Sunday, July 24, 2011

Rule no. 7: Pesta!

Habis dah Pesta Nenas yang berlangsung selama 5 hari dari hari Rabu lepas. Macam2 gak ada kat tapak pesta cuma tak dapat nak pergi setiap hari disebabkan oleh ketiadaan tentatif yang jelas, so aku assume mlm kemuncak mesti ada segala pertandingan akhir dan wajib ada bermukun. Harap2 untuk tahun depan buat yang lagi baik. Aku suka kalau ada pesta2 ni (tak semeriah jom heboh yang ada artis bagai) but still masih merapatkan hubungan sesama komuniti di dalam daerah itu sendiri.

Bercerita mengenai pesta-pesta ni, kat Sarawak ada banyak pesta yang sering diadakan sekali setiap tahun mengikut tempat masing-masing. Tak termasuk Pesta Hari Gawai yang memang disambut oleh masyarakat Sarawak, pesta-pesta yang lain ada keunikkan nya tersendiri. Antara yang selalu didengar adalah, Pesta Benak, Pesta Kaul, dan Pesta Nenas(sori kalau ada yang lain, ni je yang aku boleh recall dan selalu dengar.)
Keunikkan yang dimaksudkan adalah dari nama pesta tersebut kita dah boleh agak. Seperti Pesta Benak yang berlangsung di Sri Aman diambil sempena populariti benak(tidal bore) yang hanya berlaku di sesetengah tempat di dunia dan di Malaysia hanya terdapat di Sri Aman, Manakala, Pesta Kaul disambut oleh masyarakat Melanau yang masih menganuti animisme dan bertapak di Mukah sekali setiap tahun. Di sini terdapat pelbagai keindahan budaya Melanau disajikan untuk tatapan umum baik dari segi makanan, permainan dan juga alatan tradisi. Tidak pernah berkesempatan lagi untuk mengunjungi kedua-dua pesta ini. Sedih je.

Terlupa pulak dengan Pesta Nenas yang diadakan ditempat aku sendiri iaitu Sarikei. Pesta ini diadakan sempena keistimewaan yang terdapat di sini iaitu nenas madu. Memang tanaman ini adalah yang paling popular jika ingin berkunjung di Sarikei. Jadi setiap tahun akan ada keramaian yang berlangsung di sini. Memang penuh la dengan gerai-gerai makanan dan bundle. Ada jugak pameran dari jabatan-jabatan kerajaan dan bermacam-macam lagi.

Penat berjalan-jalan walaupun tak kesampaian nak masuk apa-apa acara. Tak apa, next year ada rezeki boleh join. Apa-apa pun jumpa lagi next year. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails