Friday, January 02, 2009

Aku Mat Bunga or Aku Pecinta Flora?

Aku cintakan bunga? Aku mat bunga? Terpikir jugak since bile tengok bunga, mata aku memang tak kan terlepas pandang. Puji2 kecantikan, harum bau. Ni gara2 aku pergi Halalfest kat ipoh 3 minggu lepas, ade pameran bunga2 and mostly byk bunga orkid. Dengan tidak semena-menanya, aku tak sabar nk singgah lama2 kat booth bunga2 sbb tak pernah nampak pelbagai jenis bunga2 kat situ. Nasib baik bawak kamera, so ade la tangkap gak.




















Kat depan rumah aku pun ade tanam bunga, mostly dalam pasu. Bunga2 yang ade kebanyakkannya seperti bunga kertas dan bunga melur. Bunga orkid dan bunga pukul 8 pagi pun ade tapi sgt sedikit. Kalau ada aku kat rumah, aku la tukang siram bunga. Kalau ade rumput tu aku gi cabut. Kadang-kadang mak aku yang rajin sikit jaga. Seronok sebenarnya tengok pokok bunga hidup dan tersergam indah sebenarnya. Bawah ni antara bunga2 yang ada depan rumah aku.




















Time aku balik raya lepas banyak yang dah tak bermaya, bunga kurang lebat dan rumput lalang pun dah banyak. Takde orang yang jaga sebab mak aku memang jarang turun depan rumah time dah nak raya sbb bz ngn tailor die. So, aku yang uruskan, just buang2 rumput lalang.

Aku harap bila dah abis belajar nanti nak ubah suai sikit garden depan rumah, so nampak cantik skit kalau dah disusun rapi. Tambahan aku nak buat tempat bunga orkid, nak tambah banyak lagi koleksi bunga orkid. Nak lagi best letak tempat duduk dan air terjun, kalau ade rezeki. Nak bekerja sama sikit ngn my mom and sis.

Last week lak aku terbaca dalam magazine 'Going Places' keluaran Januari 2008 oleh MAS di rumah pacel. Belek2 muka surat, terjumpa satu ruangan die tunjuk bunga rose, setiap kelopak bunga nya ada setiap warna. Disatukan semua, menjadi 'rainbow rose'. Memang cantik giler and rajin pengusaha ni buat. Aku baca2 macam complicated gak derang buat. Teringin nak tengok depan mata macam mane derang hasilkan dari satu kelopak ke satu kelopak menjadi sekuntum bunga, seterusnya menjadi gubahan bunga.


Aku dulu2 time sekolah rendah ada hobi buat scrap book. Dalam tu ade banyak jenis bunga2 dan daun kering. Dikeringkan menggunakan buku2 tebal, bunga2 yang dah dikumpul dilekap. Dalam seminggu tu boleh kira jadi la tp nak lg berkesan sampai berbulan2. Ramai gak member2 yang rajin buat benda ni terutama lepas kelas Pendidikan Seni.

Sekarang pun aku ada buat gak, tp tak sekerap dulu la. Aku rasa bunga orkid ni dah 2 tahun lebih kot(amik time convo dinner dulu2) aku perap dalam buku Highway aku sampai berbekas2. lol. Aku buat buat ni pun sebab sayang bunga2 yang terbiar mcm tu je daripada dibuang. So, sape2 yang terasa nk buang bunga yang dah layu tu, korg leh buat bunga2 ni, preserve cantik2. Tak mampu, bg kat aku ke. hahaha.

Sesungguhnya, ada hikmahnya tuhan kita cipta bunga ni bewarna-warni. Warna yang dihasilkan semula jadi lebih menangkap mata aku untuk appreciate kecantikkan ciptaanNya. Ditambah lagi corak2 tambahan serta susun letak ranggi(kelopak bunga), either tersusun elok or tak tersusun masih nampak cantik. No wonder ramai pujangga melabelkan perempuan bak bunga. Bunga oh bunga.

Sebelum aku abis kat sini, aku tetibe terpikir. Kalau kita yang selalu bagi bunga kat awek2 tu, ape kate kite bagi sepasu bunga lak. Kite mintak dia jaga untuk kite. or si boyfriend pulak tanam bunga, bg bunga yang kita usahakan kepada si dia. Maybe kite lebih appreciate ape yang kita beri. Ke dah ade yang buat mcm ni? Hurm.

4 comments:

dark said...

bunga-bungaan mmg sgt indah

anyway = nice blog

Half said...

uish 7 kaler dlm 1 bunga... sng juga eh.. xde la nk pening2 nk kasi awek bunga warne pe.. hahaha

- H - said...

cantik laaa gambar2 tu.. original or photoshopped dulu? nice work anyway

- k.arifin - said...

dark: thanx sbb sudi singgah blog ni.
Half: tu ah, senang nk bg awek kalu mcm tu. kat m'sia tak jumpa lg bunga ni.
NaxeruL: semua itu ori, takde potosop (penat sgt nk potosop sbb pikir ayat.hahaha)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails