Thursday, December 15, 2011

Rule no. 13: Dulu dan Sekarang

cuba teka apa persamaan dan perbezaan gambar kedua-dua kat bawah ni? tapi takde hadiah la kalau teka betul.  hahah.

yang sebelah kiri tahun 2008 dan sebelahnya pulak 3 tahun kemudian. oh no, kena kempis balik pipi tu. hahah.

Well, zaman aku belajar dulu mmg zaman keding. tp tak la sampai rupa mcm tulang bergerak tp dalam kategori skinny jugak la. makan nak kena pilih betul2 sbb tak nak bayar lebih. cukup utk kenyang dan tambah tenaga je. boleh dikatakan awal aku masuk di UTP dulu berat under 50kg. tp sampai 3rd year berat dah naik. tak tau sbb apa, maybe makan sosej banyak sgt kot kat v3 sbb sedap sgt and murah pulak tu. 

So, maintain la berat sampai 55kg jugak until aku start training di kl. Perghh, boleh kata kais pagi makan pagi kais petang makan petang beb. Berat turun balik. betul2 takat 50++. Nak jimat kaw2 punya pasal. berterusan mcm ni sampai aku final year sbb elaun dah kena cut, PAMA la jawabnye.(jangan tanya kenapa ye). 

Memang azam aku bila dah grad, duduk rumah, makanan mmg jd rakan karib aku. hahah. tp mula-mula tu naik slow gak sbb gi kerja part time duduk kuarters ngn adik, masak pun ala kadar je. Dah abis kontrak part time, duduk kat rumah sampai berbulan-bulan gak pun masih naik slow.

Aha, yg sbb naik mendadak sgt lepas tu bila aku dapat tawaran KPLI. dapat la kat sg petani. mmg syurga makanan. Dapat osmet badan sihat-sihat belaka, so mcm dlm fizik kata berkadar terus, aku pun terkena tempias jugak. tu la nampak gambar sebelah kiri jd mcm tu. haih.

Apa-apa pun rezeki tu Allah yang beri. Jangan sia-siakan apa jua rezeki yang diberi kerana suatu masa nanti kita tidak tahu yang Allah boleh menarik balik rezeki yang diberi olehNya. Bersyukurlah dengan apa yang telah diberi dan gunakan dengan sebaik-baiknya.

p/s terima kasih kepada rakan-rakan sekalian kerana sudi berkongsi rezeki dengan aku selama ni.

Tuesday, December 13, 2011

Rule no. 12: Olah Segar Kembali

setelah sekian lama aku tak jenguk wordpress aku ni The Pieces, akhirnya aku tukar balik tempate supaya nampak lagi segar dan menarik. seperti biasa aku akan import template dan olah ikut citarasa sendiri. dan ini hasilnya. tukar background ngn header je la yang mampu.

Saturday, November 26, 2011

Sunday, October 30, 2011

Rule no. 10: Rezekiku Di Mana-mana

Tanggal 20hb yg lepas, aku membuat panggilan ke JPN Sarawak selepas mendapat berita posting di negeri sendiri. Alhamdulillah, akhirnya posting jugak setelah 4 bulan tak buat apa2. Dapat di SK Kapit. Terus keesokan harinya melapor diri ke PPD Kapit. Inilah dinamakan rezeki dan bermulalah pengalaman mengajar di sini. 
Dengan pengalaman pertama menjejak ke daerah ini. Satu ungkapan yang terpacul di mulut. Cantik! Pemandangan berbukit bukau yang serba kehijauan. Tambahan di kiri kanan penuh dengan padi huma. Sangat bersyukur ditugaskan di bahagian Hulu Rejang. Harapanku agar hati ini dipenuhi kecekalan dan semangat yang tidak akan pernah luntur. Doakan perjalanan hidupku di sini.

Friday, September 09, 2011

Rule no. 9: Kad Raya

Kad raya adalah satu benda wajib setiap kali syawal menjelma. Dari zaman berutusan guna pos, pakai emel dan sampai skrg org siap tag kat facebook je. Aku pun tak terkecuali daripada merasa detik2 itu. Mendapat kad raya dari sahabat handai adalah sesuatu yang paling bermakna ketika raya. Siap macam2 bahasa dan ungkapan yang diberi. Berbanding akhir-akhir ini, budaya itu seolah-olah luput dek kepantasan zaman IT yang hanya memerlukan hujung jari sahaja.

Baiklah. Kalau dulu aku rajin buat kad pakai manila kad masa sekolah rendah dulu, tapi sekarang pakai perisian dalam PC je. Kalau bab2 macam ni mmg tak menang tangan la. Setiap tahun, ada je idea gempak nak buat kad tu lebih menarik dan lain dari org lain punya kad. Memandangkan ada yang siap proses dari internet kan, so ada la yg sepesyen je kan.

Aku mula rajin nak pikir buat sendiri ni start tahun 2007, walau bagaimanapun tahun tu tak sempat nak buat. Jadi, projek dibawa ke tahun hadapan. 2008 pun sama tak dapat nak buat, mmg terbengkalai sampai 2 tahun lak tu. Tahun 2009, baru dapat realisasikan impian(ceh!). Beginilah rupanya, time gila2 main texture kertas terbakar. mmg cun abis lah.
Kad Raya 2009
Begitulah juga untuk tahun seterusnya. Idea datang bila ambik gambar awan dari dalam flight. Jadi, dapatlah tema balik kampung, memandangkan masa tu sambung belajar balik(ambik KPLI) kat semenanjung, kad raya pun guna la pemandangan dari tingkap flight. Siap tambah font dan kapsyen bersinar di balik awan.

Kad Raya 2010
Dan, kat bawah ni adalah yang paling latest, tahun ni punya raya. Idea ni dapat dari teknik bokeh guna template buatan sendiri. Jadi, cuba try pakai corak ketupat, pelita dan anak bulan, mmg menjadi jugak. Kira tahun ni nyer design paling simple la
Kad Raya 2011

Ape pulak design untuk raya tahun depan? Kita tunggu je ye. Walaubagaimana pun, teringin jugak nak hidupkan balik budaya memberi kad raya sebabnya, lain kad, lain ucapan nya. Insya allah tahun depan, buat jugak design kad, dan hantar jugak kad raya(hardcopy nye) kat member2.

Wednesday, August 24, 2011

Rule no. 8: Sungkei mok makan apa?

uih, dah mok hujong bulan ramadhan kita tok eh, x lamak gik raya. berdentum2 bunyi bedil ngn mercun, x juak ku mendoakan kesejahteraan. tanggong sendirik ok. Kak ya, ada dak ya ngecat rumah ngn kaler baru. ada juak nukar ngan sofa baru, langsir baru, nang semua baru la. dah gomen merik bonus ya lah gunanya. hahah. Mun ktkorg kerja gomen nak tek. Alu bunyi kedak Kak Lehot dah ku dalam blog tok. Ko tek kacak??

Aok eh, x pernah2 aku makei bahasa sarawak ctok, mun ada yang faham ya bagus la. mun x paham, sila jak shout di box tepi tuk eh. ada la aku translet kelak. Apa yang aku mok cerita ctok adalah tentang juadah2 yang ada n nang spesel di tempat aku di sarawak am nya dan sarikei khususnya. bermacam2 juak lah makanan yang dijual di bazar ramadhan ctok. antaranya adalah:

Bubur Pedas
kenak nya ditunggah bubur pedas? kita tok nang dah disua ngn pelbagai jenis bubur mcm dak bubur kacang, bubur jagung, bubur nasik dan pemes di semenanjung nun time puasa ya bubur lambuk. Ctok ku encerita, bubur pedas ya sbb nya dah ditambah ngn bumbu yang boleh dikatakan pedas sbb byk rempah ratus dalam nya. Nangga gambar debah tok mun mok nangga rupa bumbu nya.
tok la bumbunya mun mok tauk

Mesti ktkorg ingat mcm bubur nasik nak, salah sama sekali. Dalam bubur pedas tuk ada banyak sayur, selalunya dak sayur kacang panjang, sayur cekur manis. jagung, keret(carrot), kulat, dan ada juak org ngkah midin. Tambah gik ngn cebisan2 ayam, tauhu kerin, udang, udang lunjur dan sebagainya ikut citarasa ktkorg. Yang penting bumbunya mesti ada. Terliur jak ku nangga gambar debah ya, eh lupak aku. ada juak aku makan masa sungkey ptg tek.
nang berapi2 jak

Ikan Terubok
Setiap kali bulan Ramadhan, nang x sah x da ikan tok di bazar. berpuluh2 gerai jual, pilih jak ktkorg ney ktkorg maok. Ada yang maok yang masih, ada yang mok dibakar cicah2 ngn dak sos ikan+limau+cili. Ada juak org pais telur nya, nang nyaman sekali. Mun mok yang fresh and lokal mpun, Sarawak is the best. Tapi ya lah nak, ikan tuk nang rare juak sbb kinek permintaan ikan tuk melampau2 tinggi sampei ikan di sungei pun tinggal sedikit. Ada juak baca artikel madah, ada duak jenis ikan terubok tok, sigek di sungei, sigek gik di laut. dan yang paling nyaman adalah yg sungei mpun sbb lagik berlemak.
tuk la telurnya, pais ya molah sedap

ikan terubok tunok @ bakar

Sayur Midin
Nak tok ada jual di pasar minggu biasa kita nanggar nak, tp time bazaar ada juak yang jual lauk. Midin tok sepupu sepapat ngn dak sayur paku pakis tapi nya tok nyaman gik. Ada dah disebut aku atas tek, di ngkah dalam bubur pedas. Mok jadikan nya midin goreng belacan pun boleh. Masak lemak midin jak ku belum encerik. Ada ndak kah? Mun dolok2 rajin carik kulat2 di kebun, ada la dimasak ngn midin. Rasa nyaman nya, x dapat mok dikata.
sayur midin fresh dari pasar minggu

x ktkorg mok encerik?

Umei
Ikan mentah cdak madah, hei hei. ikan ya dah dicampur dengan aek limo dak ilang hanyir ikan ya oi. tambah gik ngn dak cili merah dgn bawang merah. Iboh mok gelik makan umei tok. Tapi ada juak yang gantikan dengan udang dan obor-obor. Yang penting nya masih makei bahan2 yang mentah dan x perlu digoreng makei minyak. Healthy apa makan umei. Rahsia aku awet mudak tok ko. X percayak, try la.
dah x rupa mentah dah ya bah, umei ikan pirang
Air Buang Panas
Asal bulan puasa jak nang melobo-lobo orang jual. Nang juak kita seharian dahaga, tambah2 gik panas di siang hari nak. Aek tok la sesuai mun ktkorang mok rasa cool jak. mun encerik nak, kdak rasa aek teh bunga tapi nak tok ada mcm2 gik ditambah dalamnya. rupa kedak lai chee kang pun ada. tapi nya x ada ngkah laici lah. x jumpa ku gambar aek tok dalam internet. kelak la aku ambik sendirik pakei ktkorg nangga rasa. hahah.


Ada banyak lagik dak lain tapi ya paling obvious time bukak puasa di ctok. Atas meja nang wajib ada salah satu hidangan tok.

Sunday, July 24, 2011

Rule no. 7: Pesta!

Habis dah Pesta Nenas yang berlangsung selama 5 hari dari hari Rabu lepas. Macam2 gak ada kat tapak pesta cuma tak dapat nak pergi setiap hari disebabkan oleh ketiadaan tentatif yang jelas, so aku assume mlm kemuncak mesti ada segala pertandingan akhir dan wajib ada bermukun. Harap2 untuk tahun depan buat yang lagi baik. Aku suka kalau ada pesta2 ni (tak semeriah jom heboh yang ada artis bagai) but still masih merapatkan hubungan sesama komuniti di dalam daerah itu sendiri.

Bercerita mengenai pesta-pesta ni, kat Sarawak ada banyak pesta yang sering diadakan sekali setiap tahun mengikut tempat masing-masing. Tak termasuk Pesta Hari Gawai yang memang disambut oleh masyarakat Sarawak, pesta-pesta yang lain ada keunikkan nya tersendiri. Antara yang selalu didengar adalah, Pesta Benak, Pesta Kaul, dan Pesta Nenas(sori kalau ada yang lain, ni je yang aku boleh recall dan selalu dengar.)
Keunikkan yang dimaksudkan adalah dari nama pesta tersebut kita dah boleh agak. Seperti Pesta Benak yang berlangsung di Sri Aman diambil sempena populariti benak(tidal bore) yang hanya berlaku di sesetengah tempat di dunia dan di Malaysia hanya terdapat di Sri Aman, Manakala, Pesta Kaul disambut oleh masyarakat Melanau yang masih menganuti animisme dan bertapak di Mukah sekali setiap tahun. Di sini terdapat pelbagai keindahan budaya Melanau disajikan untuk tatapan umum baik dari segi makanan, permainan dan juga alatan tradisi. Tidak pernah berkesempatan lagi untuk mengunjungi kedua-dua pesta ini. Sedih je.

Terlupa pulak dengan Pesta Nenas yang diadakan ditempat aku sendiri iaitu Sarikei. Pesta ini diadakan sempena keistimewaan yang terdapat di sini iaitu nenas madu. Memang tanaman ini adalah yang paling popular jika ingin berkunjung di Sarikei. Jadi setiap tahun akan ada keramaian yang berlangsung di sini. Memang penuh la dengan gerai-gerai makanan dan bundle. Ada jugak pameran dari jabatan-jabatan kerajaan dan bermacam-macam lagi.

Penat berjalan-jalan walaupun tak kesampaian nak masuk apa-apa acara. Tak apa, next year ada rezeki boleh join. Apa-apa pun jumpa lagi next year. 

Sunday, June 19, 2011

Rule no. 6: Sudah habis atau belum?

Jari-jari dah gatal membelek, mata laju je meluncur setiap patah perkataan. Jom layan kolesi terbaru di rak buku aku.

Aku tau die dah nak keluar filem, so cepat-cepat aku try carik jugak novel ni. Walaupun tak setebal novel yg aku baca sblm ni, tp lawak-lawak die memang sengal mcm baca majalah Ujang Apo mahupun Shin Chan. Dah tengok gak trailer filem ni, memang ada mcm dalam jalan cerita die gak. so, aku tepek gak trailer cerita nya kat bawah ni. status novel ni SUDAH HABIS BACA.


--------------------------------------------------------------------------------------------
 Sebelum ni aku pernah tayang muka depan novel Aku Bukan Malaikat, so yang ni pun penulis yang sama. Cuma genre yang digunakan adalah cinta komedi jugak seperti novel yg aku cerita sebelum ni. Tahu info novel ni keluar pun dari FB penulis dia hasrudi.hirdy , terus la aku carik la dekat kedai buku berdekatan, tu pun tunggu sebulan lebih baru keluar dari tarikh official die. -_-". Tebal gak buku ni dalam 700++ muka surat. so, statusnya SUDAH HABIS BACA. 
--------------------------------------------------------------------------------------------

Yang ni lak, aku beli lepas aku baca novel 9 Nyawa dan dicadangkan oleh member aku untuk baca hasil tulisan novelis Ramlee Awang Murshid(RAM), yang memang popular dengan genre seram misteri. Jadi, dah baca sinopsis dia, terus aku sambar. Novel die sangat mencabar kekuatan minda, bagi aku banyak berfikir ala2 detektif remaja Kindaichi untuk selesaikan misteri dan aku suka. so, status buku ni  SUDAH HABIS BACA
--------------------------------------------------------------------------------------------
Novel ni lak memang aku tunggu sebab sambungan dari trilogi Negeri 5 Menara, yang aku dah tayangkan gak kat posting sebelum ni. Baru last week aku beli. Banyak-banyak novel, novel ni antara yang aku paling suka nak ikut. Hopefully, next year dia keluarkan buku yang ketiga derang buat majlis pelancaran and aku nak beli time2 tu jugak. Karya A. Fuadi dari tanah Seberang ni memang menyuntik elemen motivasi diri dari tagline man jadda wajada sampai lah yang terbaru ni man shabara zhafira. Pernah baca wawancara novelis ni cakap, dia ambik watak utama cerita ini dari pengalaman dia sendiri. Macam baca diari dia pulak. boleh cadangkan kat member ini dan dia, sebab mereka pun kaki novel jenis macam ni. status novel ni MASIH MEMBACA (separuh je lg.)
--------------------------------------------------------------------------------------------
 Novel ni lak, memang takde dalam rancangan nak beli, tapi dah terbeli gak. Al kisah nya, pergi Book Fair kat PWTC last April, saja2 nak tengok buku yang ada kat situ sbb tak pernah pergi sebelum ni. Tup tap, ada la majlis pelancaran novel ni. So, niat hati nak tengok rupa muka RAM novelis thriller novel feveret aku tadi, dah tercapai gak tp alih2, 5 meter jauh dr aku, booth jual novel ni jerit limted edition hard cover. Nak tak nak, aku sambar la satu. Berbaloi gak sbb 1st time dapat buku hardcover dan limited. Jadinya, status buku ni BELUM BACA. sbb tak tahu nk kumpul dulu buku sebelum ni, sbb dia bersambung dengan novel Cinta Sufi, Bagaikan Puteri, Hijab Sang Pencinta dan lain-lain. erm, mungkin habis baca buku Ranah 3 Warna ni kot.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Novel ni takda dalam koleksi aku, mungkin bakal beli. Saja nak kumpul kan. Tapi status SUDAH HABIS BACA lak. Well, aku pinjam je dari member aku sebab tertarik dengan tajuk dia dan ilustrasi kucing kat muka depan. Aku ingat cerita kucing luarbiasa ke apa, rupa2 nya heroin ni dikatakan mempunyai 9 nyawa dek dipercayai oleh ibu dia sejak heroin ni kecik lagi. RAM kali ni main-main dengan paranormal pulak. Cuba dia buat cerita binatang seram lak. hahah.

So, boleh aku rumuskan. aku lebih suka baca buku yang mencabar minda, thriller dan misteri, berbanding cerita cinta yang agak cliche jalan ceritanya(bukan dari koleksi aku ye). Dan aku boleh layan cerite cinta komedi yang santai bagi aku gelak sikit. Ni je la yang mampu aku ulaskan untuk kali ni. Next time, sambar lagi buku kat kedai.

Wednesday, May 18, 2011

Rule no. 5: Biarku menjadi lilin

Pepatah pernah berkata, guru ibarat lilin, yang membakar memberi cahaya. Ya, bukan lampu kalimantang, bukan lampu spotlight tp lilin yg menjadi tumpuan. Lilin hanya biasa tapi hanya guna badannya sendiri sebagai tenaga untuk menyalakan cahaya berbanding lampu elektrik biasa yg bergantung hanya pada on n off litar sahaja. Walaupun resmi lilin yang semakin memendek membakar diri tapi itu adalah semangat dan takdir yang telah ditulis untuknya tanpa rasa terpaksa dan susah. Inilah pengorbanan sebatang lilin bg menerangi ruang kegelapan. Selamat Hari Guru.





Biar Ku Menjadi Lilin 
by Pelangi

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri

Saturday, April 30, 2011

Rule no. 4: Bila April

Dah nak abis bulan 4. Sebut je bulan April, sepanjang hidup ni adalah bulan yang paling sibuk. Masa belajar dulu memang banyak sangat masuk segala benda. Dengan tarian, gamelan, teater, nasyid, test, projek, event...semua pack dalam bulan ni. Tak menang tangan dibuatnya.

Cuma tahun ni tak sesibuk dulu. Bulan ni kemuncaknya masa abis praktikum tempoh hari. Sibuk nak perabis apa yang perlu disiapkan terutama portfolio, jumpa orang ini orang itu, siapkan projek kat sekolah. Akhirnya abis jugak praktikum. Lepas tu abis, masuk maktab sibuk untuk persediaan exam plus terlibat jugak dengan majlis konvokesyen kat maktab. Memang bulan April tak pernah sunyi.
posing sebelum abis, nanti tak sempat lak

posing ngn budak2 kelas

hadiah pun nak berposing. the present from my students.

Tuesday, March 29, 2011

Rule no. 3: Rindu sama kamu nanti

Ada hampir dua minggu lagi nak abis praktikum kat sini. Begitu banyak benda aku belajar, aku sumbangkan, aku kongsi dengan ahli keluarga SK Merbau Pulas. Tak sia-sia pihak maktab hantar jauh2, ke ruang kampung. Feel like home kataku.

Monday, February 28, 2011

Rule no. 2: Pejam Celik

Dah nak masuk bulan 3 dah? Cepat giler masa berlalu. Praktikum pun lagi baki 5 minggu. Memang macam aku cakap awal tahun hari tu sebelum balik untuk start kuliah baru this sem, semua tu pejam celik je. So, sepanjang beberapa situasi memejam dan mencelik tu, tersangat la banyak benda yang aku dah buat untuk awal tahun ni. satu pencapaian yang baik dan ada kalanya macam tak sempat je nak buat satu demi satu. Sebab cepat sangat berlaku. Walhal, ada seketika tu rasa macam sehari bagai setahun. 
Pejam-pejam pun, nak updet blog ni macam pejam untuk sebulan dan celik sebulan kemudian. hahah. Banyak sangat benda yang dibuat, busy memanjang so mmg tak terupdet jugak la. Actually dah banyak idea nak taruk dalam blog macam ulasan untuk buku yang aku baca sebelum ni. just perlukan masa untuk men'celik' kan website blog ni kena dengan timing yang betul-betul umph. Well, tu je kot rasanya. updet 4 the sake of ada untuk setiap bulan. lol.
See in the next 'celik' lepas dari 'pejam' yang lama.

Thursday, January 27, 2011

Rule no. 1: Dua Tujuh...I Wish

agak lambat jugak kalau nk wish happy new year. malas nk post tambah ngn dah sibuk ngn kerja yang bertambah sekarang. takpe, new year bukan cerita yang nak diceritakan sekarang. yes, hari ni aku dah masuk umur 27. bertambah lagi umur aku. jadi, hari ini adalah hari jadi ke-27. Thanx to mak ayah kerana telah berusaha membesarkan aku selama ini. untuk keluarga tersayang, love to all of u. then to my friends, terima kasih atas kepercayaan dan keakraban antara kita.
so, 27, I wish....erm, banyak sangat nak wish. nnt la aku updet balik. hahahah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails