Monday, January 05, 2009

Misi Lentera Timur



Pagi 26 Dis, selepas bangun dari tido terus capai tangan genggam mp3. Set frekuensi 97.6, time tu betul2 baru habis segmen Hot FM AM Krew. Aku pun lupe segmen ape selepas tu, mengharap nak dengar Dalam Taman Teman(DTT) berkumandang, alih2 aku tukar siaran ke era FM sebab tgh iklan. Terus suara Reza mengumumkan senarai lagu yang akan disiarkan utk lagu2 yang akan dimainkan. Dengan teliti aku dengar Reza sebut satu persatu, dan akhirnya DTT gak disebut. Mana tak sabar nya sebab ramai forumer cari.com dah dgr hampir setiap masa dalam minggu tu kat radio. Sebelum ini hanya mendengar versi live kat youtube, nak jugak dengar versi studio pulak. Masih terngiang2 irama lagu DTT walau hanya mendengar 2 kali versi youtube.
"Anas, kejap lagi die nak pasang lagu DTT, cepat pasang radio. Gi bukak radio Era."
Setelah selesai lagu DTT komen aku ok la, not bad jika dibandingkan dengan yang live and aku nak dengar lagi. Tak sabar nak tunggu petang nanti.

Begitu lah situasi beberapa jam sebelum menerjah ke kedai CD seperti pernah dilakukan sejak zaman Prasasti Seni lagi (dalam tahun 2004). Sebut je album terbaru siti nak keluar, dah reserve Anas ngn Ee untuk buat rombongan. Sebelum tu tengok tarikh release, mmg wajib beli pada hari yang sama. Kecuali tahun lepas untuk album Hadiah Daripada Hati, aku seorang je yang membeli sebab tarikh release die lewat dua hari and derang takde masa nak serbu lagi dah.

Berbalik pada cerite asal, pagi tu jugak kiteorang carik contact number utk setiap kedai CD musik sekitar ampang dan bukit bintang. Mula-mula tu call Love Record kat Ampang Park sebab ni la last resort untuk dapatkan HDH tahun lepas. Dapat reply maybe dalam 2-3 hari baru ada. Cuba lagi contact number yang lain, lagi menghampakan sebab ada nombor dah takde dalam servis, ada yang tak angkat2. So, aku assume je maybe isnin or time dah balik UTP and gi Ipoh baru dapat album nih(alamatnya gi ipoh naik bas la aku macam tu)

Tapi aku berfikiran positif, maybe mmg kuar ari tu tapi lewat petang. Jangkaan aku memang tak meleset sebab dapat call daripada Ee after jumaat since die pesan kat member die kalau dah ade. Member die gi beli kat Love Record. Jadi memang tak fikir panjang lagi, aku ngn Anas terus gi "serbu" Ampang Park. Akhirnya Lentera Timur dah dapat kat tangan yang memang dah dinanti2 kan sejak sebulan lagi lepas Sitizone release senarai lagu.

Walaubagaimanapun aku bersedih lak since tu maybe last time aku dapat nak membuat rombongan lagi sebab maybe next keluaran nanti, aku dah berada kat Sarawak(memang akan dapat lamba punya). Apa-apa pun kalau ada rezeki, next album aku sanggup turun KL untuk sambung tradisi rombongan. Maybe terus gi pelancaran album and jumpe Dato' Siti sendiri nanti. Mana tahu.

Ya, anda sudah tahu yang saya adalah peminat Dato' Siti Nurhaliza, yang cuma mengkagumi suara beliau melantunkan apa2 sahaja lagu, serta usaha beliau dalam memartabatkan industri hiburan Malaysia amnya dan khususnya irama tradisi tetapi bukan pada kisah hidup dan isu2 yang lain.

Untuk review album ni tunggu masa yang sesuai untuk diceritakan dalam blog ni.

cover album LENTERA TIMUR







antara imej2 yang ada dalam layout album Lentera Timur (credit to Sitizone.com)

4 comments:

Hafidz Gafa said...

gila gigih! Aku mmg tau mekot, ee ngan anas mmg fanat CT, sanggup ponteng kelas tu sbb nk gi Ipoh beli album CT yg warna hijau tu (prasasti seni kalo aku silap)...siap mintak poster sumer kat kedai kaset tu....hahaha

- k.arifin - said...

begitu la hendaknye, apa2 untuk album ct.

Nuriman Talib said...

pergh layan Siti nampak. hahaha
aku dlu kecik2 darjah 5 pernah tengok konsert siti dalam hujan. Abes tu malam tu aku tak leh tido
jantung aku berdegup je...

tapi takpe la, bg can kat datok K. aku pon tak kaye lagi. mungkin tak setaraf kot
:P

- k.arifin - said...

best nye pernah gi konsert dia. aku lak takde kesempatan nak gi konsert or berjumpe life. mungkin belum jodoh lg kot.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails