu hampir sama). Nak lagi seronok, tunggu musim tengkujuh. Tengah air naik tinggi, mmg akan guna sampan. Aliran air tak deras sangat la rasa nya.
teruja tak nak nek sampan ni?

So, ni la aktiviti yang aku selalu buat time cuti akhir tahun. Owh lupa lak nak bgtau, kampung aku ni terletak di kampung Tian, Matu(sile googlemap ye kalau nak tau kat ner). So, sape2 yang nak singgah bercuti kat sini, aku boleh je bawak time cuti2 mcm akhir tahun cenggini. (masa yang aku betul2 free) Nak bagi korang tengok masyarakat Melanau dan budaya nya yang ada di sini Nak tengok pemprosesan sagu secara live pun boleh. FOC. Aku terima korang dengan tangan terbuka.
bekas tempat pengeringan sagu

..till my next post.

2 comments:

k e r e p e k t e m p e said...

slalu tunggu gambar2 trbaru dr mekot kt blog ni...
mcm seronok kg ko..insyaallah kalau ada rezeki nak dtg..yeah

- k.arifin - said...

owh, insya allah. kalau dah ade lappy baru ni nnt, ade la buat kompilasi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails