Friday, March 06, 2009

Penat, Nikmat, Padat

Hampir sebulan aku tak update kat sini. member dah bising2 tak post ape2 lagi. hahaha. sori la lambat nk post ni. bukan tak nak post, just internet di utp ni membantut usaha utk aku kemaskini blog dgn lancar. tapi apa2 pun aku akan tetap ingat untuk letak sumthin 4 sape2 yg singgah sini untuk baca.

so, utk kali sekali imbas ape yang dah aku lakukan sepanjang ferbuari.

1. Outing Pasar Lokin(Memory Lane)
2. FESCO
3. Shutterbug and Photo Exhibition
3. Teater Bukan Cerita Palestin
4. Ulu Chepor


Pasar Lokin(aku tak tau ejaan nya, tp org selalu sebut mcm ni) bertapak di Ipoh dan selalu dibuka pada ahad. Kat sini banyak barang-barangan lama, antik dan terpakai dijual. seawal pkl 8 pagi, kawasan ni memang sudah dikerumuni oleh ramai orang. bukan setakat golongan tua yang minat barang2 antik ni, malah pemuda-pemudi pun turut tidak melepaskan kesempatan untuk memilikinya. owh ya, sapa2 yang pernah tengok cerita SEPET, ada scene pasar alat2 lama tu die buat kat sini la.
so, member2 kakiphoto ajak untuk mencari peralatan kamera dan slr yang menggunakan film ke sini. sambil2 tu shoot apa2 barang yang menarik untuk dijadikan koleksi. aku lak takde la beli ape2 since takde barang yang aku minat utk simpan, since kat rumah dah melambak, i mean pinggan china, barangan tembaga, pasu naga, dan lain2 lagi yang semua tu semua koleksi parent aku. seramai 20 orang yang mengikuti outing ni, ada member lama, ada juga member baru dan ada juga member photog kenalan dari ipoh sendiri. tapi sayang je tak sempat nk get along ngn member2 baru dan ipoh, since masing2 dah ilangkan diri, dah tak sabar nk shoppin sangat. lol.








thanx kat paan kerana meminjamkan 450D

a week after lak, berlangsung nya acara tahunan UPAG iaitu FESCO. seperti tahun lepas, semuanya berjalan dengan lancar. dan kali ini dihadiri oleh 20 orang peserta dari seluruh malaysia. jangan lupa dari Universitas Gajah Mada dan Oberlin USA. rasa nak tergelak jugak aku, since kontroversi melanda disebabkan membawak peserta dari USA tu sampai nak buat rusuhan depan chanselor hall tu rupe-rupe nya pelajar local yang belajar di sana. lagi pun dia seorang je and peranan dia hanya pukul gendang. memang orang yang buat surat layang tu pun bodoh dan tak fikir panjang tul. nasib baik bukan student yang buat.
Berbalik ke main point, fesco kali ni tidak seberapa menonjol berbanding tahun lepas. ada segelintir peserta yang tak memberi apa2 impak dan sampai meleret. boleh dikatakan persembahan yang biasa. ade certain audio juga tidak memuaskan. antara yang memberi kesan pada malam itu, persembahan dari aswara(dah semestinya gempak), universitas gajah mada, oberlin, tarian sabah sarawak, tarian yang angkat2 dancer dan ade lilin(aku lupe name).
bila dah last tu, as always utp menyerlah as tuan rumah. aku tak tertumpu ngn perempuan since step2 derang mmg dah cantik(tunggu ade video nnt aku tengok balik). wajib la pakai seluruh pelusuk pentas termasuk bawah pentas. aku mampu ungkapkan tarian derang cantik dan menarik.



lepas tu, 16-20hb tu aku paling kerap ke poket d, sblm ni jarang giler lalu kat sini. actually ada art exhibition n salah satu yang ade kat situ member2 kakiphoto buat photo exhibition. puas jugak derang ajak aku masuk tp intention aku tak ke arah itu tp photo competition sahaja. aku tak pernah join ape2 photo competition dlm or luar utp. kire ni first time. agak payah gak since aku kurang gambar yang ade theme seperti fashon, landscape, black n white n people. koleksi gambar aku more on macro and flora. post je la ape yang terbaik aku leh bg. tp result belum tau lagi sape yang menang. lame gak tunguu -_-".


dalam masa tu jugak tts ade bukak booth sekali. jual tiket teater Bukan certita Palestin. aku tak sempat tengok derang buat mime di tgh khalayak orang ramai since bz di lab masa tu. dengar2 dapat tepukan gemuruh. bagus la since show mime ni student utp tak pernah tengok lagi.
Sabtu tu pulak, teater Bukan Cerita Palestin(BCP) dipersembahkan. teater ni adalah karya dari student tts sendiri dan arahan oleh beliau jugak. menggunakan nama komersil SEFA, telah menunjukkan bakat dalam pengarahan yang baik. sebuah cerita yang memang sinikal, penggunaan nama2 watak dan perwatakan yang berkesan. tahniah kepada produksi BCP kerana taraf ceritanya sudah sama level dengan show teater sebelum ni. owh ya, mlm tu doc shark pun turut berlakon sekali. takleh disangkal lagi lakonan penaung tts ni mmg mantap.
Malam tu jugak dipersembahkan oleh ahli kumpulan In-Saff(aku salah seorang vokal) dan monolog Suka.Paksa.Rela wan oleh izzi, fauzan dan aini. dan juga karya ini telah dihasilkan oleh Akin. bangga jugak aku tengok ahli2 tts ni dah makin berkembang maju dari segi pengarahan, lakonan dan pengkaryaan.











and last one, ulu chepor+roti canai+puteri bukit chepor. pun dengan budak2 tts jugak. walaupun aku dah banyak kali gi ulu chepor ni, aku gi jugak since bile lagi nk berkumpul ngn budak2 ni. dalam masih was2 nak main air(since insiden budak utp yang lemas kat batu berangkai beberapa minggu lepas), aku turun gak mandi manda, tangkap gambar. tak susah nak direct budak2 ni pose. Doc pun ada sekali gi ngn anak2 dia.
Biasa la budak tts ni pantang ada video, so rakam la cerita Puteri Gunung Chepor yang rata2 semua pelakon adalah lelaki. tak leh blah la zizi, anip ngn sapik jadi puteri dan dayang2 yang selekeh. bwahaha. aku plak jd nenek kebayan yang melalut berbahasa hutan. rasa poyo lak. lol. apa2 pun janji kita gembira n nasib baik tak ada apa2 yang buruk terjadi.

penat dah. tak pernah2 post se'leret' ni. tak nak la buat mcm ni lagi. since cerite pun dah di compress dan detail2 pun agak kurang. lesson learn, next aku dapat updet dgn lebih kerap. aku harapkan ketenangan untuk surfing internet. owh ya, next aktiviti aku lepas ni:

1. minggu ni dah start antm cycle 12
2. ahad ni ada outing ngn member kakiphoto ke Kuala Kangsar
3. next rabu ada Prelim Malam Inspirasi Seni dan Final sabtu 14hb.
4. mid term break nk turun kl, gi lawat my lil sis yang nk report duty 24hb. kalau aku jd turun.

so, tunggu utk next post.

p/s da abis upload gambar, layan kan aje.

2 comments:

led said...

baru jumpe blog kamu M..best2! =]

here's mine
http://mkhalidibrahim.wordpress.com/

- k.arifin - said...

wah, mcm mane dpt? later i tag urs.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails