Wednesday, December 30, 2009

Aku dan The Goodbye 2009



At last, kita dah nak sampai ke hujung tahun 2009. tup tap tup tap, eosk lusa kita dah dalam tahun yang berbeza, kalendar yang berlainan dan buku dairi yang baru. Dua sifar satu sifar la, dua puluh sepuluh la two thousand ten la, ape2 lagi. Yang penting tahun 2009 kita dah harungi dengan baik. Memang tak sedar dah setahun berlalu. Umur dah meningkat setahun, tanggungjawab dah bertambah dan ilmu pengetahuan serta pengalaman pun dah ter'update'.

Nak refer balik apa yang dah berlaku sepanjang tahun 2009. Tersangat banyak, pahit manis, suka duka yang dilalui. Tahun ni la aku boleh simpulkan sebagai tahun penuh dengan EMOSI. Segala-galanya tersangat jelas dalam otak ni. dan tahun ni jugak adalah tahun perubahan transisi. Ada yang rasa nak dikongsi dan ada benda yang milik peribadi sahaja sahaja

Dah rujuk balik azam yang dah aku buat awal tahun ni tadi, nampaknya hampir 100% tercapai. Aku paste balik list2
Misi untuk tahun ini, mudah-mudahan diizinkan oleh Nya
  • first of all, aku nak abiskan sessi pembelajaran di UTP dengan tenang(Insya Allah this Jun). Moga apa2 ilmu yang dibelajar di sini walau keputusan ujian yang tak memberansangkan, tak kan ku sia2 kan. Tambahan, ilmu yang dibelajar tak akan abis untuk bidang akademik sahaja, malah penting untuk pelengkapkan diri bagi menghadapi hari muka.
  • yang ni aku nak sangat2, harap dapat mengakhiri zaman single(bukan kawin, x sedia n xde calon lg). kalau ade rezeki dan jodoh.
  • nak dapat kerja(permanent or part time) and tak sabar nak sumbang sedikit hasil titik peluh kat orang tua dan adik beradik.
  • merancang untuk bergiat aktif dalam bidang fotografi dan design. migth be start a small business within saudara-mara dulu.
  • reunion dan gath dengan rakan2 zaman bangku sekolah.
  • nak come back masuk dlm Tronoh Theatre Shop, untuk menyumbang sumthin sblm abis blaja di utp.
  • nak tambah lagi ramai rakan-rakan.
ni adalah some sort of my plan and wish utk 2009 ni. Semoga Allah permudahkan perjalananku dalam tahun ini.

And the :resultnya
1. Alhamdulillah, akhirnya grad n convo tahun ni. yeay, aku mampu habiskan study aku kat UTP walaupun banyak rintangan dan dugaan(paham2 je la ye). At least habis and dapat scroll, tu dah cukup. walaupun dah abis, segala ilmu yang aku pelajari tu, aku takmo lupa. Civil Engineering banyak mengajar tentang kehidupan.
2. Hehe, biar lah rahsia.
3. Yup, dah bekerja tapi part time/kontrak sebagai guru sandaran tak terlatih. Ambik kerja ni sebagai pengalaman dealing ngn orang sekeliling.
4. Belum serius lagi tp byk dah ilmu2 yang aku serap dr member2 photog especially #kakiphoto. Thanx guys.
5. Buat pun small size je, tu pun time raya. At least la kan. Harap2 next time boleh jumpa ramai member lagi. Rindu sangat2 ngn derang.
6. Hurm, yang ni tak banyak yang aku sumbangkan. Sori ye adik2. TQA, maybe. Ada tu aku ingat nk tukar logo tp tak berjaya gak. Hehe. Kan aku dah sumpah 7 keturunan logo ni tak akan bertukar2. kah kah kah. Alal, dapat tukar la tu nnt, perhap.
7. Memang dah makin bertambah rakan-rakan. tempat kerja la mostly and FB sekali.

Alhamdulillah, semuanya hampir selesai. Ku tutup buku 2009 dengan hemat. Ku semat erat dalam lipatan ingatan. Rentetan peristiwa menjadi ajaran. Lebaran 2010, bersedianya tinta. Pinta dimurahkan rezeki olehNya. Yang punya segala kuasa di alam semesta. Selamat tinggal...

....till the new chapter.

Thursday, December 17, 2009

Aku dan Poco-poco

ayuh, mari kita berdansa bersama.

ori version


remix version


I want to make this move as my routine every morning after jogging.

p/s aku baru tau poco-poco tu maksudnya chubby.

Monday, November 30, 2009

Aku dan Cuti Sekolah

Sejak aku grad ni, aku post sebulan seketul je. Gile liat nak updet. Itu maybe kata-kata member yang selalu jenguk kat sini. Mintak maaf banyak-banyak dipinta kepada semua. Blog korang pun aku jarang nak jenguk, ini kan nak post berjela-jela. Hehe. Sabar je la ye. Aku ni nak updet sepanjang masa, mmg kena ada koneksi internet(ok, sekarang aku dah mampu nak dpt satu) n pc(terpaksa guna yang skrg dgn skrin yang merah, sementara lappy baru ni nak dtg). Lagi best, skrg ni aku tengah bercuti. Free sebulan. Mmg banyak giler nak cerita dlm one go ni nnt. So, doa2kan lepas ni aku rajin nak post ye.

Bercerita tentang cuti, or term lebih sesuai utk penghujung bulan November..cuti sekolah(sbb yang cuti lebih2 ni budak sekolah je n cikgu2 pun boleh masuk.) Owh, UTP pun cuti akhir bulan ni. Asal cuti je, penuh la segala transport yang ada di Malaysia sbb semua berpusu2 nak balik rumah n kampung halaman. Bagi yang ada keluarga tu n plan nak melancong or berkelah, pusat2 peranginan, hotel2 atau homestay mmg dah fully booked. Bagi yang ada duit lebih skit, siap nak gi jalan-jalan di oversea. Tu lah lumrah dan fenomena yang berlaku time2 mcm ni.

Cuti aku lak buat apa? Hurm, aku nye takde yang spesel sgt pun. Takde nak gi melancong n duduk hotel. Mmg takde bajet nak gi. So, benda wajib aku buat time cuti, menziarahi kampung nenek. Ni selalu kalau time cuti sekolah dulu2, balik ngn adik beradik, jumpa saudara mara. Sekarang ni jarang jugak gi ke kampung dengan derang. Dulu ada sekali cuti sekolah gabung ngn cuti hari raya. Bertambah-tambah seronok la. Bertembung lak ngn musim buah. Memang happening giler. X seronok, bukan kampung la namanya.
kat kawasan sungai, view dari titi(nampak x abang tu tgh mendayung)

kat kawasan daratan, penuh ngn padi

Ni lah part paling best n spesel. Kampung aku ni dibina atas sungai air tawar, so perhubungan dia menggunakan titi semata-mata. Kalau naik moto or berlari2 tu, dr jauh dah bunyi papan bergoyang. Tak runtuh pun sbb mmg binaan dia dah kukuh untuk menampung semua benda ni. Nak lagi best, bawak pendayung, naik sampan. Gi la mana-mana korang nak, asalkan jgn sesat. Rasa mcm kat venice(tak pernah la aku jejak ke venice, tp method of transportation tu hampir sama). Nak lagi seronok, tunggu musim tengkujuh. Tengah air naik tinggi, mmg akan guna sampan. Aliran air tak deras sangat la rasa nya.
teruja tak nak nek sampan ni?

So, ni la aktiviti yang aku selalu buat time cuti akhir tahun. Owh lupa lak nak bgtau, kampung aku ni terletak di kampung Tian, Matu(sile googlemap ye kalau nak tau kat ner). So, sape2 yang nak singgah bercuti kat sini, aku boleh je bawak time cuti2 mcm akhir tahun cenggini. (masa yang aku betul2 free) Nak bagi korang tengok masyarakat Melanau dan budaya nya yang ada di sini Nak tengok pemprosesan sagu secara live pun boleh. FOC. Aku terima korang dengan tangan terbuka.
bekas tempat pengeringan sagu

..till my next post.

Saturday, October 24, 2009

Aku dan Senarai Hendak Buat

Memandangkan sekarang ni bz tahap tak hengat, i mean ujung minggu pun ade kerja gak...jd nk kena buat list yang bakal dibuat
  • Around next week(26-30hb Oktober) - mintak budak2 abiskan lakaran untuk PS kertas 2 + jaga budak2 tgh ada latihan utk event this weekend(dah nama AJK persembahan, kena la duty)
  • 31hb Okt - Hari Penerimaan Hadiah 2009 SMK Julau(tahniah ye adik-adik sekalian)
  • 2hb -13hb Nov - budak2 dah start exam akhir tahun + semak kertas exam (5 kelas PS, 3 kelas PSK..haih,pengsan)+ gaji dah masuk, beli lappy baru, yeay!(leh online hari2 nnt)
  • 14hb Nov - Hari Kokurikulum(er...aku cikgu Koku ape pun aku tak tau..hohoho)
  • 19hb Nov - budak2 sekolah dah start cuti(tamatlah hikayat bebelan dan sentap-sentap rotan aku kat student..muahahah)
  • The rest of the day until the end of December - cikgu lain cuti, kiteorg guru sandaran terperuk dalam ofis(-_-)" buat kerja2 kerani katanya, kot. Ke kerja angkat kayu..uuuu~~
  • After that - Kalau tak pat kerja tetap lagi lepas ni, maybe sambung lg kat sini. dah start syok lak layan budak-budak walaupun kita hampir naik gila ngan derang.

Bz kan.Saje nak update blog, dr biar dia kosong mcm tu kan. Nampaknya update lepas ni mcm banyak benda nak kena post.

Till my next post.

Wednesday, September 23, 2009

Monday, August 24, 2009

Aku dan Graduasi

Salam Ramadhan Al Mubarak,

Takde ape nk di intro, kita terus ke gambar di bawah.

Spot the different. Hehe. Bole lak buat mcm ni. Beza 19 tahun n begitu banyak perubahan, liku-liku dan kejayaan yang aku dah kecapi dan lalui. Thanx to mak ayah kerana susah payah membesarkan aku sampai sekarang. Thanx jugak sbb sudi datang pada kedua-dua hari yang bersejarah ini.

Since dah seminggu majlis konvokesyen ke9 UTP, aku pun dah lega sikit. Kira tanggungjawab aku sebagai pelajar dah selesai walaupun hakikatnya proses pembelajaran tu tak kan terhenti. Sekarang ni just cari kerja, kumpul harta, bina keluarga, berbakti kat tanah air n macam2 lagi la. Bak kata orang "Welcome to the real world". Apa-apa pun kena sedia n bertawakal kepadaNya supaya hidup kita sentiasa sejahtera dan segala masalah dapat kita atasi dengan baik serta redha dengan ketentuanNya.

Thanx kat korang semua since membantu aku pada 4 hari duduk kat utp. To rumet, Ebul n Shahrin thanx sbb bg aku accomodation duduk kat bilik. dan jugak kat Aini n rumetnya. To Shakir, terima kasih sbb sudi teman aku amik parent aku n bersusah payah pusing2 Ipoh. Serta Usop(mito panda), thanx antar aku n parent ke stesen BG. Juga kepada kakiphoto(Zhee, Iman, Paker, Eena, Pudin, Nu'man dan lain-lain)kerana sudi shoot gambar ari tu. Kat rakan-rakan osmet, thanx jugak kerana sudi keluar sama-sama, enjoy di Ipoh. Ntah bile lagi nk jumpe ngn korang semua. Kepada sape2 je yang aku lupe nak sebut tu, aku pun nak berterima kasih banyak2 atas apa2 sumbangan secara langsung atau tidak langsung yang korg bagi. Sori banyak2 if ada yang tak terlayan n tak terjumpa ke ape ari tu. Ada jodoh, ada rezeki kita jumpa lagi.

Aku rindu dan akan merindui korang semua.

Wednesday, August 05, 2009

Aku dan Preview Chap 2


Apa yang derang sedang buat? Jawapannya, tunggu hujung minggu ini....
Hint: Aku minat, derang pun minat(mcm fishy je bunyi,lol)

Saturday, July 25, 2009

Aku dan Part Time

Sori sbb lame giler tak updet. Aku jarang sgt online kalau kat rumah. Lagipun, broadband celcom ni pun abg aku nyer, so penggunaan internet tu agak terhad gak. Lain la kalau duduk kat utp, dapat internet 'free' walaupun mcm beskot chipsmore sekejap ade sekejap takde. Tetap akan melekat depan pc sampai bile-bile. HUrm. Aku pun ade kat rumah time hujung2 minggu je. Nak tahu weekday aku gi mane? Moh aku cite skit kat kome2 semua.




Dari gambar tu dapat lah hint skit kan. Sebenarnya aku dah dapat kerja sambilan yg boleh dikatakan lumayan gak. Owh, rasanya ramai yg belum tahu lg kot. Aku sekarang ni pegang title 'Cikgu', dah nak dekat sebulan dah. Guru sandaran je. Tapi nak kate beban die same mcm guru biasa. Biasa la, menghadap budak setiap hari. Lupe nak bagi tau. Aku mengajar kat SMK Julau. Tak tau, sile g-map or g-earth ye. Agak terperuk jugak la tempat nama Julau ni. Ada la dalam sejam perjalanan. Since aku takde transport tetap lg, aku pakai bas je gi sini. Pergi je dah rm7. Kalau setiap hari tu, mahu pokai aku. That's why aku stay je kat Julau time weekday.


Nah, perati ler aku nyer jadual mengajar. Bole la. 3 subjek je: Pendidikan Moral(PMO), Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan(PSK) dan Pendidikan Seni Visual(PSV). 2 subjek aku tak familiar, ikut aku nyer common sense. Subjek seni je aku ade basic time aku amik SPM dulu. Nasib baik la. Part best, aku berik jugak komen kat hasil kerja derang mcm aku komen photo kat k5 dulu. hehe.

Form 1 ade 5 kelas, and form 3 ade 3 kelas je. Nasib bek ajar moral form 3. Derang pun dah abis silibus n subjek nih takde dlm PMR la. Kirenye aku dah lepaskan 9 waktu tp aku kena duduk jugak dalam kelas tu. Suruh derang ulangkaji PMR. 2 subjek lain tu aku ajar form 1. Ngajar budak2 yang baru nak akhil baligh ni payah jugak. Ingat senang ke jaga budak-budak ni? Aku sebelum ni pun mane ade sgt experience berdepan ngn budak yang sgt ramai. Mahu 1 kelas tu ade la hampir 50 org. Kadang-kadang tu sampai aku dah abis suara, aku buat dunno je la. Tp tak semua la yang nakal. Ade gak yang dengar kata. Balance la skit.

Tapi apa pun, at least ada gak kerja kan. Daripada duduk kat rumah perabis beras tak produce ape2. Even kerja kat supermarket pun elok gak drpd kite terkejar2 sgt ngn degree kite nih sampai berbulan-bulan kata menganggur. Amik kata pepatah 'menyelam sambil meneguk air'. Guna kan masa yang kite ade ni dengan bijak. Apa-apa pun rezeki kita takleh atur. Aku just boleh doa kat member2 kite supaya dapat kerja, selagi masih halal.

See u until m next post.

Tuesday, June 16, 2009

Aku dan My Sis Wedding


Sori if aku lambat sangat nak update blog ni. Biasa ah, keperluan internet aku kat rumah agak dah tak selebat time kat UTP dah. Ni pun aku guna broadband abang aku. Kira nasib baik gak, dah tak payah nak pecut2 gi CC lagi. Last updet tu sekadar nak preview skit apa dah aku buat dalam beberapa minggu lepas, after aku da selamat sampai kat rumah terchenta nih.


Ni adik aku dan suami dia. Cuba teka berapa umur adik ipar aku ni? Karang la aku bg jawapan...biar korg teka sendirik. Maybe ada yang dah tau kot. Yang dah tau, tak yah la bagitau..aku nk bg saspen skit.Wedding ni aku tak la se bz time kakak aku dulu sebab awal2 dah aku habaq kat adik aku, aku tak mo la jadi pengapit. Since aku dah cop awal2 job jadi OP untuk hari tu, tp ari tu aku tersembam jatuh ke tangga nOP pulak. Ceritanya, aku tak tau yang adik aku dah hire amoi kedai gambar jadi OP derang. Agak terkilan sedikit gak tp nasib baik la amoi tu cantik ala-ala nasha aziz versi cina. Sejuk sikit rasa kat hati,lol. Apa-apa pun, time die amik gambar tu, aku nampak la skill photog studio. Sambil-sambil tu aku serap la ilmu die skit. Agak rugi la aku tak tackle die time tu, mana tau bole dapat seketul d300 ke. Ahak.


amoi chantek, nnt lu bole jd i punya model lor?



Apa-apa pun, tahniah kat adik aku kerana dah kahwin. Lagi awal dari aku lak tu. Ada jugak aku terima cincin langkah bendul . Takpe, jodoh dia dah sampai. Aku lak? Takde calon lagi. Tunggu lagi 5 tahun. Hehe.

Till my next post.

Thursday, June 11, 2009

Aku dan Sirih Pinang

Da lama tak update, so layan je la ni.





untuk preview semata-mata. Updet? Tunggu....

Tuesday, May 26, 2009

Aku dan Last Day@UTP

So, dah sampai last day kat utp. Still tak abis packing lagi. Makin banyak kemas, makin banyak lak yg jumpa n sumbat. Abis la berat aku drop 10 kilo hari ni sbb angkat berat bertubi-tubi(lol, kidding purpose.) Sempat lagi nak buat posting sebelum gi final clearance n sebelum cpu cabut segala2 and bungkus(tambah lagi 4 kilo, hahaha).

Apa-apa pun segala memori yang ada di UTP tak akan lupa, lebih-lebih lagi this sem. Thanx kat tuya n half, tetibe nk buat tribute(sweetnye...*wink *wink) kat blog derang. Takpe, ada banyak lagi aku nak tulis tribute utk korg2 yg banyak menyokong and sudi berhubungan ngn aku selama aku duduk di utp ni. Terima kasih banyak-banyak. Selamat tinggal, sayonara, adios dan jumpa lagi this August at convofair. Muah muah muah...

Jumpa lagi di entri seterusnya....

-k.arifin-


Saturday, May 23, 2009

Aku dan Setiap Detik

.....tik..tok..tik..tok
-_-" Hurm
.....tik..tok..tik..tok
@_@ Makin pikir makin pening dowh
.....tik..tok..tik..tok
x_x Nervous...haih
.....tik..tok..tik..tok
?_? Macam mane ni...
.....tik..tok..tik..tok
z_z Tido ah
.....tik..tok..tik..tok
T_T Tak pat gak
.....tik..tok..tik..tok
O_o Hilang akal dah
.....tik..tok..tik..tok
~_~ Tak senang duduk
.....tik..tok..tik..tok
=_= Redha je la kot...let it go

(I don't wanna say goodbye)
Aku akan merindui masa dan detik bersama korang semua >.<

Wednesday, May 13, 2009

Aku dan Rambut

Rambut adalah mahkota. Ada yang pendek, ada yang panjang. Warna pun blonde, hitam, uban pun ada. Botak ada, separa botak pun ada. Malah ada jugak yang tidak mempunyai rambut a.k.a botakcin or botak licin. Apa2 pun, rambut merupakan salah satu elemen penting dalam menentukan personaliti seseorang.

Entry ni aku just nak tunjuk transformasi rambut aku sekian lama ni. Maybe ada yang tak pernah tengok aku berambut panjang atau botak.

Fesyen rambut panjang






Masa simpan tu adalah dekat 3 bulan(average) tp yang paling lama time aku 1st year dulu dari aku botak(bayar nazar lepas dapat result SPM pada bulan 3) sampai exam week bulan 11. Memang time tu dah cecah bahu, tp sayang je takde bahan bukti. Aku akan simpan rambut sampai aku naik rimas nak bela. Nak syampu pun kena berkilo2, sama jugak ngn minyak rambut. Kalau dibiar rambut kering(x letak ape2 mosturiser), mulalah rasa mcm singa baru lepas bangun tido. Lecehkan?Tapi one thing aku suka ada rambut panjang ni, bila ada angin je, mula lah rasa mcm berangan jadi model iklan rambut kat tv. Lebih2 lagi merempit kat kampung tak pakai topi keledar. Hahaha.

Ketika botak




Aku mula membotakkan kepala sewaktu aku kat sekolah menengah. Kes member aku salah potong rambut, so nak tak nak kena cover la. Memang terus tandus bumi Amazon. Botak ni memang best sebab kepala ko rasa ringan je. Tak payah nak dandan bagai dah tp aku tetap syampu gak. Kalau dikira dah masuk 5 kali botak rambut.

dan berambut pendek







At last aku paling selesa nak berambut pendek. Nak ubah fesyen rambut pun senang. Selalunya, aku suka cacak kan rambut. Plus, tak la rasa mcm serabai je kalau ada rambut panjang.

Selama ni aku tak pernah nak try buat rambut kat salon2. Sekarang ni masih selesa nak potong bg nampak kemas. Tunggu lah time aku dah ada duit nnt nk try sepam. Buat ala-ala artis jepun ke ape or watak-watak dalam anime and game Final Fantasy ke. Hehe. Tapi aktiviti nak warnakan rambut ni aku da kureng skit, since aku takde keinginan langsung nak buat lagi. Dulu-dulu time zaman aku junior or zaman jahiliah ade la aku buat ngn member2. 2 kali je tapi tak nampak sangat since guna warna yang gelap mcm biru dan merah gelap. Time kena kat cahaya matahari je nampak skit. Tu la zaman cuba try test.

Rasa nya dah hampir semua fesyen rambut dah aku try...dari zaman belah tepi and belah tengah(time sekolah dulu), botak, panjang, back comb, pendek, cacak dan macam-macam produk rambut dah aku pakai. Maybe lepas ni kerinting...mane tau.

Jumpa di next entry...chao~.

Thursday, May 07, 2009

Aku dan Civil Engineering

Dah berakhir segala perasaan gundah gulana minggu ni, abis dah present.  Walaupun tak pat buat ngn baik, tp aku berserah je la dengan Nya. Malas dah nak pikir apa-apa. Kira sekarang ni, aku bole katakan ini adalah MERDEKA secara tak rasmi. Nak settle down skit sblm ke next agenda.

Bukan bermakna aku dah tak jadi student aku dah bole tutup buku, tp secara informalnya kita masih lagi kena menuntut ilmu. Walaupun tak sambung master ke, tp ilmu tetap kena amik berat.

Aku tak tau la course lain, kalau civil ni apa yang ko belajar dari awal-awal, memang akan melekat sampai la ko final sem. Itu lah yang aku suka sebab apa yang kita belajar tu tak akan pernah putus-putus. Tambahan, semua benda tu macam related ngn kehidupan seharian dan memang bertambah-tambah appreciate ngn apa yg ko belajar. So, memang tak rugi la aku untuk memilih civil ni. Aku boleh katakan, civil ni lebih dekat ngan alam sekitar dan komuniti. Itu yang aku nampak. No wonder la, aku ambik specilization as Urban Engineering(aku nak jd datuk bandar weh)

Walau sesusah mana subjek-subjek dalam civil ni, aku akan tetap serap masuk jugak even aku tak score. Betapa cinta aku ngan civil ni tak pernah pudar. Walau masa aku 1st year, aku berkeras nak tukar course dari civil ke chemi, akhirnya Allah dah bagi aku petunjuk yang betul. Serta episod-episod badai melanda pun aku masih setia. Aku berjanji, apa jua aku jadi lepas ni, segala benda yang berkaitan dengan civil aku akan pelajari.(Macam poyo kan ayat ni, but i mean it)

Owh, minggu ni dah start study week untuk member2. Next week dah start exam derang. Good luck n study jangan nak mengharap grade bagus2 je. Kena tambah niat, belajar ini untuk kesejahteraan umat dan diri kita sebagai manusia. Bukan nye apa, aku nampak rata-rata budak skrg kejar sgt grade. Abis paper buang buku, segala note tu jauh-jauh. Kalau boleh dalam memori kat otak pun nak reset. 

Ingat, jangan terlalu 'exam oriented' sangat. Gred tu walaupun menandakan ko bagus, tp kalau jiwa or ilmu tak melekat, tak berguna jugak. Aku mengaku aku bukan scorer, tp apa yang aku telah belajar dulu masih ingat jugak, walaupun samar-samar. Even ilmu biologi time sekolah dulu masih berlegar-legar dalam kepala aku. So korang fikir-fikirkan ye.

Apa-apa pun, selamat menduduki peperiksaan.

See u til next post.


Friday, May 01, 2009

Aku dan Cuti-cuti KL bersama UPAG


Bersama Tun Dr Siti Hasmah dan piala kemenangan

Penat ulang alik dari KL last week. satu gi MMU untuk Festival Tari Piala Tun Dr Siti Hasmah and gi Sunway atas jemputan dari komiti FESCO utk FESCO appreciation day. Thanx UPAG sbb ajak aku memandangkan last week mmg aku free daripada segala benda2 yang bz. 

First time gak aku jejak kaki ke MMU ni. Takde event ni mmg kempunan la. lol. Event start malam tapi bergerak dr UTP pkl 8 pagi. so sampai kat sane around pkl 12 sumthin. Memandangkan aku bawak kamera 400D kepunyaan ja'a, makanya jd OP bidan terjun sbb igt pakai utk suka-suka je.


nak jugak camwhore tu, antara orang 'kuat' UPAG di MMU

Ada 5 buah universiti je yang join sbb minggu ni byk uni dah start final. Setiap peserta diberi masa 9 minit and kena present 3 jenis tarian utama Melayu iaitu Zapin, Inang and Joget. Tak banyak sangat aku nk cerite ttg mlm tu since aku byk konsentret amik gambar2 derang ni. Terus la aku bagi keputusan yg UPAG dapat 1st place n bawak trofi untuk Busana Terbaik dan Koreografi terbaik. Tahniah atas kejayaan korang. Bangga ngan junior2 dancer yg menambahkan lagi kredibiliti dance kat dalam UTP.


Smile...bam bam bam!

Yang kat Sunway Lagoon lak, aku gi hari ahad and bertolak dr UTP pagi. Aku tak terfikir untuk dijemput walaupun tau budak FESCO ada buat but thanx again kat Ella and En Ahmad. Lagipun aku tak pernah masuk lg kat situ. Mujur gak Ee pun ada sekali walaupun layan kerenah aku yang agak 'kecut' nak main semua benda alah kat situ. Aku kurang gemar main benda yang suka nk kecutkan perut aku instead of keseronokan, tp benda free kena la main gak. Kalau tak mmg rugi la. Terpaksa la aku jerit jugak nak hilangkan rasa kecut kat perut.

Ada satu game kat wetpark tu paling seronok. Aku lupe nama menatang tu tp kite kena meniarap atas tikar and slide. Sampai 3 kali main dowh, since terbang macam superman. Yang lain ty aku pernah rasa kat Lost World of Tambun. Kat Dry Park lak, dua benda je aku tak men iaitu Pirate Ship dan Tomahawk. Serik dah main yang kat Genting, tp Pirate Ship sini lg extreme. Sampai terbalik and stay kat atas. Mahu aku termuntah dan pengsan kalau try. hahaha. 

Ada gak try game rollercoaster, yang tu pun mcm celaka gak. Igt la tak extreme sgt, tapi sekali terkena kat part paling tinggi dan curam almost 90o tu, memang aku terus menyumpah. Same gak yg game Log(kayu balak) yang keluar dari mulut ular(ni kot nama dia Niagara Falls Flume Ride). Memang aku ngn Ee menjerit mcm nak rak. Lepas tu tergelak sebab malu sangat jerit kuat sangat. Tapi sedih gak since, aku ngn Ee je yg men. Terutama naik rakit berpelampung bulat(pun lupa nama menatang ni) yang patut duduk 5 orang, tp kiteorg berdua je yang ade. Ape lagi kiteorg buat la konon-konon meriah mcm 5 orang. hahaha.


aksi capuban oleh Ee di atas expansion bridge Sunway Lagoon

Lepas abis semua tu, gi salin baju sbb dah nk pkl 4 untuk kumpul balik. Lepas salin baju, aku ajak Ee gi buat photoshoot kat atas titi gantung. Memang tinggi gak. Tapi puas since bole tengok seluruh area Sunway Lagoon dr ariel view. Kiteorg mmg shooting sakan la. Dah kuar dari Sunway Lagoon, kiteorg gi Sunway Pyramid lak untuk makan kat Chicken Hartz. Makan pun free gak since all sponsor from FESCO. huhu. Sambil2 tu ada majlis penghargaan untuk komiti-komiti FESCO dan cabutan bertuah. Lepas abis kenyang gi jalan-jalan sekejap dalam mall sebelum pulang. Pukul 8 sumthin terus balik ke UTP. 

So, seperti biasa, post ni pun ada koleksi gambar kat wordpress aku. Jenguk-jenguk la di sini ye

See u in the next post. Chiao~

Friday, April 24, 2009

Aku dan Taiping

Sebelum start, aku da ubah lagi aku nyer layout utk blog. Still kekal hitam tapi merah jd partner rasa mcm tgh promo untuk teater Jebat (sila tengok banner di sebelah kanan ini). Tambah lak 1 column kat kiri. After this maybe nk bukak besar lagi size bahagian content. Nampak macam cramp lak. Masih construct lg ni. Huhu.

Last Saturday, aku gi Taiping dengan keluarga gamelan UTP. Saje2 jalan since mmg dah rancang dari awal sem lg nak jalan2 ngn derang ni. Lagipun aku pun dah lama tak jejak Taiping since 2003. Masa amik Malaysian Studies buat kajian tentang labu sayong kat Sayong and Said ajak gi Taiping on the way nak balik. Satu benda je aku tau time tu masa jejak kaki kat Taiping....Yong Tau Fu. Dan tu lah first time aku merasa hidangan ni. Setakat ni takde yong tau fu terbaik yang pernah aku rasa selain dr Taiping sendiri.

Berbalik dengan cerita jalan-jalan Taiping, asal nya kiteorg nak pergi panjat Bukit Larut tapi atas sebab-sebab tertentu so, terpaksa cancel last minute. Sudahnya, kiteorg gi la masuk Zoo Taiping. First time gak masuk, walaupun tak merasa Safari Night, ni pun dah kire puas hati gak. Dah tau kamera PnS mampu zoom takat 1 meter je, so amik la gambar menatang yang dekat-dekat je. Kalau gi Safari Night ni, merasa la gambar byk berbintik2 dan almost gelap. Hehe.

Lepas je abis kat zoo ni, kiteorg gi la Taiping Central(betul ke nama tempat ni alin?). Just nak settle2 sat kat situ sebelum gi ke Taman Tasik. Dalam pkl 5.30 ptg kiteorg sampai kat Taman Tasik. Memang tempat ni la aku memang nak gi sangat since ramai yang rekemen gi situ. Memang cantik, hijau dan penuh ngn tasik. Pokok-pokok kat situ memang besar dan tumbuh dengan cantik nya. Ada padang yang agak luas and trail utk tempat orang jogging. Tambahan lak ade 'angsa' yg boleh dikayuh n mendayung sampan. Tak perasan lak ngn kayak ade ke tak kat situ. Memang terasa damai. Lagi2 time petang and lepas ujan. Memang puas hati giler amik gambar kat sini and byk giler spot2 yang menarik. Tercapai gak hasrat aku nak shoot model2 kat sini(thanx ngn gadis2 Gamelan)

Lepas solat Maghrib, last tempat yang kiteorg gi tak lain tak bukan, gerai Yong Tau Fu. Mcm ramai orang ckp, tak sah kalau tak singgah sini kalau gi Taiping. Terasa nostalgik lak, makan yong tau fu ngn Ee, Said, Ting dan lain2 masa muda-muda dulu. Rasa nya yang tak pernah berubah. Kalah yong tau fu yang pernah aku rasa kat tempat lain sebab kuahnya memang terbaik. Lagi menarik makan beramai-ramai mcm ni. Harap-harap next time aku jejak kaki kat Taiping aku gi sini lagi.


Share sepinggan ngn Syazwan a.k.a Tajol(ahli baru gamelan UTP). Hanya RM6 sahaja ya puan2.

So, tu lah seharian di Taiping bersama-sama Gamelan UTP family. Thanx kerana menganjurkan jalan-jalan ni. So, kat bawah adalah sneak peak antara gambar2 yang aku upload kat my wordpress The Pieces.


Pieces of Taiping

Till the next post.

Thursday, April 16, 2009

Aku dan Proton Exora


Our new and the 1st MPV car (credit to paultan.org)

Baru semalam derang lancarkan. Maybe one of my family terasa nk beli ni satu ke? Aku? Takde fulus lg. Hehe.

Untuk lanjutan info, try click kat link sebelah http://paultan.org/topics/proton-mpv-2009/

Monday, April 13, 2009

Aku dan FYP poster

Agak nya dah basi kot kalau nk diceritakan kat sini. Tp aku tetap nk post gak since, last week tak pat connection to google. Mmg sah2 ITMS block google ni. Takpe, kita lupakan cerite block blog or whut ever.

Memang setiap kali ada presentation, mmg tak sah kalau aku tak membuat template sendiri, sbb hati aku tak pernah nak puas. Agak perit jugak bila memikirkan masa nak siapkan, sbb pc selalu hang(al maklum, pc dah tukun). Tapi jiwa nk buat yg terbaik tak pernah padam walaupun selalu restart application Ps berkali2. Nasib baik dah save secara berperingkat. Tak la lari banyak sangat. So, tengok hasil akhir korang leh tengok kat bawah ni.


tadaaa....

Malas nak letak info2 len, just letak gambar2 yg ada. Dah lepas poster presentation je pun , alhamdulillah aku dapat present tanpa rasa tersekat dan berkeyakinan. Syukur kepadaNya. n the best part, komen2 dari evaluator adalah positif. Tak mengharap2 apa yg bakal terjadi just aku nak usaha aku ini dihargai, pun aku dah cukup puas hati. Thanx to acap n half, since aku amik poster korg sbg sumber inspirasi. Hehe.

Dan juga inspirasi lagu Faizal Tahir - Bencinta. (tuju khas untuk Benci+Cinta kepada FYP, saje je)

See u next post.

Friday, April 03, 2009

Aku dan Wordpress

Bukan nak bertukar blogspot ke wordpress, cuma aku nak jadikan wordpress ni sebagai portfolio . Dah lama aku plan nak gantikan site fotopages sbb rasa nak beralih angin dan inginkan site yang trendy. Mane tau ade rezeki, ade job nnt(aminn) boleh la aku jdkan ni sebagai tatapan n rujukan. Apa2 koleksi gambar akan aku show kat situ.

So, ni link ke wordpress yang masih dalam construction sebab masih dalam proses membiasakan diri.

Saturday, March 28, 2009

Aku dan Tag II

Di pagi yang cerah, menikmati secawan teh Lipton dan biskut crackers aku nak menjawab tag yg alin request dr aku. owh, usop pun tag aku sekali nampaknya. Tanpa melengahkan masa aku mempersembahkan....

Rules:

  1. The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below.
  2. Then, you must choose a picture in the first page of result and post it as your answer.
  3. After that tag 12 people.
1. The age of my next birthday = 26

4 tahun lagi nak masuk 30, hurm

2. The place I would like to travel to = Hokkaido


Aku nak jepun, tp aku nak specific. Pilih Hokkaido sebab teringat cerita doraemon, derang sebut pasal Hokkaido

3. The favorite place = Pantai dan Laut biru

Tenangkan diri, hirup udara segar

4. The favorite food = Kebab

Lately, this is my hunger. Next pit stop, kyros kebab

5. The nickname I had = Mekot

ada kaitan ke baju ngn nickname aku, tanye minah rusia

6. The favorite colour = Biru

biru itu keluasan dan ketenangan

7. The city I live in (For now) = Sarikei, Sarawak

one of significant item kat sini

8. The city I was born in = Sarikei, Sarawak

salah satu transportation yang ade kat sini

9. College major = Civil Engineering (Urban)

Aku nak jadi datuk bandar
10. Bad habit = Baca ruangan gosip

ni bukan baca ruangan gosip, ni terus bergosip

11. Hobby = Fotografi

Ramaikan yang dah tahu (3 drpd gambar dlm tag ni pasal kamera)

12. Wishlist = D90

Apa lagi, bg la aku ni spam.

Tak tau nak tag sape dah, since aku rasa ramai kot yang dah kena tag nih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails