Thursday, November 23, 2006

Exam Week: Paper II

Post ke 2 sempena minggu exam. Baru td abis satu lagi paper SNB 3023 Human Resources Management, bertempat di Main Hall(tempat sejuk ni lg) 9 pagi - 12 tgh hari. Baru rasa lega sikit sebab 2 paper minggu ni agak berat bagi aku. sebab dua2 kena byk membaca, tambah2 lagi aku yg jenis tak suke membaca notes, tp kena paksa gak.Kalu tak baca nnt, alih2 aku antar booklet kosong.

Pagi ni aku bangun agak awal, kire2 pukul 6.15 pagi. Tapi dalam pukul 6 tu aku dah sedar, tapi memandangkan aku ni tak puas nak tidur, aku tunggu gak jam berbunyi. Sian kat derang, penat2 tunggu kita nak bangun ngn kerja derang. Lepas bangun, aku pi tandas, amik wuduk , n solat. Lepas tu baru aku bukak balik notes2 yg perlu aku baca. Ada 1 chap aku lupe nak print, so aku salin balik dr PC yg tak tutup lagi dari smlm. Mujur time tu mata aku dah segar, tak nak tido balik. Abis salin notes, aku pi mandi. Aku gerak dengan Ee daripada bilik pukul 8.15 mcm tu. Jalan kaki je ke sana.

Paper ari ni bole dikatakan senang gak, walaupun aku ade terlupe skit ngn term2 nye. Seperti biasa, apa2 soklan yg memberi pendapat tu aku bantai n merapu je lebih2. Satu lagi kalau paper yg kena tulis2 ni yang paling aku tak suke, paper aku tak pernah bersih daripada pembetulan. Aku jarang gune liquid paper sebab leceh, so baik aku garis je ape2 jawapan yang tak betul. Tapi aku ni tak pernah nak garis elok2, ada pembaris tak nak pakai. Kan dah buruk rupa booklet tu, isk isk isk. Sian kat penyemak paper tu nanti, mintak maaf banyak2 la ye.

Dengan berakhir nye paper tadi, so ade 4 hari lagi utk aku bersedia 4 the next paper. Ee and the gang dah unofficially grad tadi, sebab tu la paper last derang. Hurm, dah takde ape2 lagi nak diceritekan n aku tutup di sini. Tunggu untuk next post 4 next paper.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails